Bab 12

11 3 0
                                    

Tombol pintu rumah dipulas,Aril masuk dan melihat yang lampu dan tv masih terpasang.Dia mencari keberadaann Izz,dan dijumpai sedang terlena di atas sofa. Nak kejut pun tak sampai hati melihatnya nyenyak berdengkur.

“Heh,siap berdengkur lagi.Nasib baik comel.” Aril duduk bersebelahan dengan kepala Izz.

“Sayang.. bangun..” pipi Izz diusap beberapa kali.

“Hmm.. pukul berapa ni?” Sedar Izz sambil mengosok matanya.

“Dah pukul 11 sayang.. kenapa tak tidur dalam bilik?” Aril menayangkan jam yang berada di telefonnya menunjukkan tepat jam 11.

“Pukul 11 baru abang balik? Pergi dating dengan perempuan mana? Dah tak ingat dah ke isteri kat rumah?” Kadangkala mulut Izz ni boleh tahan juga ya bila bersuara.

“Sayang,apa awak cakap ni? Boleh tak jangan tuduh abang melulu tanpa sebarang bukti.”

“Bukti? Abang nak bukti? Sini Izz tunjuk bukti.” Izz menunjukkan sekeping gambar di telefonnya yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali.

“Mana sayang dapat gambar ni?” Tanya Aril,bukan untuk menegakkan benang yang basah,cuma hanya mahukan kepastian.Adakah isterinya memasang spy atau ada seseorang yang cuba meruntuhkan rumah tangganya.

“Tak penting pun siapa yang bagi! Lagi bagus,sebab Izz boleh tau perangai abang yang sebenar!”  Izz menghempas telefonnya ke sofa.

“Itu Nasya! Kawan sekolah rendah abang! Puas hati!” Aril bangkit dari duduknya memarahi Izz. Lelaki pun ada tahap kesabarannya sendiri.

“Ouh,jadi betullah abang ada scandal dengan perempuan tu? Sampai hati abang kan..” Tanpa disedari,air mata jatuh ke pipi.

“Sayang please,abang tak tahulah setan apa yang tengah rasuk isteri abang ni.Abang dah penat nak bergaduh. Sayang langsung tak bagi satu peluang pun untuk abang jelaskan.Sayang ambil ni,sayang baca betul-betul.” Sepucuk surat berisi kad majlis persandingan yang diberi Nasya dikeluarkan dan dihulur kepada Izz.

Tidak lagi mempedulikan Izz,Aril terus naik ke biliknya untuk tidur.
Izz merenung kad yang diberikan Aril.Tanpa membuang masa dia terus membuka surat tersebut dan melihat isi kandungannya.

“Nasya dan Arsyad?”

Astaghfirullahaladzim,apa aku dah buat ni.Aduhh Izz,kenapalah kau ni suka bertindak melulu macam tu.Langsung tak pakai otak.Yang kau tengking tadi tu suami kau tau,kalau dia terasa habis berdosa diri kau ni. Macam mana aku nak minta maaf dekat dia ni? Yang suami aku ni pun satu,kalau bagitau awal-awal kan senang.

“Abang,dah tidur ke?” Izz duduk di birai katil melihat Aril yang baring tidak menghadapnya.

“Abang marah Izz ke? Izz tahu Izz silap marah abang sembarangan tanpa usul periksa.” Aril masih tidak membalas apa-apa.

“Abang janganlah macam ni,maafkan Izz please.” Masih tiada jawapan dari Aril.

Keesokan paginya,tika matahari masih belum menjelmakan diri.Aril sedar dari lena dan melihat Izz yang berada atas sejadah baru sahaja menyelesaikan solat subuh.Dan ketika dia berdoa,ia merentap hati Aril.

“Ya Allah,kau ampunilah segala dosa-dosaku,dosa suamiku.Aku dah banyak buat salah kepada suamiku.Ya Allah,kau bukalah hati suamiku untuk memaafkan aku dan menerima diriku kembali.Kau kabulkanlah doaku ini.Sesungguhnya,kaulah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.Aamin,ya rabbal alamin.”

Izz bangun dan terus melipat sejadahnya.Saat dia memalingkan tubuhnya,dia dapat merasakan satu pelukan yang hangat mengunci pergerakannya.

“Abang?”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now