Sekejap-sekejap mata Mawar mengerling ke arah cermin pandang belakang untuk mengecek keadaan Asad. Adakah lelaki itu selesa ataupun tidak."Sorrylah Asad sebab tak bagi duduk depan." Mawar meminta maaf. Mata mereka bertembubg.
Asad senyum senget. "Apa Mawar cakap macam tu? Tak ada apa lah. Asad faham. Nanti lepas kahwin Asad duduk lah sebelah Mawar. Kalau bukan Asad siapa lagi kan?"
"Maryam?"
Cemberut wajah Asad jadinya. Nama Maryam pula yang dipetik tunangnya. "Maryam ke?"
Mawar tergelak. "Yelah. Maryam lah." Tidak lagi dia memandang cermin. Sebaliknya kereta dipandu dengan penuh fokus. "Kan Asad tanya kalau bukan Asad, siapa? Mawar jawab Maryam lah. Takkanlah Mawar nak bawa orang lain pula kan?" Terang Mawar dengan lebih jelas. Yalah. Bayangkan kalau dia pergi ke mana-mana tanpa Asad. Pastilah Maryam yang jadi peneman dia. Kan?
Asad mencebik bibirnya. "Yelah. Maryam lagi penting."
Terkekeh Mawar tertawa. "Sejak bila Asad jadi mengada ni?" Geli perutnya ketawa kerana angin mengada Asad.
Dengan nada suara yang rendah Asad membalas, "sejak Mawar ajak Asad kahwin lah."
"Ngeee. Mawar dengar lah Asad."
Asad jadi termalu sendiri. Selalu lah dia bikin malu diri. Kadang tu telinga dia dah macam pakai blusher merah dah.
"Apa? Orang tak kata apa-apa pun eh." Tak nak mengaku, Asad cuba berdalih dengan membuka topik lain. "Tak silap Asad kan Rifqi doktor dekat hospital yang Uqael bawa Maryam pergi ni."
Mawar angguk menerima informasi dengan jelas. "Oh yeke? Haritu dia punya isteri mengandung lagi kan? Anak kedua diorang."
"Dah beranak lah Mawar. Isteri dia dah habis pantang dah pun."
"Woah. Mana Asad tahu ni? Maryam kata Asad dah jadi anti-sosial. Sejak bila Asad tahu info-info semasa?" Kagum Mawar dengan Asad. Ingatkan dia duduk rumah tak ambil tahu hal luar. Rupa-rupanya.. banyak lagi dia tahu daripada Mawar.
"Mana ada lah. Asad nak rest daripada dunia kejap. Penat. Nak rehat. Kadang tu emosi jadi tak seimbang. Asad takut nanti tak boleh kawal emosi, lepastu tak sengaja meletup dekat orang yang tak bersalah."
Mawar mengucap kata "faham." Asad mungkin marah pada diri dia sendiri sehingga dia bertukar menjadi orang yang pemarah. "Asad needed rest and he took one. Now Asad can get back on his feet and bring back his handsome smile again. And not to forget that Asad is going to be Mawar's husband too!"
Asad melepas tawa sambil tangan mengusap telinganya yang berbahang.
.
.
.
.Uqael menghalang pandangan Mawar dengan tubuh badannya yang tegap itu. Tangan kanan Uqael terangkat menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin yang dia beli sendiri untuk diri sendiri bagi memberitahu satu dunia yang dia sudah bertunang dan tunangnya itu Maryam. Oh Maryam pun ada sekali tapi Maryam buat jadi rantai. Kerja dalam dapur tak memberikan dia keselesaan untuk memakai sebarang perhiasan pada jari-jemarinya.
The point here is, dia tunang Maryam. Maryam tunang dia. Doktor lelaki hensem yang bertulis nama 'Rifqi' pada baju doktor dia ni tak ada can langsung nak mengorat Maryam si buah hati pengarang jantung dia ni. Sebab Maryam dah ada dia. Full stop!
Maryam sengetkan kepalanya sedikit bagi melihat wajah doktor lelaki tersebut meskipun badan Uqael sedikit menghalang penglihatannya. Dia dapat melihat nama yang tertera pada baju doktor tersebut.
"Weh, Rifqi!" Sapaan dibalas mesra.
Terbuntang mata coklat Uqael. Dia pandang Maryam kemudian pandang doktor yang bernama Rifqi tersebut. "Ex awak ke sayang?" Soalnya tiba-tiba. He's ready for the worst.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...