Mawar termenung di atas katil. Kepalanya terngiang-ngiang perbualannya dengan Rifqi pada waktu rehat di sekolah tadi.
"Mawar. Iqi selalu tengok Mawar dengan Maryam. Dah macam adik-beradik dah. Rapat je."
Mawar mengangguk dengan muka seriusnya. "Betul tu. Kitorang memang dah macam adik-beradik pun." Mawar mengiakan.
Rifqi melopongkan mulutnya. "Ooh," responnya ala kadar. Kerana itu bukan soalan utamanya sebenarnya.
"Kalau Mawar dengan Maryam dah macam adik-beradik, jadi Mawar dengan Asad pun sama la? Adik-beradik jugak?"
Mawar cuba mencerna soalan yang diberi.
Belum sempat soalan itu dijawab, Rifqi membuka mulut lagi. "Sebab Iqi selalu nampak jugak Asad ada sekali dengan korang."
Mawar angkat bahu. Dia juga tak pasti apa status Asad dengannya. "Asad dengan Maryam kan adik-beradik. Diorang memang rapat gila. Lagipun diorang dua beradik je. Sebab tu la kalau kitorang pergi mana-mana pun mesti ada Asad."
"Biasalah tu."
Rifqi senyum kecil. Senyum sinis. Mata mengerling ke arah Asad seketika kemudian ke arah Mawar yang berada di hadapannya semula.
"Mawar tak rasa ke yang Asad tu sengaja je nak lepak dengan Maryam?"
Mawar sengetkan kepalanya tanda tidak faham. Apa ni? Memanglah Asad sengaja nak lepak dengan Maryam. Dah Maryam tu adik dia. Tak faham betul!
"Entah-entah dia lepak dengan korang sebenarnya sebab dia ada hati dengan Mawar, tak?"
Maryam buat muka. Baginya, apa yang keluar dari mulut Rifqi itu langsung tak logik. Kenapa Rifqi kata Asad saja lepak sekali sebab suka dekat dia? Kenapa tak boleh terima je yang Asad saja lepak sebab ada Maryam?
"Apa Iqi ni? Pelik-pelik la." Maryam sudah mula mahu marah. Dia tidak selesa dengan kata-kata Rifqi itu. Kerana orang yang sedang diperkatakan mereka ini merupakan abang kesayangan kawan baiknya, Maryam. Itu tandanya, Asad itu juga penting kepada dia. Mana boleh saja-saja memberi tuduhan tidak berasas terhadap Asad. Kecil hati Maryam nanti!
"Okay okay sorry." Rifqi segera meminta maaf. Tahu yang dia tidak boleh memanjangkan hal ini, maka dia ingin menjernihkan semula keadaan yang sedikit tegang tadi.
"Kalau macam tu kan, Iqi ada satu lagi soalan. Satu je." Jari telunjuk dikeluarkan dengan gaya yang beria-ia bahawa ini kali terakhir dia bertanya soalan.
Mawar pandang muka Rifqi dalam-dalam. Dia menghela nafas pendek. "Apa dia?" Soalnya.
Rifqi tersengih kecil. "Antara Iqi dengan dia, siapa lagi hensem?"
Dahi Mawar berkerut. "Dia?" Entah siapa yang dimaksudkan oleh Rifqi, Mawar tidak tahu. Asad ke?
"Asad."
Diam.
Mawar diam tidak tahu untuk menjawab bagaimana. Dia memang lemah dengan soalan perbandingan ni. Dia nak kena perhati subjek betul-betul agar perbandingan dapat dibuat dengan betul dan adil.
Mawar pandang Rifqi lama.
Hm, boleh lah. Hensem lah jugak.
Kemudian kepala diarahkan kepada Asad yang sedang berdiri sedari tadi tidak jauh dari kedudukan meja mereka.
Dari rambut Asad yang beralun lembut itu dia perhati. Kemudian jatuh ke alis mata lelaki itu. Kulitnya sedikit gelap akibat terlindung daripada cahaya namun wajahnya bersih tanpa sebarang cela. Rahang lelaki itu sedikit tajam menampakkan bentuk mukanya. Hidungnya sedikit mancung. Lentiknya bulu mata lelaki itu biasa-biasa sahaja. Namun warna matanya...
ANDA SEDANG MEMBACA
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...
![Teruntuk Cinta [C]](https://img.wattpad.com/cover/330953295-64-k635962.jpg)