Bab 13

17 1 0
                                    

Seperti yang dijanjikan,aku dan Aril ingin membincangkan soal majlis perkahwinan kami.Pada mulanya aku hanya ingin “bincang”,tetapi Aril terus membawa aku ke butik pengantin.

“Abang! Kan Izz kata nak bincang dulu.Ni tau-tau je dah sampai depan kedai baju pengantin.” Izz mendengus.

“Alah,tak apalah.Kalau nak bincang,dekat dalam butik ni pun boleh bincang.Pilih sekali tema kita nanti.” Aril cuba memujuk.Pada mulanya,hanya mahu membawa Izz keluar makan.Tetapi Aril tiba-tiba sahaja mendapat panggilan daripada mama untuk pergi ke butik pengantin kepunyaan kawan baiknya.

“Jomlah masuk,mama dah tunggu tu.” Aril menarik tangan Izz untuk masuk.

“Mama?” Izz terkejut.Walaupun sudah dia duga,apa-apa sahaja perkara yang melibatkan majlis perkahwinan kami,Puan Aufia akan sentiasa satu langkah di hadapan.

“Ha,itu dia dah sampai pengantin baru kita.” Kata-kata Puan Aufia menyambut kehadiran mereka

“Uiiiii,cantiknya menantu kau Fiya! Kelas taste kau ya Aril!” Eddy teruja melihat seri pengantin tersebut.

“Tengoklah anak siapa…” Balas Puan Aufia

Jujur,sebenarnya aku agak terkejut dengan owner butik ni.Dia lelaki,tetapi gayanya tidak seperti lelaki. Ada lagi rupanya spesis sotong darat kat Malaysia ni.Mungkin aku yang terlalu terperap dekat dalam kampung dan tidak mengambil tahu akan isu semasa.Haihh..

“Okay,back to our business.Mama you dah pilih beberapa tema yang sesuai untuk wedding you all berdua.So,korang tinggal pilih je yang mana berkenan.” Beberapa buku tema perkahwinan dihulurkan kepada Aril.

“Mama dah pilih beberapa tema yang best untuk anak dan menantu mama.Kamu berdua tinggal pilih je mana-mana suka.” Kata Puan Aufiya.

“Yang purple ni pun cantik juga kan sayang?” Tanya Aril

“Tak macam grand sangat ke abang?” Teringin tu memanglah teringin nak buat majlis kahwin dekat hotel macam dalam gambar tu. Tapi,Aril mampu ke nak tanggung semua kos?

“Ish,apalah menantu you ni cakap macam tu.Hello,orang kahwin ni buat majlis seumur hidup sekali tau.Mestilah nak kena buat grand…” Balas Eddy.

“Okaylah,kalau macam tu Izz ikut abang jelah nak yang mana.Izz tengok semua pun cantik,pandai mama pilih!” Kata Izz.Benar semua yang dipilih Puan Aufia sangat cantik dan sesuai dengan citarasanya.

“Kalau macam tu,kita ambil tema purple ni lah.” Buku itu diserahkan kembali kepada Eddy.

“Nice choice.. Dah jom ikut I test baju.” Aril dan Izz mengikuti langkah Eddy.

Eddy mengambil sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan berwarna ungu dan diberikan kepada Aril dan Izz.Tanpa membuang masa Aril pergi terlebih dahulu ke bilik persalinan.

Sementara Aril menyalin bajunya,aku memegang kamera aku dan mengingat semula semua gambar-gambar yang pernah diambil.

“You memang suka ambil gambar ke?” Terjah Eddy tiba-tiba sahaja duduk di sebelahnya.

“Hobi baru…” Ringkas Izz menjawab.

“Ohh,semua gambar you berdua je ke?” Sambung Eddy lagi.

“Haah,kitorang suka ambil gambar berdua.Bak kata ibu Izz,semua gambar ni boleh dijadikan memori bersama.” Tiba-tiba Izz berasa rindu pula dekat Puan Laiha.

“Sayang,tengok ni!” Aril keluar dari bilik persalinan dan memperlihatkan dirinya yang lengkap dengan baju pengantin tersebut.

“MasyaAllah,segaknya suami Izz ni!” Izz terus berlari anak ke arah Aril.

“Taknak ambil gambar abang ke?” Eh, meminta pula dia.

