Asad mengemaskan sweatshirt hijau yang tersarung pada badannya. Entah apa yang merasuk Maryam sehingga mengarahkan dia untuk memakai sweatshirt berwarna hijau lumut ini."Cepatlah dik." Ungkap Asad. Dah hampir setengah jam dia menunggu Maryam bersiap. Padahal dia hanya mengambil masa sekadar lima minit sahaja, dan walla! Segak, tampan dan bergaya.
Maryam menjeling si abang yang sedang duduk di atas katilnya. Ish abang dia ni tak tahu ke yang perempuan memang bersiap lambat? Macam manalah Mawar nak terima dia kalau nak tunggu bersiap pun tak boleh. "Abang, sabar itu separuh daripada iman." Kata Maryam kepada si abang. Pin terakhir di selit pada tudung bawalnya. Siap!
Beg silang yang dari tadi sudah berada di atas katil di pakai. Asad yang masih bersantai di atas katil dipandangnya dengan penuh rasa geram. Boleh pulak si abang dia ni buat muka selamba badak dia. Tak nak bergerak.
"Bang, kalau lambat nanti Mawar tertunggu-tunggu pulak." Maryam menggunakan kadnya. Sebut sahaja pasal Mawar, pasti abangnya laju saja.
Hujung bibir terjungkit sedikit saat dia melihat Luqman tergesa-gesa bangun dari duduknya. "Adik tak bagitahu abang pun yang Mawar pun ada sekali." Marah si abang. Yang tidak kedengaran seperti marah langsung di telinga Maryam.
"Eleh, kalau adik bagitahu awal ke, lambat ke, bukannya ada beza pun. Propa la abang ni." Dulu-dulu Maryam melangkah keluar dari bilik diikuti Asad dari belakang.
"Ibu kitorang gerak dulu," ucap Maryam sementelah mengucup kekura tangan ibunya.
Puan Laura hanya mengangguk. Saat Asad menyalam tangannya, sempat dia mengusik anak terunanya yang sorang tu. "Kirim salam Mawar untuk ibu."
Muka Asad memerah. Ibu ni!
Setibanya mereka di pusat membeli belah, Maryam lekas mengeluarkan telefon pintarnya. Dia ingin tahu keberadaan Mawar kesayangannya itu.
"Abang jom. Mawar tunggu kita dekat McD." Maryam menarik tangan si abang dengan langkah lajunya menuju ke arah restoran McD yang dipenuhi orang itu.
"Mawarrr!" Spontan genggaman dileraikan tatkala mata menangkap susuk tubuh Mawar diantara tiga orang manusia yang lain. Tubuh Mawar diterpa. Tanpa sempat dia menyapa ketiga-tiga manusia yang setia berdiri di sisi Mawarnya.
Lambat-lambat Asad melangkah mendekati mereka. Dia menyapa Ammar dan Adrian dengan berjabat tangan bersama mereka. "Ssup beruk." Kata Asad saat tangannya berjabat bro dengan Adrian.
"Beruk hotak mu." Adrian menumbuk perlahan bahu Asad. Mereka ketawa kecil.
"Guys, jom order." Celah Icha.
Asad bawa pandangannya ke arah Mawar. Mata mereka bertentangan. Terkedu. Selalunya Mawar akan menegur Asad seperti biasa, tetapi keadaan mereka tidak mengizinkan. Kedua-dua pipi mereka sudah menampakkan rona merah.
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...