8 tahun kemudian...Maryam menjinjing plastik putih berisi ubat-ubatan untuk abangnya. Asad demam. Demamnya pula dah berlanjutan hingga empat hari. Pagi kurang sikit tapi bila malam memang suhu naik mendadak.
Gedebuk. Seperti nangka busuk Maryam terjatuh gara-gara ditempuh orang dari belakang. Tajam matanya merenung tubuh yang berdiri tegak dihadapannya. Nasib baiklah lelaki yang langgar dia ni tak blah macam tu je. Tahulah adab juga ye bila bibir tak henti-henti menutur kata maaf.
Ubat yang bersepah tadi dikutip masuk ke dalam beg plastik. Alah. Bukan banyak mana pun. Ubat demam, ubat batuk, ubat tahan sakit. Oh dengan ubat tidur. Asad minta dia belikan sekali.
"Tak apa. Tak sengaja kan. Saya maafkan." Ucap Maryam tatkala lelaki itu masih meminta maaf dengan muka kesalnya.
"Ambil ni." Lelaki itu menghulur sekeping kad. Nama 'Tengku Uqael bin Tengku Khalid' tertera dengan jelas pada kad itu. Teringat Maryam dengan nama ulamak hadis alhujjah, Uqail bin Khalid. Maryam tersenyum kecil.
"Kalau ada nak minta ganti rugi boleh hubungi nombor tu. Saya Uqael. Nama cik?" Wajah tampan itu menerung tulus pada Maryam yang terpinga-pinga. Dah kenapa jadi sesi kenal mengenal ni. Dia tak sempat bangun pun lagi.
"Maryam." Jawab Maryam saat dia sudah berdiri pada kakinya sendiri. Bajunya dikemaskan. Tiada apa yang perlu diganti. Kalau ada pun benda murah, bukan macam yang ada pada lelaki itu. Nampak sangat barang berjenama dari atas sampai ke bawah.
Telefon Maryam berbunyi. Kedua-dua pasang mata mereka terarah pada beg Maryam.
Dengan penuh rasa ingin tahu, Uqael menjeling nama pemanggil. Sekali 'abang' daa dengan emoji love berwarna merah. Melepas peluang dia. Awek comel memang selalu dah jadi milik orang ye? Kenapa bukan milik dia je? Uqael mengeluh.
Maryam pandang sekilas pada Uqael sebelum dia meminta diri. Abang telefon sebab tak larat dan risau dia keluar lama.
"Eh cik nak ke mana? Saya hantarkan." Pelawa Uqael. Niat dia baik. Tetapi bila Maryam pandang dia pelik terus dia rasa macam tak patut je cakap tadi.
Maryam kerut dahi. Apahal mamat ni? Baik semacam je.
"Saya drive sendiri." Jawab Maryam sebelum kaki dibawa melangkah ke arah Raja atas jalan yang diparkir berdekatan. Myvi you. Kereta berjenama negara. Kau hado? Kalau ada kita geng.
Maryam angguk sedikit kepalanya kepada Uqael yang dia sedar sedang memerhatikannya sejak tadi. Agak-agak kenapa ye mamat kacak tu tengokdia tak lepas? Dia ada simpan tulang rusuk kiri lelaki tu ke? Tanya je, bukan masuk bakul angkat sendiri eh.
Masuk kereta kepalanya tergeleng perlahan dengan senyuman terhiburnya. Comel ya lelaki kekok tu. Comel sampai rasa macam nak sekeh je kepala dia. Nasib baik bukan mahram.
Masuk dalam rumah sahaja, Maryam terus mengorak langkah ke bilik abangnya yang terletak di sebelah dapur. Ini kerana dia terdengar bunyi yang kuat datang dari bilik si abang. Rasa khuatir menyelubungi dirinya.
"Ya Allah, abang!"
Kaki menerpa terus ke arah si abang yang sudah berada di sisi katil. Jatuh barangkali. Wajah pucat lelaki itu amat menyayat hati. Tetapi abangnya masih berusaha untuk bangun. Jelas urat lengannya timbul kerana payahnya nak bangun. Kakinya menggigil. Tidak mampu menampung berat badan.