“Yelah,cepat posing.1.. 2.. 3..”

*Klik!*

Sekeping gambar Aril keluar dari kamera tersebut.Sungguh segak Aril berpakaian serba ungu.Ini kalau dia belum kahwin ni confirm orang gilakan dia.Alangkah yang dah kahwin pun masih ada orang gilakan.

“Ni you pergi tukar pula.” Eddy menghulurkan sepasang baju pengantin perempuan berwarna ungu untuk Izz cuba.Izz menyambut baju tersebut dan terus ke bilik penyalinan.

“Handsome you! Ni confirm,masa dekat pelamin nanti orang terpaku tengok you pakai macam ni.” Kata Eddy teruja.

“Saya dah naik pelamin,abang Eddy bila lagi?” Sengaja Aril mahu menyakat Eddy.

“Eh kau ni,jangan haraplah kau nak tengok aku naik pelamin dah tua bangka macam ni.Lagi satu bukan aku yang tak nak kahwin,kahwin yang tak nak aku!” Kelakar tengok gelagat Eddy ni.

“Alah abang Eddy ni,kita kan tak tau jodoh kita sampai bila.Manalah tau jodoh abang Eddy dengan kak Yati ke.”

“Ish kau ni,berjuta-juta orang kat dalam Malaysia ni,kau padankan aku dengan orang gaji kau juga ya! Kalau kau padankan aku dengan Zul Arifin ke,Remy Ishak ke, nak juga aku.” Eh makin risau pula aku dengan abang Eddy ni.

“Tapi Remy Ishak kan suami orang.” Kata Aril

“Ha tau pun kau! Semua yang aku minat dah jadi suami orang,dah tak payah nak tanya aku pasal kahwin lagi.Aku uruskan majlis orang pun dah cukup buat hati aku ni seronok.” Balas Eddy

“Hmm,yelah bang!”

“Hai!” Sapa Izz perlahan.

Keindahan wajah Izz yang lengkap bersama tudung dan baju berwarna ungu itu membuatkan Aril terpaku.Rasa diri ini macam mahu menjadi gila melihat isteri sendiri yang sungguh cantik.

Aril datang merapati Izz dan memegang erat kedua tangnnya.

“You are so beautiful,princess!” Satu kucupan diberikan ke tangan Izz.

“Thank you..” Pipi mereka berdua sudah mula naik kemerahan.

*Klik!*

“Ouh,macam ni guna dia…” Kata Eddy sambil sekeping gambar keluar dari kamera tersebut.

“Abang Eddy ni pandai juga ya..” Kata Aril
“Eh,memanglah aku pandai.. Kalau aku tak pandai,tak adanya aku buka butik sekarang ni..” Perli Eddy kepada Aril.

“Hui,lamanya fitting baju!” Puan Aufia menerjah.

“Biasalah Fia,orang muda.Sempat dia buat drama kat sini.” Tawa Eddy meletus.

“Mana ada buat drama.Tak baik buat fitnah tau abang Eddy ni.. Semua dah siap dah mama,tengoklah sendiri.Cantik kan?” Puan Aufiya melihat anak menantunya serba lengkap dengan pakaian pengantin.Sungguh ini apa yang dia mahukan untuk majlis tersebut.

“Cantik sangat!” Kata Puan Aufiya teruja.

“Of course cantik! Tengoklah siapa yang design..” Pintas Eddy.

“Well, tengoklah siapa yang pakai.” Balas Aril.

Dah macam bergaduh pun ada Aril dan Eddy ni.Aku dan mama hanya mampu ketawa sahaja melihat gelagat mereka berdua ni.

“Okay kalau dah proceed dengan design ni,you serahkan je pada I.You tinggal bagitau tarikh je bila nak buat.Nanti I akan pilih tarikh untuk setup.Okay?”

“Bercakap pasal tarikh,Aril dan Izz dah bincang ke belum pasal tarikh majlis kamu berdua nanti?” Soal Puan Aufia

“Ermmm,sebenarnya… belum lagi ma…” Jawab Aril sambil tersenyum

“Haih,cepatlah sikit pilih tu… Nanti mama yang pilihkan baru tau!” Sambung Puan Aufia sambil memeluk tubuh.

“Apa kata kalau kita buat hujung bulan ni?” Sampuk Izz membuatkan suasana hening seketika.

“Mama setuju!”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now