Mawar. Adakah kerana Mawar itu terlalu indah sehinggakan mataku tidak bisa lepas dari memandangnya.
Adakah Mawar itu terlalu menarik, sehinggakan fikiranku tanpa henti, hanya tentang dia.
Adakah Mawar itu lemah, sehinggakan aku sentiasa risau akan keadaannya.
Adakah Mawar itu cinta, sehinggakan tiap kali terdengar suaranya, terlihat orangnya, disebut namanya, jantung ku berdegup pantas, lantas membawa segerombolan rama-rama memenuhi ruang perutku.
Mungkin benar Mawar itu cinta, kerana kepada Tuhanlah, aku selalu mendoakannya
Buku diari itu ditutup rapat sambil bibirnya tertahan-tahan dari mengukir senyum lebar. Namun senyuman itu lebih kepada senyum nakal. Maryam Hayyina laju memandang Asad Irfan yang sudah sedia menekup muka dengan diari miliknya.
"Ohh..abang." suara mengusik Maryam sudah kedengaran.
Asad menjeling tajam ke arah adiknya. Ini yang dia pernah rasakan apabila Maryam mengusulkan cadangan untuk bertukar diari pada suatu ketika dahulu. Sudah terang lagi bersuluh muka Maryam yang nak usik dia tentang Mawar yang seorang ni.
"Adik jangan nak mulakan eh," ujar Asad. Tidak tegar dia untu mendengar usikan dari Maryam. Adik dia ni, kalau dah mula mengusik sampai tahun depan pun takkan habis!
Maryam tertawa besar. "Habislah abang. MUAHAHAHAHA. Adik dah tahu rahsia penting abang. Masa depan abang sekarang dah terletak pada tangan adik. MUAHAHAHAHA." Maryam, ketawa jahat.
Asad hanya memandang tajam ke arah si adik. Diari milik Maryam yang berada di tangannya diletakkan semula ke atas meja kopi. Dia sudah malas untuk melayan kerenah si adik perempuan. Lantas, kaki dibawa ke arah Maryam.
Kepala si adik dikepit pada celah ketiaknya agar adiknya merayu meminta nyawa. Asad sudah ketawa besar apabila Maryam tercungap-cungap mencari nafas setelah lemas dengan bauan badannya. "Beg for your life, Maryam. HAHA. Beg." Asad berbisik jahat. Suka dia melihat si adik terseksa kerananya. Rasa puas. Tiada lagi ketawa besar Maryam yang tadi. Asad menang.
"IBUUUUUUU!"
Oh shrek, belum menang lagi.
Kepala laju memandang ke arah dapur. Kelihatan wajah cantik Puan Permaisuri Cinta Hati abah mereka memandang tepat ke arah Asad dan Maryam.
"Ibuu, tolong adik. Nak mati dah nii." Maryam meminta pertolongan si ibu. Lantas, mata garang Puan Laura memanah tepat ke dalam mata si anak sulungnya, Asad.
Asad perlahan-lahan melepaskan Maryam sambil dia menelan liur, ketakutan.
Tenang ibu, tenang. Tak mo marah-marah nanti muka kedut-kedut.
Asad tersengih. "Kitorang gurau je bu," ucapnya takut-takut.
"Dapur. Sekarang!"
Laju Asad berlari memasuki dapur kesayangan ibunya itu. Tak mahu dia undang lagi kemarahan si ibu."Eee adik ni, sikit-sikit panggil ibu. Gedik ah." Asad luah rasa tidak puas hatinya sambil tangan mencapai pisau yang ditinggalkan di atas papan pemotong sayur. Bawang merah yang berada di situ dipotongnya tanpa menunggu arahan daripada Puan Laura.
"Nanti kopekkan kentang sekali. Ibu nak masak kentang sambal." Arah Puan Laura yang baru masuk ke dalam dapur. Matanya memerhati gerak laku teliti si anak terunanya itu.
Asad angkat muka dengan muka nak menangisnya. Banyak tu!
"Tiada bantahan." Tegas si ibu. Namun begitu, bibirnya menahan daripada menghambur tawa melihat si anak yang tiada pilihan selain dari masuk dapur hari ni.
"Okay ibu." Lemah sahaja suara Asad membalas. Kepala pula diangguk pasrah sambil tangan masih lagi memotong bawang. Nampak macam kasihan, tapi sebenarnya Asad memang dah biasa buat kerja-kerja sebegini. Nak harapkan Maryam? Budak tu cemerkap sangat, nanti ada juga yang terpotong tangan bila masuk dapur nanti.
Puan Laura ambil tempat di hadapan Asad. Bibirnya tersenyum kecil. "Jadi... siapa Mawar tu?" Soalnya mahu mengusik.
Asad tunjuk muka sedih lagi. "Ibuuuuuu!" Rengeknya.
Ibu dengan adik, sama je. Dua-dua kuat mengusik. Dan sudah semestinya Asadlah yang selalu jadi bahan usikan mereka kalau sampai soal hati ni. Sebab Asad paling jarang buka cerita tentang perempuan. Tup tup harini keluar pula nama Mawar.
'Jadi Asad, siapa Mawar pada kau? Cinta? Ataupun sekadar singgahan perasaan yang barangkali selepas beberapa ketika tidak akan muncul kembali?'
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...