Nada dering telefon miliknya berbunyi kuat. Cepat-cepat Mawar menyeluk kocek seluar untuk memeriksa identiti pemanggil.Tertera nama Rifqi pada skrin telefon.
Kedua-dua belah kening Mawar naik ke atas. Dirinya tertanya-tanya sebab Rifqi menghubunginya.
"Heloo, assalamualaikum." Rifqi terlebih dahulu menyapa dengan suara lembutnya saat Mawar menyambungkan talian.
Tanpa sedar satu senyuman nipis terukir.
"Waalaikumussalam, Iqi. Kenapa telefon?"
Rifqi berdeham di hujung talian. Latar belakangnya hingar sedikit tetapi suaranya masih lagi mampu Mawar dengari.
"I felt that I saw you just now. Mawar ada dekat mall ke sekarang ni?"
Mawar pandang persekitarannya. Manalah tahu kalau ada kelibat Rifqi di situ. Tetapi tidak.
"Haah. Mawar dekat bookstore sekarang. Mana Iqi nampak Mawar?" Soal Mawar dengan nada kelirunya.
"Masa Mawar on the way nak pergi bookstore kut. Sekejap, Iqi pergi dekat Mawar." Talian diputuskan.
Mawar garu pipi. Dengan penuh kekok dia menunggu kedatangan Rifqi.
Tidak sampai 5 minit menunggu, Rifqi tiba dengan senyuman lebarnya. Automatik senyumnya berjangkit pada Mawar.
"Mawarr." Sapa Rifqi dengan girang.
Mawar membalas sapaan lelaki itu ala kadar. Kemudian dia terus menyerang lelaki berbaju kemeja hitam itu dengan soalan. "Iqi buat apa dekat sini? Sorang je ke? Iqi stalk Mawar ehh~"
Rifqi mengusap tengkuknya. "Mana ada lah. Kebetulan Iqi ternampak Mawar, tu yang Iqi tegur. Mawar jalan-jalan dengan siapa? Pakwe eh~?"
Mawar tertawa kecil. Kemudian dia membuat muka, "takde lah. Mawar datang dengan sepupu dengan Maryam. Oh abang Maryam sekali."
Rifqi mengangguk faham. Dari kedudukannya dia mencari orang-orang yang disenaraikan oleh Mawar. Dia dapat menangkap kelibat Adrian dan Ammar di bahagian mainan.
Tergeleng kepala Rifqi apabila gelagat keanak-anakan mereka terserlah. Adrian dengan tangan yang sudah memeluk tiga kereta mainan. Manakala Ammar masih berkira-kira untuk membeli pistol mainan ataupun trak besar mainan.
Toleh ke bahagian komik, Maryam dan abangnya juga kelihatan. Asad dengan komik menutup muka dan Maryam dengan perangai mengusiknya yang ingin menarik komik dari menutupi wajah si abang.
Kening kanan dan senyuman senget terhasil tatkala telinga kemerah-merahan Asad ditangkap oleh matanya.
"Semua macam busy je. Mawar nak tengok tak tempat kerja Iqi?" Rifqi menawar.
Mawar tergamam. "Iqi kerja ke?!" Soalnya teruja.
Ini tertawa kecil dan mengangguk. "Iyelah. Sebab tu Iqi ada dekat sini."
"Uiyoo. Nak nak. Nak tengok tempat kerja Iqi." Mawar angguk teruja. Di mindanya terbit pelbagai ekspektasi.
Rifqi menggerakkan kepalanya. "Jomlah. Tapi pastikan Mawar bagitahu yang lain dulu. Nanti diorang cari tak jumpa, naya."
"Oh ye betul jugak." Tangkas jari-jemarinya menaip mesej kepada sepupu-sepupunya dan juga Maryam. Biar semua tahu terus.
"Asad pun ada tu. Seronok la dia dapat ikut, kan?" Rifqi tiba-tiba menyebut nama Asad.
Mawar jongket bahu tidak tahu. "Seronok lah kut. Dia kan nak cari buku rujukan."
Rifqi mencebik. Iyelah tu. "Siap sedondon lagi baju dia dengan Mawar," tambah Rifqi lagi.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...