Pulang daripada mall, Asad berkurung di dalam biliknya sehingga malam tiba.Ketukan pintu didengari oleh Asad. Dia memandang sekilas ke arah pintu dan kemudian mengeluh kecil. Buku kecil di atas meja ditutup olehnya dan diletakkan ke dalam laci meja. Biar tiada siapa yang tahu.
Teruntuk Mawar,
Apakah hatimu telah terpaut dengan sang kumbang yang melawat taman hatimu?
Sedangkan aku masih disini mengharapkanmu dari jauh,
Adakah engkau telah menidakkan kewujudanku, si kumbang yang setia menjaga Mawarnya?Wahai Mawar, cintaku.
Maafkan sekiranya kehadiran aku ini tidak kau inginkan.
Tetapi hati ini tidak mampu untuk aku halang daripada mencinta.Wahai Mawar,
Tiadakah ruang di tamanmu untukku, kumbang setia yang melihatmu dari jauh?"Bang, buat apa tu? Asal terperap je dalam bilik? Study eh?" Maryam tanpa dipelawa terus mengambil tempat duduk bersila di atas katil Asad. Buku reference Kimia milik abangnya diambil dan ditilik tanpa minat.
"Heat of precipitation, heat of displacement, heat of neutralisation, heat of combustion. Banyaknyaaaa. Apa benda ni?" Maryam buat muka jelik. Sungguh dia tak faham satu pun apa yang tertulis di dalam buku rujukan Asad. Buku itu kemudiannya diletak jauh dari kedudukannya. Sorry saya anti dengan subjek Sains. Lagi-lagi kalau guna bahasa Inggeris.
Asad menjeling adiknya. Suka-suka je dia buat muka dekat buku tu. Sekeh kepala karang.
"Adik nak apa masuk bilik abang ni?" Katil didekati kemudian tangan mencapai buku rujukan kimia tadi. Sebelum dia meletakkan buku tersebut di atas meja belajarnya, sempat dia melepuk kepala adiknya dengan buku tebal itu.
Kali ini Maryam pula yang menjeling tajam pada Asad. "Nak gaduh ke?" Dia sudah sedia menyinsing lengan baju untuk bertumbuk dengan Asad.
Asad senyum senget. "Berani ke?" Keningnya juga turut terangkat.
Maryam jelir lidah sebagai balasan. Provok Asad memang dia berani tapi kalau gaduh betul betul dia tak berani. Memang dia kalah la kalau nak bergaduh dengan Asad.
Selepas keadaan sudah tenang semula, Maryam kembali bertanya soalan yang sama kepada Asad. "Abang cemburu ke tengok Mawar dengan Rifqi?"
Dahi Asad berkerut. Dia pura-pura tidak faham. "Cemburu kenapa? Kan abang dah kata, Mawar tu bukan abang yang punya. Ikut suka dia lah nak rapat dengan Rifqi ke apa. At the first place, abang dengan Mawar ni pun langsung takde basic relationship tau. Kami sekadar kawan kepada adik, dan abang kepada kawan. Nothing else."
Maryam tersenyum nakal. "Itu yang mengganggu abang kan? Yang abang takde basic relationship pun dengan Mawar. Kan kan?"
"Mengarutlah adik." Asad menidakkan walaupun tekaan Maryam mengena tepat pada sasaran.
"Adik boleh tolong abang." Maryam berbaik hati mempelawa diri.
"Tak payah lah adik. Tak perlu susah susah." Asad menolak.
"Oh maksudnya betul laa—"
"Dah dah dah tolong keluar. Abang nak tidur ni. Syuh syuh." Asad menarik Maryam bangun dari katilnya dan menolak adiknya itu keluar dari bilik.
Pintu dikatup rapat namun hilai tawa adiknya dapat didengari olehnya.
Asad tersenyum nipis. Kemudian kepalanya tergeleng-geleng. Perangai adik dia memang tak berubah. Gelak pun tak kira siang malam, kuat mengalahkan Ponti milah.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...