bab 20

581 43 6
                                    


"Sesi harini okay ke bang? Doktor cakap apa?" Maryam yang baru pulang dari kerja terus mencari Asad di dapur. Waktu-waktu macam ni memang lelaki tu akan minum air Milo cicah kek marble.

Asad gabra nak cari jawapan tetapi dia cuba sorokkan. Kek marble di tangan dimasuk ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan.

"Uqael kata yang abang kata kitorang dah boleh kahwin bulan depan. Abang dah tak nak jaga adik ke apa?"

Tersedak Asad dibuatnya. "Uhuk. Uhuk! Apa adik cakap macam tuuuuuu?! Sampai hati adik fikir macam tu pasal abang." Asad memuncung. Tangannya menguis kek marble yang terhidang di depan matanya. Terasa hati dia tau. "Abang cadangkan je." Asad memuncung.

Meskipun ada ragu-ragu dalam hati Maryam, dia biarkan saja. Semua rasa ingin tahunya jadi hilang bila tengok perangai abang dia dah lain sekarang. Lebih baik dari dulu. Lebih ceria. Lebih banyak cakap. Lebih terbuka. Tak simpan dalam hati dah rasa sedih tu. Takde nak murung lagi dah. Maryam jadi lega. Maryam lega sebab dia minta tolong Mawar. Lega sebab Allah mudahkan urusan dia dan Asad. Lega sebab hubungan Mawar dan Asad dah naik ke peringkat seterusnya. Dan lega sebab dia sendiri dah jumpa orang yang bakal menjadi peneman hidup dia di usia yang sudah menggalakkan dia untuk berumah tangga. Lega sangat-sangat.

"Adik sayang abang tau. Sampai bila-bila." Punggung dilabuhkan di atas kerusi dan dia merapatkan diri sedikit ke arah Asad. Tangan Asad digenggam dan dicium sekali. Tangan yang pernah pimpin dia melintas jalan. Tangan yang pernah jaga dia ketika sakit. Serta tangan yang mencubit dia bila dia berbuat salah. Tangan si abang yang merupakan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada sekarang.

Nafas ditarik dalam. Asad juga sama. Walaupun Maryam belum menyambung kata-katanya, mata dia terlebih dahulu mengumpul mutiara jernih di tubir mata. Tinggal masa untuk jatuh sahaja.

"Adik sayang abang. Adik tak pernah salahkan abang untuk perkara yang menimpa ibu dan ayah. Takdir Allah yang tentukan. Siapa kita nak salahkan satu sama lain? Kalau bukan abang, mungkin orang lain yang jadi asbab. Tetapi sebab mereka pergi tetap satu. Sudah tiba masa mereka." Nafas dilepaskan berat. Seperti beratnya saat dia perlu melepaskan pemergian ibu dan ayah semasa Asad masih dalam koma. Tidur panjang yang tidak tahu lelaki itu akan bangun bila. Air matanya juga turut bertakung.

"Adik tak nak abang sedih-sedih lagi. Adik tak nak abang salahkan diri sendiri lagi. Adik tak nak abang menangis lagi." Tangan naik mengesat air mata yang telah menodai pipi si abang. Lelaki itu sudah tersedu-sedan menangis di hadapannya. Mungkin lelaki lain akan berlakon macho di hadapan adik-adik mereka tetapi tidak Asad. Abangnya jujur soal perasaan. Mereka hanya berdua, apa yang mahu disembunyikan dari satu sama lain pun kan? Tangan Asad dilepaskan dari genggaman. Dia kesat air matanya pula.

"Lepasni, adik nak abang lepaskan semua yang buat abang rasa sedih." Dadanya ditepuk perlahan. "Kalau nak nangis sekarang, abang nangis puas-puas, biar takde rasa sedih dari hari-hari yang dah berlalu. Adik nak..abang nikmati hidup abang. Live your life to the fullest."

"Now is the right time for you to love Mawar. Like you always wanted to. Like I always wish you to. Be happy, okay? Ini permintaan adik sebelum adik jadi isteri orang. Sebelum adik jadi tanggungjawab orang lain. Tau?"

Asad ukir senyum sambil dia cuba menghapuskan air matanya yang mengalir keluar dengan deras. Kepalanya dianggukkan tanda dia akan tunaikan permintaan si adik.

"Tapi.." Asad cuba untuk berkata-kata sembari menahan sebak di dada.

"Tapi adik pun kena janji yang adik akan bahagia dengan Uqael. Abang tak nak adik kahwin dengan dia semata-mata sebab abang. Abang nak adik sendiri yang nak kahwin dengan dia sebab adik cintakan dia."

Air mata dilap lagi dengan hujung bajunya. "Adik boleh jujur dengan abang kalau adik tak cintakan dia. Abang boleh tolong cakap dekat dia elok-elok. Jangan paksa diri adik please."

