Bab 2

17 4 1
                                    

Nafas tercungap-cungap selepas lari daripada Aril.Apabila difikirkan semula,rasanya tak perlu pun lari sampai macam tu.Bukannya Aril kejar pun.

“Kau ni dari mana? Penat semacam.”

“Izz lari dari Aril.”

“Ha? Dia ada buat apa-apa kat kau ke?”

“Taklah,Erin janganlah fikir bukan-bukan.”

“Haish cuba cerita apa yang jadi.”

“Izz nak pulangkan pen yang Aril bagi pinjam tu je.Tapi dia taknak pula.Dia suruh ambil je.Last-last,Izz letak je dekat kocek beg dia dan lari.” Mata Erin yang pada mulanya sepet terus membulat mendengarkan kata-kata Izz.

“Jap,aku tak salah dengar kan? Aril bagi kau pen tu? Wei, unbelieveble! Sumpah aku tak percaya.”

“Lah kenapa pula.Lagipun pen je,dia boleh beli yang lain kan.”

“No,ini bukan pasal pen.Ini pasal cara Aril layan kau,langsung tak sama dengan orang lain tau.Aku rasa di suka kat kau lah.”

“Eh,apa pula Aril suka kat Izz.Jumpa pun tak sampai seminggu.Lagi satu,buat apa dia nak suka dekat perempuan kampung macam Izz ni,baik dia suka dekat Erin lagi bagus.”

“Pfft- pandai Izz buat lawak eh.”
Kebingungan aku sudah berkunjung kembali.Sejak bila pula aku buat lawak?

“Macam ni,nama penuh Aril ialah Muhammad Khairil Azrin Bin Kamarul.Nama penuh aku pula,Nur Erina Azlina Binti Kamarul.”

Aku masih terpinga-pinga,tidak faham apa yang dimaksudkan Erin.

“Haish kau ni lambat betullah.Maksudnya,aku dengan Aril tu adik beradik.Faham?”

“Ouhh,faham.Kenapa Erin tak bagitau awal-awal?”

“Lah,takkan aku nak canang nama abang aku satu sekolah.Agak-agaklah,aku ni tak suka dimanjakan tau.Jadi selagi boleh rahsiakan siapa abang aku,aku akan rahsiakan.”

“Kalau Izz nak tanya sesuatu boleh?”

“Tanya jelah”

“Kenapa perangai Aril macam tu eh? Erin cakap dia ni seorang kedekut,tapi bila dengan saya tak kedekut langsung pun.”

“Haih,kan aku dah cakap.Aril tu suka kat kau.Dah jangan tanya lagi.”

Tapi adakah ia benar? Kerana jika difikirkan dengan logik akal,agak mustahil untuk seseorang itu jatuh cinta dalam masa kurang seminggu.Lain lah kalau cinta pandang pertama,tapi tak mungkin insan kegilaan ramai perempuan dekat sekolah ni tak pernah jatuh cinta.

Seperti kebiasaannya pada waktu pagi aku akan sentiasa berjalan dengan Erin untuk ke kelas.Aku amat gemarkan suasana pagi di sekolah ini,namun masih tidak mampu menandingi suasana pagi di kampung.

Semasa perjalanan, mata aku tertumpu pada susuk tubuh Aril yang juga sedang berjalan untuk ke kelasnya. Sedar tak sedar,aku terlanggar badan orang yang sepatutnya aku elak dari bertembung dengannya.

“Woi,tak nampak ke?” Anis memarahi Izz

“M-minta maaf.”

Sungguh,aku benar-benar dalam ketakutan sekarang.Erin sudah pergi terlebih dahulu.Tolonglah ada sesiapa kat sekitar ni.

“Anis! Aku dah cakap dengan kau kan jangan buli junior kita lagi!” Aril yang mendengar akan pertelingkahan tersebut terus menuju ke sana.

“Aril,please lah.Dia yang langgar aku,tapi kau still nak backup dia?”

“Dia dah minta maaf kan? Jadi benda ni dah selesai. So,kau nak apa lagi?”

“Wah,kau ingat mudah sangat ke aku nak maafkan dia? Come on Aril,jangan jadi lemah sangat.Ajar sikit junior kesayangan kau ni cara hormat orang.”

“Hormat? Kau nak junior kita hormat kau dengan cara macam ni? Kau ingat diorang ni apa,hamba kau ke?Senang-senang je nak tengking marah diorang macam diorang ni takde maruah.”

“Maruah,kau nak cakap pasal maruah? Meh sini aku tanya kau,perempuan kampung macam dia ni mana ada maruah.”

Perit,sangat perit.Semua kata-kata Anis yang masuk ke telinga aku hanya memberi luka pada hati dan perasaanku.Hina sangat ke,hina sangat ke aku datang dari kampung?

