Mawar mengemaskan mejanya yang bersepah. Maryam sedang menunggunya di sisi meja untuk mereka rehat bersama-sama.
"Iqi ajak aku rehat sama-sama dengan dia semalam." Beritahu Mawar. Tangan Maryam dicapai dan digenggam setelah dia selesai kemas. Mereka berjalan beriringan keluar dari kelas dan menuju ke arah tangga.
Maryam pandang Mawar buat seketika. "So, kau tak rehat dengan aku ke ni?" Soalnya.
Mawar spontan kerut dahi. "Eee manade. Aku rehat dengan kau lah. Tapi sekali dengan Iqi." Sengihan terbit dari bibir saat menyebut nama Rifqi.
Maryam berfikir sejenak. Mereka berhenti di anak tangga terakhir. "Abang aku boleh join sekali ke?" Tanya Maryam seakan-akan meminta izin.
Mawar angguk kepala. "Boleh la. Tapi kau nak rehat dengan abang kau ke sebenarnya hari ni?"
Maryam tersenyum mendengar soalan Mawar. "Ha'ah. Sekali dengan kau." Jawabnya.
Dia takkan biarkan orang lain merampas bakal kakak iparnya ini.
"Nak tunggu abang kau kat sini ke macam mana ni?" Mawar sudah ingin melabuhkan punggung ke lantai. Malas mahu berdiri lama-lama. Namun cepat-cepat Maryam tarik rakannya itu bangun semula.
"Eyyy, kotor la." Katanya. Tangan Mawar ditarik menuju ke pondok mahabbah berdekatan tangga. Matanya dapat menangkap sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan di situ. Dan mata tajamnya dapat mengesan wajah si abang di antara pelajar-pelajar tingkatan lima di situ. Asad sedang menulis sesuatu di atas kertas. Perilakunya itu tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya yang lain. Maryam senyum lebar.
Toin toin. Bahu si abang dicucuk dengan jari telunjuknya.
Asad mengangkat kepala sambil tangan menutup permukaan kertas. Tak sempat Maryam hendak mengerling ke arah kertas tersebut. Maryam mencebik apabila menyedari perlakuan si abang. Dia mencebik bibir perlahan. Huh, kedekut!
Asad mengangkat kedua-dua keningnya tanda bertanya kepada Maryam. Matanya kemudian menjeling sipi-sipi ke arah belakang Maryam. Kelibat Mawar dapat dia lihat.
"Woi, gedik eh abang. Mata tu tengok mana?" Maryam sengaja mengusik si abang.Asad memandang lama wajah si adik. "Tengok Mawar," balasnya dengan selamba. Riak wajahnya tenang sahaja.
"Ehhh Maryam, Mawar!" Satu suara menegur mereka.
Mawar mengarahkan kepala kepada kelompok manusia di dalam pondok mahabbah itu. Wajah-wajah yang dikenalinya memenuhi pandangan. Mawar tersenyum.
"Ammar, Ayan!" Tegurnya pula.
Dia mendekati dua orang lelaki yang bertag nama Ammar dan Adrian. Kedua-dua mereka merupakan sepupunya.
"Amacam bola baling semalam? Menang?"
Ammar mendabik dada. Mukanya penuh dengan riak bangga. "Menanglah! Ni Ammar kot." Ucapnya.
Adrian mencebik. "Eleh, kalau takde aku takdenya team kita menang." Ujar Adrian tak nak kalah.
Maryam mendekati mereka.
"Siapa mvp?" Soal Mawar dengan riak bosan. Dia kenal sangat dengan perangai membongak dua orang di hadapannya ini.
Adrian dan Ammar saling berpandangan. Dengan muka menyampah mereka menjawab serentak, "Arshan."
Maryam senyum senget. "Aku dah agak dah." Celahnya. Arshan, lelaki tinggi berkulit kuning langsat, merupakan seorang pelajar yang agak popular di sekolah mereka disebabkan kekacakannya. Dia seorang yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Arshan ramai peminatnya, tetapi lelaki itu setia saja pada seorang gadis tingkatan 5. Syaf. Atau lebih dikenali dengan gelaran 'gadis bunga'.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...