Sedar dari lena.Kelopak mata dibuka dengan perlahan.Cahaya lampu tidur menerjah mata. Kepala dipusingkan ke kiri dan melihat Aril yang sedang dalam lenanya di atas kerusi dan kepalanya beralaskan katil.
“Abang..” Izz mengejut Aril perlahan.
“Sayang,sayang nak apa-apa ke.” Aril bangun dengan segera walaupun rohnya masih belum sampai ke jasad.
“Abang kenapa tak tidur dekat rumah..”
“Abang nak jaga sayanglah dekat sini..” Tak mungkin Aril akan lepaskan tanggungjawabnya kali ini.Ini juga bagi menebus kesilapannya yang lalu.
“Sayang boleh jaga diri sendirilah.. Abang tak perlu risau.. Abang mesti penatkan balik sekolah.. Pergi balik okay.” Izz cuba memujuk Aril untuk pulang ke rumahnya.
“No dear.Wherever you go,I will always be with you. Abang janji yang abang tak akan tinggalkan sayang lagi. I promise.”
Janji? Adakah janji ini hanyalah kata-kata semata-mata untuk memujuk hati yang terluka atau janji yang akan ditunaikan dengan tindakan dan kekal untuk selama-lamanya.
Entah kenapa,tetapi sejak kejadian itu,hati aku rasa tawar dan rasa untuk mempercayai seseorang itu kian pudar. Aku tak akan mudah percaya dengan kata-kata dari seorang lelaki.Aku trauma untuk mempercayai. Namun aku tetap perlu menurunkan ego kerana aku masih sedar yang aku merupakan isteri yang sah kepada Khairil Azrin.Mentaati dan menghormati suami adalah wajib selagi ia tidak melanggar hukum syarak.
Cahaya matahari mula menunjukkan pangkalnya.Bilik yang ditutup dengan kain langsir diselak oleh Aril supaya cahaya tersebut dapat memenuhi ruang bilik ini.
“Sayang,doktor ada kata kalau sayang dah bangun maksudnya sayang dah boleh discharge.”
“Ok.” Jawab Izz sepatah.
Aril muka naik kehairanan.Izz merajuk ke? Tapi kenapa malam tadi okay je?Ke Aril hanya bermimpi? Arhhh,what wrong?“Selamat pagi Puan Izz.Macam mana hari ni, ada rasa lagi okay tak?”
“Ada tu ada lah,tapi tak adalah ketara sangat sebab kepala saya masih pening lagi.” Izz memegang kepalanya yang masih pusing.
“Puan dah makan ke belum ubat yang saya bekalkan tu.”
“Ubat? Ouh belum.”
“Tolong makan ya ubat tu.Encik Aril tak ada suruh Puan Izz makan ubat ke? Kata nak cepat discharge,tapi ni ubat pun tak nak makan.”
“Maaf doktor,saya terlupa nak suruh dia makan.” Aril menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.
“Ingat pesan saya,sebelum discharge nanti pastikan ubat ni dah habis ya.” Doktor berlalu keluar dengan satu pesanan atau lebih garang lagi dikenali sebagai amaran.
“Sayang dah sarapan kan. Ha cepat makan ubat tu.” Suruh Aril.
“Tak nak.” Eh kenapa pula Izz ni tak nak makan ubat?
“Kenapa pula tak nak makan ubat?” Tanya Aril
“Tak sedap.” Mudah Izz menjawab.
“Mana ada ubat yang sedap sayangku…”
“Ada…” Haih,ada je alasannya.
“Makan ubat ni sayang..” Aril cuba memujuk
“Tak nak.”
“Makan!” Arik menegaskan suaranya sedikit
“Tak nak!” Namun,Izz masih teguh dengan pendiriannya.
“Okay fine,kalau macam tu lagi lamalah sayang kena duduk dekat hospital ni.Abang taulah ni hospital swasta,syok ada tv semua.Tapi sayang tak kesian ke dekat mama papa hari-hari risau dekat sayang. Waktu sayang tak sedarkan diri,diorang hari-hari datang,especially mama tu.Dia nak sangat tengok menantu dia ni sihat.” Aril berkata dalam nada memujuk
“Sorry sebab menyusahkan abang..”
Aku mula sedar yang segala masalah yang berlaku ini berpunca dari diri aku sendiri.Aku terlalu cepat meletakkan salah pada Aril sedangkan aku yang memaksa dia untuk berdiam diri dan tidak memberitahu orang lain akan status sebenar kami.
“Tak apalah,yang dah lepas tu biarlah lepas okay! Kita ni manusia,tak lepas dari buat silap.”
“Abang maafkan sayang tak?”
