bab 22 [akhir]

1.1K 55 18
                                    


"Kakak! Lama lagi ke dalam tandas tu? Dah lambat dah ni!" Laung si adik yang setia menunggu si kakak membuang air meskipun ini sudah kali ke tiga kakaknya masuk ke dalam tandas itu. Jam di dinding ditilik dikerling sekali lagi. Apa lah yang membuatkan kakak dia ni asyik nak ke tandas aje dari tadi? Cirit-birit ke?

"Okay dah." Mawar keluar dari tandas dengan dahi yang berpeluh. Mujur. Mujur kali ni dia buang semua isi yang ada. Mujur kali ni rasa puas. Takde dah lepas ni dia nak kena berlari cari tempat untuk sambut panggilan alam kan? Pejam celik pejam celik je dah tiba masanya dia akan dinikahkan dengan Asad. Semalam baru sahaja Asad nikahkan Maryam dengan Uqael. Hari ini abah pula yang akan nikahkan dia dengan Asad Irfan bin Mohd Zainal. Lelaki yang telah menjadi tunangnya selama lebih kurang tiga bulan.

Kali ini Mawar sudah bersedia. Dia tetap merasakan gemuruh dalam hati tetapi dia yakin Asad mesti lagi panik dari dia. Lelaki tu semalam masa nikahkan Maryam pun kena orang bagi semangat dulu. Lepastu air mata bercurahan bila adik dia salam si abang dulu sebaik sahaja Uqael berjaya melafazkan akad. Alhamdulillah, proses berjalan dengan lancar. Insya-Allah hari ini juga sama prosesnya seperti semalam.

"Let's get over this! I can do it!" Mawar melangkah keluar dari biliknya cantik bersolek dan berpakaian ayu sempat memberi semangat kepada dirinya sendiri. Jangan tanya dia gugup ke tak sebab kaki dia ni kalau kucing terlanggar pun dia boleh jatuh terduduk sekarang ni. Gugup yang amat. Namun tatkala mata menangkap susuk yang sedang duduk bersila berhadapan dengan abahnya, hati jadi tak keruan. Terlupa sebentar dia untuk bernafas gara-gara terpesona melihat bakal suaminya yang segak berpakaian sedondon dengannya. Tubuh itu duduk tegak dengan penuh keyakinan namun membelakanginya.

Mawar ambil tempat di atas pelamin. Dia melihat Uqael datang berbisik pada Asad sesuatu sehingga menyebabkan telinga lelaki itu merona merah. Apa sahajalah yang suami kepada Maryam itu ucapkan pada Asad?

Maryam dan ibu berada di sisinya. Mawar pegang tangan kedua-dua mereka tanda meminta sokongan emosi. Maryam genggam erat tangannya. Jelas kelihatan merah inai di jari-jemarinya sama seperti milik Mawar. Mawar senyum nipis pada Maryam. Maryam turut membalas senyumannya.

Tok kadi berdeham beberapa kali sebelum dia bertanya dan memberi ceramah ringkas tentang rumah tangga kepada semua yang hadir. Sempat dia bertanya kepada Asad, "cuba tengok pengantin perempuan tu. Betul ke dia orangnya?"

Asad berpaling sekilas sebelum dia mengangguk kepala sekali. "Betul." Bergema suaranya ke pelosok rumah gara-gara dia menggunakan mikrofon sehingga berjaya menaikkan bulu roma Mawar.

"Baiklah. Mari kita mula."

Dengan lafaz bismillah, upacara akad nikah dimulakan. Lancar si bapa menuturkan lafaz ijab dan disambut baik oleh bakal menantunya, Asad. "Aku terima nikahnya Mawar Azzahra binti Marwan dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai." Dengan sekali lafaz Mawar telah sah menjadi milik Asad.

Ramai yang menghembus nafas lega termasuklah Mawar sekali. Air matanya jatuh setitik sahaja namun apabila dia pandang kiri dan kanan terus pipinya basah lencun. Maryam dan ibu terlebih dahulu menitiskan air mata sebelum Mawar.

Uqael kelihatan menepuk-nepuk bahu Asad beberapa kali. Beberapa proses lagi yang perlu mereka jalani sebelum tiba masa Asad datang melutut di hadapan Mawar bersama kotak cincin di tangan.

"Assalamualaikum, isteri abang." Suara yang bersalut getaran itu berjaya mengetuk pintu hati Mawar sekali lagi.

Mawar malu-malu mengangkat kepalanya agar mata mereka bertemu. Pandangan mereka terkunci lama. Tenggelam dalam perasaan cinta yang mendalam. Selama 11 tahun Asad memendam rasa, kini Tuhan sudah mengabulkan doanya di dalam keadaan dia paling bersedia.

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now