Seminggu ada 2 kali sesi fisioterapi yang berdurasi selama satu jam. Mawar, Maryam dan Uqael akan ada untuk menemani Asad dan memberi sokongan emosi kepada lelaki itu. Bagi Asad, bila dia rasa seperti tidak bersemangat, wajah tiga wanita kesayangannya akan muncul di kepala. Ibu, Maryam dan Mawar. Dia harus bersemangat. Demi mereka dan demi diri dia.Hari ini merupakan sesi kelapan Asad. Hampir sebulan Asad menjalani sesi fisioterapi ini. Mawar sedang berada di sisi Asad sambil lelaki itu menjalani sesi fisioterapi. Katanya, kaki dia dah boleh gerak sikit. Alhamdulillah, tak banyak perubahan tak mengapa tetapi janji ada. Masa awal-awal sesi pun Mawar sempat berpesan pada Asad. "Tiada usaha yang sia-sia. Janji kita mula."
Maryam duduk di ruang menunggu sambil merenung ke dalam ruang rehabilitasi. Bibirnya tersenyum kecil tatkala terlihat lekukan senyuman pada bibir Asad apabila mendengar gurauan Mawar. Tadi Mawar ajak dia teman Asad sekali tapi entah, badan rasa penat pula. Penat yang amat. Tapi dia gagah juga datang ke sini untuk teman Asad buat sesi fisioterapi. Teman tengok jelah tapi. Duduk tengok dari luar pintu kaca pun dah cukup.
"Awak, kenapa muka awak pucat semacam je ni?" Uqael mendatangi Maryam dan terus melutut di hadapan perempuan itu. Wajah Maryam memang nampak pucat lesi.
"Tak sihat ke?" Soalnya dengan nada suara yang menunjukkan kerisauannya. Tangannya ditahan daripada terangkat dan melekap pada dahi Maryam. Dia nak tes suhu badan perempuan tu, tapi tak boleh. Sabar, Uqael. Belum halal lagi.
Maryam senyum pada Uqael. "Saya okay je lah. Penat sikit."
Maryam tarik nafas dalam sebelum sambung berkata-kata, "dua tiga hari ni letih sikit rasa macam tak cukup rehat. Lepastu malam-malam owner building bising-bising cakap pasal sewa. Subhanallah sabar je saya dengan dia. Siap ugut nak naikkan harga sewa kedai kalau saya tak keluar dinner dengan dia. Orang penat kerja siang kat kafe, malam buat cookies. Kepala ni kadang-kadang rasa macam nak pecah je layan orang yang tak reti bahasa ni. Agak-agaklah pun nak mengorat orang pakai cara kotor. Ingat orang takde kerja lain ke?" Daripada 'okay je', seketul Maryam ni berjaya buat satu aduan rakyat lengkap pada Uqael. Inilah padahnya bila kepala rasa macam di awang-awangan.
Uqael tersentak. Bangunan itu sepatutnya bawah nama dia. Tetapi dia dah upah orang (Fizi anak jiran dia) untuk manage kan untuk dia. Berani si Fizi tu nak ugut Maryam si buah hati pengarang jantung dia untuk naikkan harga sewa kalau tak keluar dinner sekali? Dia tak tahu ke Maryam tu bakal jadi kakak ipar dia? Dahlah mak dia yang suruh dia upah Fizi ni bekerja tau. Dasar tak mengenal dek untung.
Uqael pejam mata sambil cuba untuk tenangkan diri. Giginya diketap bagi menahan amarah yang seakan-akan berkumpul dalam diri. Tarik nafas dalam-dalam, lepastu lepas.
Thud.
Matanya terbuka luas. Rasa marah tadi semua hilang serta-merta. Di hadapannya kini ada Maryam yang sudah terkulai jatuh dari duduknya dengan mata yang tidak celik. Pengsan.
Cemas. Itu yang Uqael rasa. Akal warasnya terbang begitu sahaja tatkala dia terus mengangkat tubuh Maryam dan membawa wanita itu ke keretanya. Bahang panas daripada badan Maryam dapat dia rasakan.
Tak sempat nak kata apa pada Asad dan Mawar, dia terus pecut ke hospital berdekatan.
Dalam perjalanan baru dia terfikir nak telefon Asad.
"Hello. Assalamualaikum bang."
"Waalaikumussalam, ha Uqael. Kamu pergi mana dengan Maryam?"
"Sorry bang. Sorry sangat-sangat. Tadi Maryam pengsan. Saya cemas lepastu terus bawa dia pergi hospital. Kami tengah dalam perjalanan ni. Maryam masih tak sedar dari tadi."
Kereta berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah. Maka dengan itu, tangan kanannya diangkat ke sisi persis berikrar. "Saya berjanji atas diri dan nyawa saya yang saya tak akan apa-apa kan adik abang. Saya bawa dia pergi hospital saja. Abang jangan marah tau."
YOU ARE READING
Teruntuk Cinta [C]
Teen FictionTeruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan ini cinta yang mulia, bukan yang menderhaka dan merosak jiwa. Sekiranya aku terleka pada yang nama...