🅸.🆀 -7

2.5K 92 4
                                        


                  Tiga Tahun Kemudian,

"UNCLE!!" Aivsya turun dari tangga dan menghampiri Ken yang sedang ketuk ketampi di ruang tamu.

"Uncle dengar ke tidak?!!" Aivsya bersuara kuat walaupun Aivsya sudah berdiri di sebelah Ken yang masih ketuk ketampi.

Ken melepaskan nafas lelah dan memandang ke arah Aivsya. "Kau ni memang tak reti nak bagi aku hidup tenang ke?"

Aivsya menggelengkan kepalanya.

"Uncle kenapa joget macam tu? Turun naik, turun naik, macam orang bodoh je." Aivsya bersuara sambil mencebikkan bibirnya.

Ken mengecilkan mata memandang Aivsya. "Kalau kau nak tahu, ini namanya senaman denda."

Aivsya berkerut tidak faham. "Senaman denda tu apa?"

"Haaa kalau nak tahu, cuba Aivsya pergi dekat mama. Lepastu Aivsya kata macam ni, mama tolol ."

Ken sudah mula mengajar Aivsya ayat mengarut. Anak-anak di luar sana, sila jangan ikut ajaran sesat tersebut!!

Aivsya terangguk-angguk.

"Tetapi, Apa maksud tolol tu?" Aivsya menyoal lagi.

"Tolol tu bermaksud I love you." Ken berkata dengan senyuman lebar supaya Aivsya percaya bulat-bulat.

"Tolol tu bahasa apa?" Aivsya menyoal lagi.

Ken menghela nafas. "Banyak tanya pula makhluk ni. Tolol tu bahasa Alien! Haa uncle dulu, berkawan dengan Alien tau!"

Ken menepuk-nepuk dada bidangnya dengan senyuman bangga.

Aivsya melopong terkejut. "Waw!!! Uncle kawan dengan Alien? Aivsya pun nak kawan dengan Alien juga!"

Aivsya sudah melompat-lompat seperti tidak sabar mahu bertemu Alien.

"Boleh! Tetapi Aivsya kena buat apa yang uncle suruh tadi."

Aivsya mengangguk dengan senyuman.

"Haa tunggu apa lagi, pergilah dekat mama tu." Ken membuat tangan seperti menghalau.

Aivsya menggelengkan kepalanya. "Mama dengan papa tak bagi Aivsya masuk bilik.."

"Kenapa pula?" Ken menyoal dengan kening sebelah dijongket.

"Papa kata, papa dengan mama nak buat adik. Tetapi Aivsya taknak Adik..." Aivsya mula merengek lalu menggoncang-goncangkan jari Ken.

"Ouh, sebab tu ke?" Ken menyoal tenang.

Aivsya mengangguk.

"Lepastu? Yang Aivsya goncang-goncangkan jari uncle ni dah kenapa?"

Aivsya terkedip-kedip memandang Ken dengan kepalanya didongak kerana Ken sangat tinggi darinya.

"Uncle tolonglah bukakkan pintu.."

"Apasal aku pula? Kau yang nak masuk, kau lah pergi bukak pintu." Ken membantah dengan cara halus.

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang