bab 19

349 44 15
                                    


"Pass kan saya penyapu tu sayang."

"Woaahhhh sayang~"

"Ambillah sendiri."

"Alo alo kenapa garang sangat ni kakk."

"Tunang akak nak manja-manja je tuuu."

"Diam semua. Buat kerja. Ada yang tutup kafe awal kang." Maryam mengugut staf kafe sebelum dia menjeling Uqael tajam. Mamat ni dah tiga hari menempel kat kafe dia macam takde kerja lain. Lepastu menggeletis tak habis. Rimas dia bila suara sorakan asyik nak menyokong perbuatan Uqael tu.

Diam terus staf kafe yang lain. Kalau tutup awal nanti tiada untung. Tiada untung, tiada gaji. Faham tak? Terpaksalah zip mulut kepochi mereka.

Maryam duduk di salah sebuah kerusi sambil meletakkan air minumannya. Uqael ikut duduk sekali tanpa dipelawa. Bukannya dia nak menyapu sangat pun. Sengaja nak mengusik cik tunang dia yang garang ni. Air Maryam dicapai dan disedut bagi melegakan tekaknya yang dahaga. Maryam ketap gigi geram. "Awak ni takde kerja lain ke? Dah kenapa asyik datang kafe orang ni?" Soalan disembur pada Uqael. Hati tengah membara geram. "Awak ni bukan penganggur tau. Awak ada syarikat sendiri nak diuruskan. Kalau mama papa awak tahu ni, habis saya yang bersalah."

Uqael kerut dahi. "Sejak bila ketika masanya mama papa saya nak marah awak ni, Maryam? Mereka lagi suka ada lah. Diorang ni kalau boleh nak kita kahwin haritu lagi. Tak sabar-sabar nak awak jadi menantu diorang. Diorang takut ada orang nak rampas awak dari saya. Jadi saya duduklah menempel kat sini dengan awak. Biar orang tahu yang awak dah berpunya. Punya saya." Uqael senyum bangga. Kendatipun itu bukan alasan yang sebenarnya kerana kalau dia berkata jujur, mungkin Maryam akan halang dia untuk datang ke sini dan menolong wanita itu.

Setelah Maryam jatuh pengsan minggu lepas, Uqael nekad untuk membantu tunangnya itu di kafe demi mengurangkan beban tunangnya. Dia sudah berbincang dengan mama dan papanya dan cadangannya telah diterima dan disokong dua ratus peratus oleh mereka. Punyalah suka mereka dengan Maryam. Si Fizi anak jiran pun dia dah pecat serta-merta. Ada ke patut mamat tu nak ugut-mengugut tunang dia yang tersayang ni? Lepastu nak try tunang dia pulak tu. Ishhh, tak patut langsung!

Maryam mencebik. Malas dia mahu melayan fi'il Uqael kalau mamat tu dah mula nak bermain kata dengan dia.

"Harini Asad pergi sesi sorang-sorang ya?" Uqael tanya seolah-olah berbisik. Sebenarnya dia sudah tahu tapi dia buat-buat tanya pula.

Maryam tengok sekelilingnya dengan rasa hairan. Dah kenapa nak berbisik pun si Uqael ni?

"Iye. Mawar ada hal. Adik dia minta dia bawak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan adik dia. Mawar kena jadi buk supir."

"Eh, awak tanya-tanya ni dah kenapa? Awak jugak yang drop Asad tadi kat pusat rehab tu kan?"

Uqael tersengih-sengih. Dia tidak membahas soal Asad lagi, sebaliknya dia tanya soalan lain pula. "Kenapa tak minta tolong saya je? Saya boleh minta driver saya bawakan diorang." Soalnya polos. Yalah, dekat tadika dulu cikgu pernah ajar supaya tolong orang yang berada dalam kesusahan.

Maryam hela nafas. Nak kata tunang dia ni tak bijak, tak jugak. Tapi dah kenapa benak sangat mamat ni sekarang. Mawar boleh drive, mestilah dia bawak adik dia sendiri. Takkan dia nak minta tolong Uqael pulak?

"Aip, jangan kutuk saya. Tak baik."

Terkedip-kedip mata Maryam dibuatnya. Aih, mana dia tahu ni?

"Saya ada naluri tunang."

"Apa? Tak tanya pun." Maryam sedut air minumannya bagi menyembunyikan rasa malu yang muncul.

Uqael tersengih. "Saya tahulah. Saya dah pakar tau tilik hati awak tu. Saya kan tunang awak."

"By the way, Asad kata bulan depan kita boleh nikah dulu."

Maryam buat muka nak membangkang dan tidak setuju. "Ishhh, orang nak naik pelamin dengan Mawar!"

Uqael fikir Maryam nak tunggu kaki Asad pulih sepenuhnya dulu, tapi pasal Mawar juga yang dia pentingkan. Tabah jela nak.