Maryam kerut dahinya. Selama ni nampak dia macam terpaksa ke? "Apa abang merepek ni. Orang ikhlas la dengan dia. Dia dahlah hensem. Kaya, baik pulak tu. Lepastu dia sayang kat adik. Rugi kalau adik tak buat dia jadi suami. Dia layan abang dengan baik, kott. Takkanlah adik tak jatuh hati dengan dia. Abang tahu tak hati adik ni bila dia layan adik elok-elok, hati ni.." dadanya ditunjuk beria-ia seperti dia ingin menunjukkan perasaannya. "Hati adik ni jadi tergolek-golek tau! Tak tahu macam mana nak kutip. Rupa-rupanya dia yang curi dulu. Uqael tu memang laa-"

"Oppss, adik okay adik. Luahan hati ni baik adik cakap lebih-lebih dekat tuan badan eh? Abang bahagia kalau adik bahagia. Hehe." Asad ketawa kecil apabila luahan hati Maryam jadi luar dari kawalan dia. Tak sangka Maryam pun ada simpan hati dengan tunang dia. Dia fikir Uqael bertepuk sebelah tangan je. Haha.

Maryam tersengih pula. Tahu pula tak tahan dengar ye? "Majlis abang dengan Maryam lagi empat bulan ke?"

Soalan Maryam buat Asad terdiam. Haa, itulah sekarang ni jadi masalah dia. "Abang rasa nak cepatkan je sebab kaki abang tak lama lagi nak pulih. Orang kata bertunang ni tak perlu lama-lama. Esok abang nak cakap dekat parents Mawar supaya cepatkan jadi dua bulan lagi je. Cukuplah tu nak cari barang hantaran sebab yang lain semua dah settle, kan? Wedding venue abang boleh tanya Rifqi details sebab tempat dia kahwin dulu cantik. Adik ingat tak?"

Maryam sudah teruja sehingga dia bertepuk tangan. Tanpa menunggu lama, dia bangun dari duduknya dan berlari masuk ke dalam bilik meninggalkan Asad terpinga-pinga sendirian. Kemudian dia kembali semula bersama buku hitam di tangan. Bolehlah dia catat apa yang patut nanti. "Seronoknyaaa." Sorak Maryam sambil tangan menghantar mesej kepada Mawar.

You

Tak sabarnya nak jadi satu family dengan kauuu!!

Tidak menunggu lama untuk dia mendapat balasan daripada Mawar.

Mawar sayang

Nonsense ah kauu. Kita dari dulu family. Aku sentiasa anggap kau sebagai half of me. Sayang kau sampai bila-bila.

Maryam pandang Asad sekilas sebelum dia menyembur tawa kecil. Ops, sorry abang.

You

Hehehe. AKU PUN SAYANG KAUUU. Muah banyak banyakk!

Oh ye dan sorry juga encik tunang. Hehe.

.
.
.
.

"Maaaaa, Asad beli cincin harini siap ada nama Mawar sekali untuk pernikahan dioranggggg." Akhirnya terlepas rahsia yang dia simpan dari siang tadi. Penat dia nak simpan lama-lama. Rasa tak enak. Harus dia sebarkan kepada orang yang bertanggungjawab.

Mamanya dari dapur terus berjalan laju ke arah dia. Maklumlah orang tua tak boleh nak berlari sangat. "Iyekeee?! Sweetnyaaa bakal abang ipar kamu ni."

Uqael angguk kepala setuju. "Haah maa. Angah pun nak jugak boleh? Mana nak tempah ye cincin cenggitu? Nak letak nama angah dengan Maryam." Uqael tersengih.

"Buat dekat kedai jewellery. Ada satu dekat depan ofis aku. Cantik dia buat." Si Along, Tengku Umar Mifzal mencelah.

Uqael senyum senget. "Ehem. Mana kau tahu ni Long? Kau bukannya selalu berjalan."

Cincin di jari manisnya ditunjuk pada Uqael. "Aku pun ada." Ungkapnya dengan muka penuh lagak.

Mama sudah terangkat kening tinggi. Nak marah pun tak boleh.

"Along letak nama tunang Along la ma." Meskipun dia tak pernah jumpa dengan tunang dia, dia tetap tahu nama wanita yang akan dia nikahi suatu hari nanti. Maklumlah sudah bertunang sejak kecil. Anak sulung, kan?

Mama kembali tersenyum. Uqael juga sama tersenyum. Dia mendekati Umar dengan niat untuk melihat corak cincin dengan lebih dekat. Memang terbuntang lah mata dia. Kagum punya pasal.

"Esok Angah nak bawak Maryam pergi sana!" Ucapnya tekad. Dia akan dapatkan cincin yang berkualiti tinggi dan bercorak paling cantik untuk cinta hati pengarang jantungnya itu. Alang-alang dah nak kahwin, apa salahnya, kan?

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now