Mawar menghirup udara dalam-dalam sehingga terbatuk-batuk dia gara-gara udara yang disedutnya bukanlah udara segar. "Woi kak, ini bandar ye bukan kampung." Nurul menegur perbuatan si kakaknya itu.Mawar tergelak kecil. Iyelah. Lupa pula. Dia sudah kembali ke bandar selepas lima tahun hidup dekat kampung dengan nenek dan atuk. Habis sahaja SPM, dia terus sambung diploma di universiti awam selama tiga tahun. Kemudian dia tinggal di kampungnya demi menjaga nenek dan atuk kesayangan yang sudah tua. Sambil-sambil itu dia bekerja sebagai guru tadika di sana. Mengajar anak-anak kecil menyanyi dan membaca.
Lagipula, dia akhirnya berjaya untuk mengalihkan perhatiannya daripada rasa sukanya yang mendalam. Siapa tahu yang dia boleh jatuh hati pada abang bff sendiri? Jatuh yang dalam pula tu apabila lelaki itu yang banyak bantu dia semasa nak hadapi peperiksaan SPM. Sebelum tu punyalah anggap macam abang je, sekali lain jadinya daaa.
Haila, apalah khabar Asad dan Maryam sekarang? Mawar mengeluh. Jarang dia berhubung dengan mereka. Hampir dua tahun agaknya dia tak berhubung gara-gara sibuk dengan urusan dunia. Malang pula apabila telefonnya rosak dan dia terpaksa untuk menukar nombor baharu. Nombor Maryam pula tiada dalam simpanannya. Hilang macam tu je. Semoga takdir menemukan mereka berdua.
Mawar angkat kepala. 'Eh yalah. Entah-entah Asad dan Maryam dah berumah tangga tak? Asad sepatutnya dah 26 dan Maryam dah 25, logiklah kan.' Kepala kembali tertunduk semula. Kalau betul lah kan, pasti, tidak syak lagi yang dia akan sedih dan patah hati. Satu, dia tak dapat mengunjungi hari bahagia sahabatnya. Kedua, dia tak sempat nak luahkan perasaan dia pada lelaki itu, dah diambil dengan orang. Sedih betul.
"Masuklah kak, duduk dekat luar tu buat apa? Tercongok macam patung tengah-tengah panas." Nurul sudah bising dari dalam rumah. Maka dengan itu Mawar pun terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah bersama beg bajunya yang agak berat. "Yelah adik. Mulut asyik bising je macam mak nenek." Mawar kompelin. Sempat dia membalas jelingan si adik sebelum kaki mendaki tangga untuk ke biliknya. Si Nurul ni kan, daripada kecik molek sampai dah anak dara tetap juga pot-pet mulutnya. Sabar je lah.
"Ibu, kita nak kena beli barang dapur ni. Dah lama tak berisi dapur kita ni." Saran Mawar sambil membuka tutup pintu kabinet dapur satu per satu.
"Marilah kita. Beli dekat Mydin je lah kak." Puan Melati mengambil beg tangannya kemudian dihulurkan kepada Mawar.
"Abah, ibu pergi Mydin sekejap! Mawar dengan Nurul ikut sekali," laung ibu dengan suara yang kuat agar dapat didengari oleh Abah yang sedang memunggah beg baju dalam bilik.
"Okay, balik jangan lambat sangat. Belikan abah nasi lemak ayam goreng kalau singgah restoran anggerik tu." Abah sempat memesan kepada mereka. Mawar dan ibu sekadar membalas okay sebelum mereka bertolak ke Mydin bersama-sama dengan Nurul yang sudah awal-awal lagi berdiri di tepi kereta.
Masuk sahaja dalam Mydin, Mawar dan Nurul terus menuju ke arah rak yang menempatkan pelbagai jenis mi segera buatan dalam dan luar negara. "Ibu, nak Samyang." Bungkusan Samyang yang berwarna kuning terus diambil oleh Mawar dan dimasukkan ke dalam troli tanpa sempat ibu berkata apa-apa. Maka ibu hanya menjeling tajam ke arah anak perempuannya itu.
Mawar dan Nurul tersengih.
Kemudian troli ditolak ke arah bahan-bahan basah. Troli mereka diisi dengan pelbagai barang dapur sehingga hampir penuh. Memang kalau keluar dengan anak-anak jadi penuh la troli Mydin tu. Semuanya mereka nak makan. Tukang masaknya pula ibu sahajalah. Yang lain semua hilang bila diperlukan.
*smh
"Ehh. Stop stop stop." Nurul menahan pergerakan troli. Matanya memandang tak display yang menempatkan pelbagai jenis cookies daripada satu jenama yang sama.
'Cookies by Asad'
"Ibu, nak niii." Dengan penuh teruja Nurul menunjukkan dua balang cookies kepada ibunya. Chocolate cookies dan red velvet cookies yang telah ditagkan dengan tanda 'hot'. Sambil-sambil itu dia berposing ala-ala model dengan balang-balang cookies tersebut.
"Cookies ni sedap bu. Famousss. Ramai orang beliii. Kawan-kawan sekolah Nurul kat kampung tu pun suka beliiii. Lepastu cookies ni dah err.. 7 tahun dalam pasaran. Owner dia dari belajar kat universiti sampai sekarang masih jual cookies ni. Laku keras tau bu. Tak lapuk lapuk pun bu. Hebat kan?"
"Kalau kamu nak, kamu ambil Nurul. Tak perlu nak bacakan 'fun fact' kamu tu dekat sini." Ibu mencebik dengan taktik anaknya. Nurul tersengih lebar sambil tangan meletakkan dua balang cookies ke dalam troli yang hampir penuh itu. Mawar pula sudah termenung panjang setelah membaca nama jenama cookies tersebut dan mendengar dengan penuh fokus akan fakta yang dibicarakan oleh adiknya.
Adakah itu Asad yang sama? Asad yang sama itu sudah menjadi orang yang berjaya kah? Kalau ya, kenapa aku tak pernah tahu hal ini?
Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya. Tak mustahil kalau Asad cookies ini ialah Asad Irfan yang dia kenal. Sebab Asad Irfan yang dia kenal memang genius dalam dapur. Cookies dan cake serta pelbagai jenis pencuci mulut memang Asad jago. Maklumlah, abang kepada Maryam itu memang rajin masuk dapur.
Balang cookies yang telah Nurul letak dalam troli tadi dia ambil. Jantungnya berdegup pantas saat ingin membaca maklumat serta nombor telefon yang tertera pada balang tersebut.
Dijamin sedap oleh si mawar.
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi:
011–987×××× — Asad
011–989×××× — MaryamAsad dan Maryam. "Sah. Ini Asad aku." Siap guna nama dia lagi walaupun tak letak huruf M besar. Dia tahu tu dia.
Tersedar akan keterlanjuran kata, Mawar menepuk mulutnya perlahan.
"Apa benda kau ni. Dia bukan Asad kau. Dia abang Maryam. Asad yang merupakan abang kepada Maryam. Bukan Asad kau. Sejak bila kau kahwin dengan dia ni? Gatal." Mawar berbisik pada dirinya sendiri dengan suara yang perlahan. Meskipun dengar macam dia marah diri sendiri, namun bibirnya tidak boleh menyembunyikan satu senyuman yang hampir terukir lebar.
"Tengok tu bu. Kakak gila cakap sensorang. Kesian." Nurul terkelip-kelip matanya memandang Mawar lama. Kemudian kepalanya tergeleng-geleng perlahan. Kesian kakak aku. Suka sangat cakap sorang-sorang. Hashtag member terlalu lonely. Dan single.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...