Zip beg sekolah dibuka lantas dia mengeluarkan bukit teks serta beberapa buku latihan dan bekas pensel miliknya. Telefon pintar di atas meja dikerling sekilas. Dia cuba mengingati kerja rumah yang perlu disiapkan olehnya pada hari ini.Mawar mengeluh tatkala teringat akan latihan yang perlu disiapkan. Namun tidak lama selepas itu, dia menggeleng kepalanya kuat. Segera dia tepuk pipinya kuat tanda memberi semangat.
"You can do it!"
Tanpa berlengah lagi, kerja rumah yang perlu disiapkannya itu dibawa ke meja belajar. Jom berperang!
احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ
'Bersungguh-sungguhlah pada perkara-perkara yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu bersikap lemah.' [riwayat Muslim]
Bzzzzt. Notifikasi telefon yang sudah sedia dia letakkan dalam mode vibrate mengalih perhatiannya daripada terus tertumpu pada tulisan dan nombor. Mawar meraup mukanya demi mengurangkan lenguh pada otot muka. Telefon yang menyala buat seketika tadi dicapai. Notifikasi yang baru masuk diperiksa.
Rifqi
Esok rehat dengan Iqi lagi nak tak?
You
Kalau nak ajak Maryam sekali boleh tak?
Mawar gigit bibir. Dia harap yang Rifqi tak setuju dengan pertanyaannya. Jadi, dia boleh lah bagi alasan untuk menolak ajakan lelaki itu.
Rifqi
Boleh jee, asalkan Mawar rehat sama-sama.
Mawar kemam bibir rapat. Dia hampir tersenyum. Kerutan di dahi mula terbentuk. Dia? Hampir tersenyum? Sebab Rifqi? Laju Mawar geleng kepala. Ehh tak boleh tak boleh.
Tapi...
Asalkan Mawar rehat dengan sama-sama.
"Gila kau, Mawar." Gumamnya.
Namun jari lebih mengikut kata hati. Maka balasan laju diberi kepada lelaki itu.
You
Okayyy!
Dahi ditepuk kuat saat dia tersedar akan perilaku luar batasnya itu. "Beria la kau ni Mawar," marahnya pada diri sendiri.
"Perlu ke kau letak tanda seru tu? Ishhh, nampak sangat yang kau teruja." Mawar mula rasa tak puas hati dengan dirinya. Keluhan panjang kedengaran dari dalam bilik itu. Dia sudah tidak bersemangat hendak meneruskan pekerjaannya tadi.
"Esok tiru Maryam je la." Dengan itu, buku ditutup. Kerja yang tinggal lagi suku dibiarkan. Dia betul-betul hilang mood untuk menyiapkan latihan itu. Mujur saja matapelajaran yang dijadualkan pada awal pagi telah dia siapkan terlebih dahulu. Hanya kerja satu subjek selepas rehat saja yang tergendala. Itupun sudah hampir mahu siap.
Badan direbahkan ke atas katil. Lengan dibawa menutup matanya. Mawar diam menikmati sunyi malam.
"Mawar, tolong ibu sini!" Panggil si ibu dari bawah separa menjerit.
Mawar pejam mata sekejap, kemudian dibuka kembali.
"Mawar Azzahra!" Panggil si ibu lagi, kini dengan menyebut nama penuhnya pula dengan nada suara yang tinggi. Dah marah dah tu.
"Okay ibu, on the way." Malas-malas Mawar mengangkat badan untuk bangun dari katil. Langkahnya untuk ke bawah pula dilambat-lambatkan.
"Cepat sikit. Ibu ada banyak kerja ni nak buat. Hang tolong ambilkan santan dalam peti kat depan tu. Lepastu, tolong salai daun pisang. Kejap lagi nak balut kuih koci." Arah si ibu yang bernama Melati.
Mawar memuncungkan bibir tanda malas tetapi selepas itu dia tersengih pula ke arah si ibu. "Okay ibu." Akurnya. Si adiknya yang sedang fokus mengacau acuan di dalam bekas dipandang seketika. Dalam hati dia sedikit berbangga. Rajin betul adik aku ni.
"Kejap lagi Mawar tolong abah balut kuih koci tu sekali, eh?"
Mawar pandang si ibu semula. Dia mengangguk kepala. "Okay." Kaki kemudian dibawa menuju ke luar rumah yang menempatkan peti sejuk beku yang didalamnya terdapat pelbagai bahan buat ibunya yang kerja sebagai peniaga dan pembuat kuih.
Pesan Luqman kepada anaknya:
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (surah Luqman ayat 14)
Mawar melabuh punggung di atas kerusi yang berkusyen empuk. Dia baru sahaja menyalai daun pisang yang akan digunakan sebentar lagi untuk membalut kuih koci.
"Nurul, tolong ambilkan akak air segelas," pintanya pada si adik yang sedang ralit bermain game online bersama sepupu mereka.
Nurul pandang si kakak tak puas hati. "Ambillah sendiri." Katanya pada Mawar.
Mawar buat muka kasihan. Dia malas nak bangun semula. Dah selesa dah dia duduk atas kerusi ni. Tadi kan dia dah berdiri lama depan dapur untuk salai daun pisang. Ni nak lepaskan lelah pulak lah.
"Tolonglah akak ni Nurul."
"Pleasee. Boleh eh?"
Nurul hanya memandang Mawar. Dia seperti menunggu Mawar mengatakan sesuatu.
Mawar ketap bibir. "Nanti akak main Roblox dengan Nurul." Tawarnya kepada si adik. Mukanya dimaniskan seikhlas hati.
Nurul memincingkan matanya. Dia diam dan cuba mencari kejujuran dari riak wajah si kakak. "Okay.." langkah dibawa ke arah dapur namun mata masih memandang tajam ke arah Mawar. 'I see you kakak.'
"Nah." Cawan yang berisi air sejuk di letak tepat-tepat dihadapan Mawar. Mata masih tepat memandang si kakak. Kemudian dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Mawar. Telefon kembali ke tangannya semula. Permainan tadi disambungnya.
"Terima kasih Nurul," ucap Mawar dengan sengihan dibibir. Air diteguk membasahi tekak. Leganya!
"Korang, kak Mawar nak join kita main." Beritahu Nurul kepada sepupu yang lain yang sedang berada di dalam talian.
Nurul pandang si kakak dengan senyum nakalnya. Tadi dah janji nak main sekali kan? Hehehe.
Mawar mencebik. Telefon yang sedari tadi berada di dalam kocek seluar dikeluarkan dengan riak wajah pasrah.Baru dia sedar satu mesej dari Rifqi sejak 11 malam tadi. Dah 20 minit dia membiarkan mesej itu tidak berbalas. Mawar menekan ikon aplikasi WhatsApp itu. Satu mesej dari Rifqi dibacanya.
Rifqi
Iqi tidur dulu. Goodnight Mawar, jumpa esok!
Mawar menahan senyum yang hampir terukir. Jarinya menaip teks mesej sebagai balasan kepada chat yang dihantar Rifqi tadi.
You
Goodnight.
Nurul yang memerhati si kakak dari tadi mencebik. "Ibu tengok si kakak ni. Tersengih-sengih dari tadi. Chat boyfriend la tu." Sindir si adik.
Mawar menjeling tajam. Aplikasi permainan online Roblox dibukanya pulak. "Diamlah. Tadi nak main Roblox sangat, kan?" Balasnya.
Nurul membuat muka. Kemudian sambung memberi fokus pada permainan tersebut selepas memastikan si kakak benar-benar menyertainya bermain game tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/330953295-288-k635962.jpg)
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...