Leonardo Da Vinci International
Airport5:15 PM
Arabella dan ahli keluarganya sudah selamat tiba di Airport utama Italy iaitu Leonardo da Vinci International Airport. Jam menunjukkan pukul 5:15 petang, masih ada beberapa minit lagi untuk bella meluangkan masa bersama ibu dan ayah serta dua orang adik nya.
"Arin, Ary..nanti bila kakak takde dekat sini, tolong tengok-tengokkan mama dgn papa ye? Nanti bila kakak ada cuti, kakak terus balik sini jumpa korang, okay??" Arin dan Ary lantas menganggukkan kepala mereka tanda mereka faham dengan apa yang cuba kakak sulung mereka itu sampaikan
"That's my girls..dahlah takmo sedih-sedih nanti kakak gigit baru tahu" Arin & Ary terus pecah tawa apabila mendengar kakak sulung mereka berkata begitu
Giliran Puan Mariah dan Dato' Ghazali pula ingin bersedih-sedih di hadapan anak sulung mereka itu..
Bella yang seakan-akan faham maksud ibunya dengan mata berkaca-kaca langsung membawa ibu dan ayahnya masuk ke dalam pelukan.
"Mama dengan papa jaga diri ye dekat sini.. if anything happen just call me, okay?" Pantas saja Puan Mariah menganggukkan kepala nya tanda faham
"Ara..jaga diri ye dekat sana? Pasal mama dengan adik-adik Ara jangan risau, papa akan jaga diorang..now flight Ara dh nak berlepas, pergi cepat nanti terlepas!" Aku yang mendengar langsung saja mengangkat luggage miliknya dan terus berlalu masuk ke dalam flight.
Sempat lagi aku menangkap lambaian daripada adik-adiknya serta ibu bapanya..
KLIA (Kuala Lumpur International Airport)
8:00 PM
Setelah 14 jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya aku selamat sampai di malaysia..
Suasana di KLIA sangatlah riuh rendah dek kerana ramai orang yang keluar masuk dari pintu utama airport.
Sedang aku asik mencari iphone miliknya di sekitar poket seluar jeans, tiba-tiba..
"Are you miss Arabella Austin? From Italy?" Soal lelaki yang bersuara garau itu membuatkan aku memanggung kepala ke arah nya.
Segak.
Hanya satu kata itu yang mampu aku ucapkan di dalam hatiku..
"Err miss? I'm talking to you right now.." aku tampak terpinga-pinga saat sosok lelaki itu mula memetikkan jarinya di hadapan wajah ku.
"S-sorry apa dia tadi?" Aku menggaru belakang kepala ku yang langsung tidak gatal itu untuk menutup malu
"Saya tanya.. Puan ni cik Arabella Austin ke? Daripada italy?" Selepas mendengar sosok lelaki yang berada di hadapan aku tu, aku terus menganggukkan kepala berkali-kali tanda ye itu memang nama aku.
Ohh boleh cakap melayu rupanya mamat ni, ingat tak reti cakap melayu tadi..
"Awak ni siapa ye? Btw takpayah lah panggil saya cik Arabella Austin, panggil cik Bella aje"
Lelaki yang tidak kukenali itu terus mengangguk kan kepalanya tanda faham
"Saya Mikael, bodyguard peribadi cik Bella semasa cik Bella berada di malaysia. Dato' Ghazali yang suruh saya datang kesini untuk menjemput cik Bella" sosok lelaki yang bernama Mikael itu terus saja mengangkat luggage besar milik aku masuk ke dalam bonet kereta.
"What?! Bodyguard peribadi?! Kenapa saya perlukan bodyguard? No way! Esok pagi awak cakap dekat Dato' Ghazali yang awak nak tarik diri daripada menjadi bodyguard saya! Faham?" Amarah aku sudah sampai ke pucuk kepala! Kenapa papa selalu buat keputusan tak bincang dengan aku ni?!
"Sorry cik Bella.. saya tak boleh tarik diri atas alasan yang macamtu. Tolong bagi saya kerja dengan bapa cik Bella, please? Saya perlukan duit untuk tanggung makan minum ibu saya dekat rumah..d-dia sakit.." aku yang mendengar langsung saja berfikir sejenak dan dengan rela hati, aku menganggukkan kepala ku tanda setuju..
"Okay thankyou so much cik Bella! Now, cik Bella masuk dalam kereta, saya akan hantar cik Bella ke apartment yang bapa cik Bella dah sediakan untuk cik Bella"
Selepas bodyguard aku berkata begitu, aku terus saja masuk ke dalam perut kereta dan meneruskan perjalanan.
Tidurku terganggu dek kerana suara Mikael yang berusaha mengejut ku bangun daripada tidur..
"Cik Bella..bangun..kita dah sampai di apartment milik cik Bella" aku terus membuka mataku seluas-luasnya untuk melihat sekeliling..ye memang dah sampai depan apartment pun..
Aku terus membuka pintu kereta dan keluar untuk mengamati suasana malam di Kuala Lumpur..
Sedang asik aku melihat suasana malam, suara Mikael mengejutkan ku.
"Cik Bella, barang cik Bella semua saya dah letak dalam rumah. Rumah cik Bella berada di tingkat paling atas iaitu penthouse. Kunci rumah ada dekat tangan maid cik Bella, klau ada apa-apa suruh je maid call saya. That's all"
".... klau takde apa-apa lagi, saya mintak diri dulu?" Aku menganggukkan kepala perlahan tanda faham dengan apa yang cuba bodyguard peribadi aku sampaikan..
"Oh yaa, btw terima kasih Mikael sebab hantar saya"
"Sama-sama..lagipun dah memang tanggungjawab saya untuk jaga cik Bella."
Selepas mikael berkata begitu, dia terus memasukkan diri ke dalam perut kereta dan berlalu pergi..
Aku pun tunggu apalagi? Terus naik lift lah naik masuk rumah. Nak tidur!
TO BE CONTINUED..
𝙃𝙖𝙞 𝙧𝙚𝙖𝙙𝙚𝙧𝙨 👋🏻 𝙎𝙤𝙧𝙧𝙮 𝙡𝙖𝙝𝙝 𝙗𝙖𝙗 1 𝙣𝙞 𝙖𝙜𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙧𝙖𝙗𝙪𝙧 𝙨𝙞𝙠𝙞𝙩 🤏🏻 *𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙙𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙚 𝙞𝙙𝙚𝙖 𝙙𝙝 𝙣𝙞! 𝙃𝙚𝙡𝙚𝙥𝙥!!
𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙫𝙤𝙩𝙚𝙨 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙣𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜-𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙮𝙖 🤍
YOU ARE READING
𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆
Romantik𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...