Nada dering telefonnya berbunyi kuat. Asad yang sedang merenung keluar jendela memerhati langit cerah mengambil telefon yang terletak di atas meja. Takut-takut adik dia yang call. Tetapi bukan. Sekadar nombor yang tidak dikenalinya yang tertera pada skrin telefon. Dengan perasaan teragak-agak, Asad slide ikon telefon ke atas dan telefon dilekapkan di telinga."Hello, assalamualaikum." Asad memberi salamnya kepada si pemanggil.
Tidak lama kemudian kedengaran suara yang dia kenali. Meskipun sudah lama tidak mengapa telinganya, suara itu masih sama dengan yang pernah dia dengar dalam kotak memorinya.
"Waalaikumussalam. Asad? Ini Mawar."
Ya. Suara seorang Mawar yang sentiasa tunggal di dalam taman hati Asad. Mawar Azzahra yang dia pernah kasihi dan sebenar-benarnya masih lagi dia kasih di dalam lubuk hati yang paling dalam.
"Tadi Mawar try call Maryam pakai nombor yang ada kat balang cookies ni tapi Maryam tak angkat. Mawar dah lama lost contact dengan Maryam sebab fon Mawar rosak."
"..."
Asad diam tidak merespon. Tiada daya dan tiada rasa. Matanya memandang kakinya yang tidak berfungsi.
Walaupun Mawar bukan di hadapannya, namun malu itu masih ada. Malu kerana dia cacat. Seorang abang yang menyusahkan adiknya. Seorang anak yang membunuh ibu bapanya.
Tet.
Talian diputuskan. Tanpa kata. Asad meletakkan telefon tersebut jauh darinya selepas menekan butang kapal terbang.
Diam dia seketika melayan perasaan. Cuaca mendung, seperti hatinya yang sedang murung.
Mawar pula terkedu di duduknya. Dia merenung skrin telefonnya lama. Apa salah dia sampai Asad end call macam tu sekali? Dia ada salah cakap apa-apa ke
Husnuzon Mawar, mungkin bini dia panggil kut. Eh, tak nak fikir macam tu. Kalau aku fikir dia dah ada bini maksudnya dia dah kahwin dan aku takde can. So, bukan bini dia panggil tapi alam yang panggil. Ya, alam panggil dia. Emergency.
Telefon berdering pula menandakan ada panggilan masuk. Mawar fikir Asad telefon semula, rupa-rupanya bukan. Maryam pula yang telefon. Segera Mawar menyambungkan talian. Nasib baik Maryam yang telefon, kalau Asad, entah apa la yang dia nak katakan anda lelaki tu. Kekok jadinya lepas tiba-tiba je panggilan diputuskan.
"Maryammmmm." Sapa Mawar teruja. Maryam disebalik talian tidak perlu nak proses lama sebab dia tahu pemilik suara tu siapa.
Maka Maryam pun ikut sama teruja. "Mawarrrrr!" Panggilnya.
Mawar bersandar pada katilnya. Senyumnya sudah sampai ke telinga.
"Kau pergi mana Mawar, kenapa aku call kau tak dapat. 2 tahun kau menghilang macam tu je. Tukar nombor tak bagitahu aku pun. Aku dahlah tak tahu rumah kau kat mana. Aku buat salah apa weh? Kenapa kau tiba-tiba putuskan hubungan kita?"
Mawar gigit bibir serba-salah. "Maaf weh. Aku bukan sengaja. Aku punya telefon rosak weh. Sim aku rosak sekali. Aku dah tukar nombor tapi nombor kau aku tak hafal, aku jadi buntu. Ini pun aku dapat nombor kau dari balang biskut yang kau dengan Asad jual ni. Aku takde niat pun nak putuskan apa-apa."
Maryam diam sejenak. Hilang terus gundah dalam hatinya selama ini. Rupa-rupanya telefon rosak. Lega dia. Dia fikir Mawar dah tak nak berkawan dengan dia.
"Kau apa cerita Maryam? Sihat? Tadi masa kau tak angkat call aku, aku try telefon Asad. Dia angkat tapi dia diam je. Kenapa ya? Bini dia garang ke tak bagi perempuan lain call dia?" Mawar laju menanya tentang perlakuan Asad kepadanya. Disebalik pertanyaan dia tu, sebenarnya dia nak tahu yang Asad ni dah berpunya ke belum. Licik, kan?
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...