bab 16

549 46 8
                                    


"Mawar tengah buat apa sekarang?" Soal Asad dengan jantung yang berdebar. Memang kalau nak bercakap dengan Mawar, jantung dia tak pernah nak duduk diam. Suasana makan mereka terlalu senyap jadi dia cuba lah untuk bersuara agar tak nampak yang dia kekok lepas dah lama tak bersua muka dengan Mawar Azzahra ni.

Mawar pandang Maryam sekilas. Maryam pula kenyit mata kirinya.

"Mawar tengah tunggu."

Asad pandang Mawar apabila dia tidak jelas dengan ayat Mawar. "Tunggu apa?" Soalnya. Kalau tunggu result SPM, uish tak mungkin. Dah lama dah tu. Mungkin tunggu panggilan kerja kut. Baru masuk akal. Asad sambung mengunyah.

"Tengah tunggu Asad free sebab nak ajak kahwin."

"Uhuk uhuk!"

Maryam terus hulur air pada Uqael dan abangnya. Mamat ni sekali tersedak. Mawar tengah aim dekat abang dia je. Halah halah.

"Hehe." Mawar pula tersengih di tempatnya tanpa rasa bersalah. Uqael tunjuk thumbs up kerana pikapline nya mengena.

Asad dan warna merah di muka memang takkan dapat dipisahkan. Namun kali ini kerana tersedak campur malu pula. Selepas meneguk air putih habis dari gelasnya, dia tenung Mawar lama ingin menimbang tara kejujuran dalam ayat wanita itu.

Senyum pahit terukir. Orang cacat macam dia ni layak ke jadi suami Mawar?

"Apa Asad cakap macam tu? Mestilah layak! Tapi Asad kena lah usaha untuk pulih. Kaki Asad boleh sembuh kan kalau rajin buat fisioterapi? Jadi Asad janganlah degil tak nak buat."

Wajah Asad berderau serta-merta. Bagaimana Mawar boleh dengar isi hati dia? Ke dia tercakap kuat tadi? Waduh. Asad pandang Maryam seakan-akan ingin bertanya. Dan adiknya pula mengangguk mengiakan. Maka benarlah bahawa dia terluah kan apa yang hatinya telah berbisik.

Asad pejam mata rapat. Asyik malukan diri jelah kau ni. Asad tunduk kepala persis anak kecil dimarahi emak. Serba-salah dia jadinya.

Selesai makan, Uqael dan Maryam yang mengemas dapur. Manakala, Mawar sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang di taman rumah.

"Dah bu, dah jumpa dah. Abang Maryam. Haritu diorang accident kena langgar. Parents dia meninggal. Abang dia lumpuh kaki."

"Boleh sembuh kalau dia buat fisioterapi."

"Please bu, orang nak kahwin dengan dia je."

"Lima bulan eh. Lepas lima bulan kitorang kahwin."

"Takkan lah ibu nak datang hari ni juga? Dia terkejut lagi tadi."

"Allahuu ibuuu. Ikutlah. Nanti orang tanya diorang dulu baru orang hantar location."

"Iyeee. Orang tahulah."

Dari jauh Asad kerut dahi apabila Maryam seakan-akan pasrah dengan orang dalam talian. Ada yang tidak kena ke?

Panggilan dimatikan. Mata Mawar melilau melihat keadaan sekelilingnya. Dia berhenti pada arah Asad yang sedang merenungnya dari jauh. Lama mereka bertentangan mata sebelum Mawar membuka bicara. "Kahwin dengan Mawar tau Asad."

Perlahan kepala Asad mengangguk persis orang yang dipukau. Dia setuju. Mawar ajak kahwin dan dia setuju. Kerana apabila orang yang mengantuk disorongkan bantal, dia terus tidur. Jadi dia selaku orang yang dah suka Mawar selama 11 tahun diajak kahwin oleh Mawar, dia terus setuju

Mawar tahan senyumnya yang makin melebar besar. "Kalau macam tu, siap-siap lah cepat. Ibu dengan abah Mawar nak datang masuk meminang Asad hari ni jugak."

Maka terbuntang lah mata seorang Asad Irfan kerana terkejut akan berita yang disampaikan oleh seketul Mawar Azzahra.

.
.
.
.

Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now