Bab 16

5 1 0
                                    

Tengah hari yang sungguh damai,tiupan angin pantai dan buyian ombak meningkatkan lagi rasa tenang di hati ini. Cuti sekolah hanya berbaki sehari sahaja lagi.Pagi-pagi lagi Aril sudah keluar ke rumah Tok Ketua untuk menyelasaikan isu yang masih lagi tertangguh itu.

“Haih,cepatlah habis sekolah.Boleh aku duduk sini lama sikit. Dapat lepak pantai hari-hari,hilang semua serabut dekat kepala.” Izz bermonolog.

“Eh,siapa pula tu?” Terlihat satu susuk tubuh yang lemah gemalai di pesisiran pantai itu.Tubuhnya penuh dengan luka dan kesan terkoyak pada bajunya.Tidak lama selepas itu,tubuh itu rebah ke pasir pantai.

“Ya,Allah! Cik,bangun cik!” Izz bergegas ke arah tubuh itu.Apabila dia cuba memalingkan tubuh tersebut,pergerakannya kaku seketika.

“Anis?”

Aril baru sahaja selesai berurusan dengan ketua kampung di balai raya.Niatnya pulang awal ingin bermanja dengan isteri tercinta,namun ketika dia melangkah masuk ke dalam rumahnya,niatnya itu terus terbatal. Melihat seorang gadis sedang duduk di sofa memakai baju kurung milik isterinya.

“Anis?”

“Eh,Aril! Kau buat apa dekat sini?” Sambut Anis dengan penuh senyuman.

“Aku yang patut tanya soalan tu dekat kau.Ini rumah aku,kau tu buat apa dekat rumah aku dengan pakai baju kurung isteri aku?” Dahi Anis berkerut.Isteri?

“Sayang! Apa dia buat dekat sini?” Izz daripada dapur terus bergegas ke arah Aril.

“Eh,abang bila balik?” Tanya Izz sambil menayangkan muka tidak bersalah sudah membawa orang ke rumah tanpa keizinan suaminya.

“Sayang,jawab soalan abang,kenapa dia ada dekat sini?” Aril meninggikan sedikit suaranya.Anis pula sedang kekeliruan,abang? Sayang? Ha?

“Ohh,tadi Izz jumpa Anis tengah pengsan dekat pantai.Takkanlah nak tinggalkan je Anis dekat situ.Itu yang Izz bawa dia balik ke rumah.Abang marah ke?” Mata Aril tajam melihat Izz sehinggakan Izz takut untuk melihatnya.

Aril tidak berkata,dia sangat geram dengan isterinya sekarang ni.Dia tak ingat ke apa yang Anis dah buat dekat dia? Aril terus masuk ke dalam biliknya.

“Maaf ya Anis,tak tau kenapa Aril jadi macam tu.” Kata Izz

“Tak apa,tapi aku nak tanya.Korang berdua betul-betul dah kahwin ke?” Tanya Anis.

“Kenapa Anis tanya macam tu? Mestilah kitorang dah kahwin.Kalau tak,tak adanya Izz duduk serumah dengan Aril.” Jelas Izz hairan dengan persoalam daripada Anis.

“Saje aku nak confirm kan.” Balas Anis

“Izz pergi tengok Aril kejap ya.Kalau nak apa-apa panggil je Izz.” Izz terus berlalu ke bilik meninggalkan Anis.

Aku masuk ke dalam bilik dan melihat Aril yang sedang duduk di birai katil.Dalam hati aku kini hanya ada dua pilihan.Tegur atau tidak.

“Abang marah Izz ke?” Aku pilih tegur.

“Ya abang marah.Sayang tak ingat ke apa yang dia dah buat kat sayang? Sayang masih lagi boleh bawa dia masuk kat dalam rumah kita ni?” Aril cuba mengawal nada suaranya supaya tidak menyinggung perasaan isterinya.

“Tapi Anis dah berubahlah… Anis dah minta maaf dah pun dekat Izz dan Izz dah maafkan semua silap dia dekat Izz.Tolonglah beri dia peluang,beri dia tinggal dengan kita sementara waktu ni.”

“Okay,kalau sayang nak sangat dia tinggal dekat sini.Sayang jangan nak menangis kalau ada apa benda buruk yang jadi kat dalam rumah ni.Dan satu lagi abang nak ingatkan sayang,abang tak pernah dan tak akan sesekali pun akan maafkan orang yang cuba sentuh isteri abang.” Aril terus keluar dan melihat Anis yang sedang duduk di sofa dan memberikan senyum sinis kepada Aril.Tidak membalas,Aril terus menuju ke pintu rumah.
“Izz gaduh dengan Aril ke?” Tanya Anis selepas melihat Izz keluar dari bilik.
“Tak ada lah,Aril memang macam tu lah…”
“Maaf tau sebab jadi punca korang gaduh.Anis rasa,Anis tak patut ada dekat sini.” Anis berpaling untuk melangkah keluar dari rumah itu.
“Eh,janganlah macam tu Anis.Kalau Anis keluar,Anis nak pergi mana? Tidur je dekat sini.Lagipun,esok kitorang dah nak balik KL.Boleh tumpang kitorang sekali.” Sebaris senyuman lekat di wajah Anis.Anis mengangguk sebagai tanda setuju untuk tinggal di rumah mereka.

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now