“Abang maafkan,tapi dengan syarat sayang kena habiskan ubat ni.” Paket ubat itu dicapai Aril dan di berikan kepada Izz
“Tak nak!” Izz menolak ubat tersebut
“Haih budak kecik ni,nak abang suapkan ke?”
“Nakk!” Izz terus membuka mulutnya seluas mungkin.
“Emm,manja rupanya isteri kesayangan abang ni..” Baru sahaja Aril hendak menyuapkan ubat tersebut.Tiba-tiba..
“Apa? Isteri kesayangan? Maksudnya abang ada isteri lain ke apa?” Mata Izz memandang tepat ke arah Aril.
“Eh taklah sayang,abang cakap macam tu buat bagi sedapkan ayat jelah..” Aril mula takut dengan pandangan maut isterinya itu.
“Yelah tu,hmph!” Izz memeluk tubuhnya dan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Alololo,janganlah merajuk.Abang tak ada masa lah nak ada isteri lain,cukup ada sayang je di hati abang.Dah,makan cepat ubat ni.Tak nak suap baru tau.” Izz terpaksa akur dan merelakan ubat itu masuk ke dalam mulutnnya.Walaupun pahit untuk menelan,dia perlu terima hakikat yang tiada ubat yang sedap untuk ditelan.
“Ha.. good girl!”
“Assalamualaikum,Izz dah sihat?” Mama baru sahaja memasuki bilik tersebut.
“Waalaikumsalam,mama.Alhamdulillah Izz sihat.Ni pun baru lepas makan ubat.” Izz menjeling ke arah Aril.
“Kena paksa baru nak makan.Adui!” Izz mencubit Aril yang berada di birai katil.
“Sempat kamu berdua melawak ya..” Tawa mama meletus.
“Oh ya,setahu mama Izz dah boleh discharge hari ni kan?” Tanya Puan Afiah
“Haah mama,nak bersiap lah ni.” Jawab Aril
“Okay,nanti Izz balik dengan mama ya.Duduk je dekat rumah mama dua ke tiga hari ni.” Puan Afiah mempelawa Izz
“Eh,apa pulak.Biarlah isteri Aril balik dengan Aril.” Aril tidak setuju dengan idea Puan Afiah
“Kamu kan nak kena pergi sekolah,Izz pula cuti sakit.Daripada Izz sorang-sorang dekat rumah kamu tu ada baiknya dia duduk dengan mama,ada juga yang boleh teman mama gosip.”
“Lah,Kak Yati kan ada.Bukannya dia tak biasa dengar mama gosip.”
“Alah kamu ni,kamu kan dah hari-hari berkepit dengan isteri kamu,bagilah mama pulak yang jaga satu-satunya menantu mama ni.” Aril mengalah.Ada betulnya juga,sekali sekala biarkan Izz dengan mama takpelah.Asalkan bukan dengan orang lain.
Siap sahaja berkemas kami terus bergerak ke rumah keluarga Aril,kehadiran kami di sambut dengan pembantu-pembantu rumah ini.Jujur aku katakan inilah rumah yang paling besar aku pernah jejakkan kaki.Terasa diri ini tidak layak berada di sini.
“Ha Izz,tercegat apa lagi kat depan pintu tu.Meh masuk,duduk sini.Yati, buatkan air untuk tetamu!” Puan Aufia memanggil pembantu rumahnya.
“Ini dia Puan.” Jus oren di dalam jug itu dituang kedalam gelas.
“Yati,ni saya kenalkan satu-satunya menantu saya.Nama dia Izz.Izz akan tinggal dekat sini dua tiga hari sementara Aril sekolah.Kamu layanlah dia baik-baik ya.”
“Uishh, moleknya Puan Izz.. Pandai Aril pilih.” Kata Kak Yati
“Tengoklah siapa mama dia..” Pintas Puan Aufia
“Ha Izz,Aril ada cakap tak dekat kamu pasal wedding kamu berdua?”
“Tak ada pun ma.”Izz agak sedikit terkejut mendengarkannya.
“Tak ada? Haih,lupalah tu.Mama dah suruh dah Aril tu tanya dekat Izz bila nak buat wedding tu.Mama dah tak sabar ni.”
Wedding? Untuk apa? Aril lupa ke pasal syarat yang aku tetapkan sebelum bernikah? Aku tak nak orang lain tau pasal hubungan kita jika belum sampai waktunya.
![](https://img.wattpad.com/cover/334150415-288-k537850.jpg)
YOU ARE READING
Memori [COMPLETE]
RomansaIzziani Aisyah ialah seorang gadis berumur 16 tahun yang berasal dari kampung. "Dasar perempuan kampung tak ada maruah!" Tidak disangka pertemuannya dengan seorang insan bernama Khairil Azrin mengubah segala jalan hidupnya. "Aril yang timbulkan mas...