"Adik tolong abang ye." Pelawa Maryam sambil tangannya sudah maju membantu si abang untuk kembali duduk pada birai katil.
“Tak perlu.” Asad menolak dengan suaranya yang bergetar tetapi Maryam tetap juga menolongnya. Liur ditelan payah. Bibirnya diketap kuat. Hasilnya, muka lelaki itu memerah menahan perasaan.
Tsk. Tsk. Tsk. Bunyi esakan kedengaran.
Maryam angkat kepalanya laju. Wajah Asad sudah basah dengan air mata. Muka lelaki itu memerah menahan tangis dan air mata yang tidak berhenti mengalir.
Tangannya menggenggam kuat cadar katil.
Luluh hati Maryam melihat abangnya berkeadaan begitu. Dia tahu apa yang abang dia ingin sampaikan. Maaf. Maaf dan maaf. Sentiasa. Perkataan maaf.
"Abang minta maaf." Ucap Asad dengan esakannya. "Abang minta maaf sebab susah kan adik." Tangannya memukul kedua-dua paha kakinya. Tidak terasa sangat sakitnya.
"Ini." Pukulnya lagi.
"Kaki ni tak berfungsi." Lagi dan lagi.
Sehingga Maryam memberhentikan perlakuan abangnya itu. Asad menundukkan kepalanya dengan esakan yang semakin kuat.
"Abang minta maaf sebab susahkan adik."
"Abang minta maaf sebab letak adik dalam keadaan yang membebankan adik."
"Abang minta maaf sebab jadi beban adik."
"Sebab abang, adik tak dapat nak sambung belajar."
"Adik tak dapat jumpa kawan. Bersosial. Kahwin."
"Sebab adik kena jaga abang yang cacat ni."
"Nak kena jaga abang yang menyusahkan ni."
"Abang minta maaf sebab—"
"Sebab abang,"
"Sebab abanglah.."
"Sebab abanglah adik takde ibu dan ayah sekarang ni."
"Abanglah yang rampas ibu dan ayah dari hidup adik."
"Abang penyebab adik jadi yatim piatu."
"Abang penyebab ibu dan ayah mati."
"Abang." Genggaman penumbuk lelaki itu diacu pada dada. Bahagian itu dipukul berkali-kali. Sakitnya rasa apabila dia yang menjadi penyebab adiknya hilang ibu dan ayah. Air mata kian meluruh jatuh dengan laju. Tanpa henti. Maryam turut sama begitu. Melihat Asad bersama rasa serba-salah dalam dirinya membuatkan hatinya sakit yang amat. Pedihnya mencengkam.
Asad selalu salahkan dirinya. Tetapi Maryam tak pernah rasa macam tu.
Beberapa bulan yang lalu, Asad ambil ayah dari lapangan terbang bersama ibu. Oleh kerana takdir yang telah tertulis, kereta mereka dirempuh oleh lori lima tan dari arah belakang. Ibu dan ayah meninggal di tempat kejadian. Asad koma sebulan dan apabila dia sudah sedar, kakinya sudah tidak berfungsi lagi dengan baik.
Asad putus harapan. Berbulan-bulan dia berkurung, tidak mahu keluar. Selalu menyalahkan diri atas pemergian ibu dan ayah. Setiap kali matanya terlihat Maryam, pasti dia akan menangis dan meminta maaf. Berkali-kali.
Lelaki ini rapuh.
Hati dia berkecai.
Perasaan serba-salahnya sentiasa menghantui diri.
Dia, takut, sedih, marah pada dirinya. Sehinggalah dia dah tak berdaya untuk menangis lagi. Terbaring lesu atas katil.
Sehinggalah si adik yang datang menangis dan merayu untuk Allah kembalikan semula abangnya. Kembalikan semangat abang dia. Kerana abanglah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada sekarang.
Maka Asad cuba untuk kuat. Walaupun apabila tiba saat-saat seperti sekarang, dia akan menangis dan meminta maaf. Seperti sekarang.
Sudah menjadi rutin harian mereka gamaknya.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...