"Kita nikah je la dulu. Sanding nanti nak duduk berdua je dengan Mawar atas pelamin tu pun boleh. Awak letak saya dengan Asad jadi penyambut tetamu sambil awak dengan Mawar bergambar atas pelamin tu pun kitorang rela." Uqael sengih kecil.

Tetapi wajah Maryam masih lagi menunjukkan bahawa dia tidak setuju dengan cadangan Uqael. "Eee awak jela sorang-sorang dekat tempat penyambut tetamu. Kenapa abang nak kena duduk situ pula? Abang duduk sebelah Mawarlah."

"Ohh begitu." Faham. Uqael angguk faham. Faham yang dia terpaling tidak penting dalam hati Maryam. Dia faham. Sedih. Tapi sikit jela. Sayang tu lagi banyak. Seluasssss 10 juta lautan. Itupun kalau laut ada 10 juta la.

Maryam pandang Uqael dengan wajah bosannya. "Baik awak jujur dengan saya kenapa awak nak kita kahwin bulan depan. Awak dengan Asad ada sembunyi apa-apa ke dari saya dan Mawar? Bukan haritu janji nak kahwin sama-sama ke? Dah kenapa nak tukar plan pulak ni?" Tanya Maryam, jangan tak tanya. Dia tahu ada something yang Asad dan Uqael sembunyikan. Asad ada sesi harini. Takkan dia tak nak diorang teman? Selalunya ajak pergi sama-sama tapi hari ni Asad kata dia okay pergi sorang? Uqael drop je Asad dekat pusat rehab tadi lepastu blah tinggalkan Asad. Asad okay ke?

"Abang okay ke?"

"Eh okay! Takkan tak okay pulak." Laju Uqael menjawab. Makin menaik paras ingin tahu Maryam jadinya. Matanya menikam mata Uqael. Ditenung dalam-dalam biar lelaki itu gugup.

Uqael pula telan air liur. Memang gugup pun. Rasa seperti sedang disoal siasat dengan polis dan sebenarnya dia buat salah. Aduh, dia ni bukan reti sangat simpan rahsia tau. Lebih-lebih lagi kalau kena tenung dengan si tunang cantik dia ni. Asad sengaja nak kenakan dia kan?

"Hmmmmmmmm." Tajam Maryam merenung mata Uqael. Cuba membaca isi hati lelaki itu.

"Awak ada sembunyi something niii. Saya dapat rasakan."

"Hmmm-"

"Aiiiiii. Sweet nampak main lawan-lawan mata pulak. Hormati kami yang single ni kak." Salah seorang staf kafe menyampuk sekali gus menamatkan perlawanan mata mereka.

Uqael hembus nafas lega. Lega dah terlepas daripada cengkaman Maryam. Laju-laju dia bangun dari duduknya. Tidak mahu lagi dekat-dekat dengan cik tunang. Khuatir pula kalau rahsia yang dia simpan dari Maryam boleh pecah macam tu je. Orang kata biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Baik dia jaga dua-dua supaya tak pecah dek penangan Maryam dulu.

"Saya nak pergi cuci toilet kejap. Bye!"

Tanpa sempat Maryam menghalang, Uqael sudah menghilang.

"Apa sahajalah yang korang cuba nak sembunyikan ni?" Maryam berbisik pada diri.

.
.
.
.

"Encik boleh tulis nama yang encik nak letak dekat kertas ni." Sehelai kertas putih dan pen hitam diberikan kepada lelaki di hadapannya itu. Dengar cerita lelaki ini sedang membeli cincin perkahwinan dan nama yang dia hendak letak pada cincin yang ditempah olehnya itu merupakan namanya dan nama tunangnya. Meskipun memerlukan sokongan tongkat, lelaki itu tetap gagah menapak ke kedai barang kemas mereka ini. Dia yang lelaki ni pun boleh jadi kagum dengan usaha lelaki kuat di hadapannya ini.

Cincin yang dipilih lelaki itu bercorakkan bunga Mawar di tengah. Barangkali tunangnya sukakan bunga mawar. Dia curi tengok nama yang ditulis oleh lelaki di hadapannya itu.

Dia jadi terpegun sendiri. Lama-lama senyuman kecil terukir di bibirnya. Ternyata tunangnya itu merupakan mawar sendiri. Mawar yang berjaya lelaki itu petik untuk dihiaskan di taman hati.

Dia berbalas senyum dengan pelanggan tersebut sebelum dia mengambil kertas yang dihulur lelaki itu.

Mawar Irfan.
Asad Azzahra.

Semoga pasangan ini bahagia dan kekal hingga ke syurga, doanya tulus ikhlas dari hati.

•••

Kita rasa kita banyak sengih-sengih je tulis ni. Aduyaii.

Macam biasalah kesyangans kitaa, terima kasih sebab baca, komen dan vote. Kita hargai sangat-sangat<33!

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now