Aku tidak sanggup lagi menadah telinga dan membiarkan dia menghina diri aku. Aku terus berlari dan meninggalkan mereka.Aku mendengar suara Aril memanggilku,namun aku tidak boleh menoleh.Terlalu sakit untuk membiarkan orang lain yang mempertahankan maruah aku.

“Wei kau kenapa menangis ni?”

Aku tidak menjawab hanya tangisan sahaja yang dapat aku persembahkan.

“Izziani Aisyah.Cakap dengan aku sekarang,apa yang jadi.”

“A-Anis.” Sepatah Izz menjawab dengan tangisan.

“Hei Anis ni lah,memang nak kena dengan aku tau tak!” Erin bangun dan menuju keluar kelas untuk mencari Anis.Namun langkahnya terhenti.

“Kau nak ke mana?”

“Aril,kau buat apa kat sini?”

Dia kejar aku sampai kelas? Dia nak apa lagi ni,sampai ke kelas cari aku.

“Nah,bagi kat kawan kau tu.Kau lepas ni jangan tinggalkan dia boleh tak.Anis tu pantang tengok budak kawan kau tu seorang diri,terus dia buli.” Sepeket tisu dihulurkan kepada Erin.

“Nama dia Izz lah.Sorrylah,aku tak perasan dia tak ada kat belakang aku tadi.Ni aku nak pergi cari si Anis tu,biar aku kerjakan dia.”

“Tak payah,aku dah settlekan.Kau tenangkanlah Izz,hati dia sakit lagi tu.Macam-macam Anis hina dia tadi.”

“Hmm yang tu aku uruskan.Dah,bye!” Erin melambai Aril yang sudah bergerak ke kelasnya.

“Nah,Aril bagi.” Peket tisu yang diberikan Aril sebentar tadi dihulurkan kepada Izz.

“Dahlah,jangan nangis lagi.Diorang tu suka kacau kau sebab nak tengok kau jadi macam ni lah.Kan aku dah kata,kalau kau bertembung dengan diorang kau kene kuat.Lawan je balik,jangan takut.”

“Izz tak boleh Erin.Izz takut,kalau cikgu tau Izz bergaduh dengan tingkatan 5.Nanti mesti Izz kena buang sekolah.Apa Izz nak jawab dengan ibu?”

“Kau ni boleh tak berfikir menggunakan akal dan minda kau yang pandai tu. Kalau kau berlawan untuk mempertahankan diri kau,tak mungkinlah kau kena buang sekolah.Yang penting kau tau apa yang kau buat tu betul.”

Aku tak boleh,aku tak boleh bergaduh.Aku tak akan sesekali calarkan nama baik mak dan ayah.Aku dah berjanji dengan ibu,aku akan jadi teladan yang baik buat anak-anak yatim di sana.

Waktu rehat telah tiba,aku dengan segera berjalan ke perpustakaan supaya tidak bertemu dengan Anis.
“Wah,awal Izz hari ni.” Sapa Aril di depan pintu perpustakaan.

Tanpa menghiraukan Aril,aku terus membuka pintu dan masuk.Aku duduk di kerusi meja yang selalu aku gunakan.Aril juga mengambil kesempatan untuk duduk di sebelah aku.Jujur aku katakan,aku sangat berasa tidak selesa apabila Aril duduk di sebelah aku.Apatah lagi aku ni ialah gadi kampung.

Dalam beberapa minit mengulang kaji.Aku berasa ingin ke tandas,barang-barang aku ditinggalkan sebentar dan berharap tiada yang menyentuhnya.

“Nak ke mana?” Tanya Aril

“Tandas.”

Selesai sahaja urusan aku di dalam tandas,aku cuba untuk membuka pintu bilik air tersebut,namun pintu itu seperti sudah dikunci dari luar.Adakah ini bermaksud aku akan terkunci di dalam tandas sampai ada orang masuk?

“Haih,lamanya Izz ni pergi tandas.Dah nak habis waktu rehat dah.”

“Tolong! Sesiapa ada kat luar! Saya terkunci kat dalam!”

“Wei Izz,macam mana kau boleh terkunci kat dalam ni?”

Kedengaran suara Erin daripada luar sudah cukup membuatkan hati ini berasa lega.

“Sabar jap,biar aku buka” Akhirnya pintu itu dapat dibuka.

“Erin tolong aku,aku takut.” Satu pelukan diberikan kepada Erin.

“Kau okay tak ni? Nasib baik Aril bagitau aku,kalau tak sampai ke sudah aku tak jumpa kau.”

“Mana Aril?”

“Dia dah balik kelas dah.Dahlah jomlah balik kelas.”


Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now