𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...
Cahaya terang dicelah tingkap membuatkan mata Haider terus terbuka sedikit. Lantas saja kepala terus memusing ke kiri. Tempat isterinya tidur. Isterinya langsung tiada di sebelahnya.
Gi ane lak minah ni? Sekel kang..
"Haishhh pagi-pagi buta dah hilang. Ni mesti gi layan suami jiran sebelah.." Haider merungut bersendirian sambil bangun dari baringannya.
Ara bilek: Heyy tak baik tuduh i macamtu!
__________________________
Kaki laju mengatur langkah ke arah dapur dek kerana mendengar seperti suara orang berbual rancak.
Oh.
Ibu mertuanya sedang memasak di dapur bersama isterinya...
Haider terus memajukan dirinya di belakang tubuh Ara. Lalu, dia meletakkan kedua tangannya berada di sisi Ara.
"Masak apa tu??" Haider bertanya dengan suara yang serak basah. Suara orang bangun tidur dek uiii
Ara yang mendengar koklea telinganya di sapa lembut dari belakang pun terperanjat. Kedua tangan diletakkan di dada kerana terkejut.
"Ya allah.. awak rupanya.. ingat siapa tadi" Lantas dia kembali menyambung memotong bawang merah yang masih berada di tangan.
Lantas kepala Haider menoleh ibu mertuanya yang sedang menggoreng ikan bawal..
"Mama masak lauk apa harini? Dari ruang tamu dah berbau masakan mama nih" usik Haider
Puan Mariah menoleh ke arah menantunya sambil tertawa kecil.
"Ada-ada je kamu ni Haider.." Puan Mariah berkata seiring dengan gelak tawa nya.
"Abang nak gi depan kejap. Daddy kata dia nak datang." kata Haider lalu merenung setiap inci wajah isterinya dari tepi.
Lantas Ara memandang wajah Haider dengan dahi yang berkerut berserta dengan mata yang terkedip-kedip dari tadi.
"Mata saya pedih.. hiks.. tolong lahh" rengek Ara lalu meletakkan pisau tersebut di dalam singki.
Haider yang baru sahaja ingin mengatur langkahnya kembali berhenti dek kerana mendengar keluhan si isteri. Badan dipusingkan untuk melihat mata Ara yang pedih.
"Nak abang tolong apa??" Tanya Haider yang masih terpinga-pinga.
Sah! Pakcik Haider memang selenga!
"Tiupkan lahh tangan saya tak boleh sentuh, nanti makin pedih.." Suara Ara meleret manja.
"Mama angkat call dulu! Korang sambunglah romantic-romantic kat sini ye" Puan Mariah terus berlari anak ke arah ruang tamu. Nak bagi ruang untuk pasangan baru kahwin ni..
"Kalau buat cara lain boleh?" Tanya Haider sambil menahan tawa melihat muka Ara yang masih menahan pedih di matanya.
"Guna jelah cara apa-apa! Saya dah tak tahan nihh" Ara merungut. Lama lagi ke suami dia ni nak tiupkan?
Haider terus memusingkan badan Ara untuk menghadapnya. Tangan Ara yang masih memegang mata kirinya dialihkan ke sisi.
Ara merasakan ada sesuatu benda lembut meniti di matanya..
Apabila Ara membuka mata, Haider baru sahaja mengelap bibirnya menggunakan ibu jarinya yang besar itu.
Wait? Whatt?
"A-awak buat apa kat mata saya???" Ara bertanya dengan gagap. Dia gementar dari tadi tahu tak?!
Haider tersenyum sinis sebelum bibirnya kembali mencium sekilas bibir si isteri..
Cup!
"Nice lipbalms baby.. next time apply that lipbalms again.." Haider berkata perlahan dan terus berlalu pergi meninggalkan Ara disitu.
Deja vu!
ko ada tak??? Takde en takde en? Lemahh selibauuu (jk)
"Pagi-pagi buta dah gatal! Lempang laju laju kang baru tahu.." omel Ara sendirian setelah kelibat Haider mulai menghilang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Malam kian menjelang, Haider terduduk sendirian di balkoni bilik sambil menghirup secawan kopi susu...
Ara baru sahaja selesai menunaikan solat isyak. Dia bangun dari duduknya, lalu terus melipat sejadah. Telekung dibuka lalu digantung di bilik persalinan. Rambut hitam yang mengurai panjang disikat terlebih dahulu sebelum kaki mengatur langkah ke arah balkoni luar.
"Bahhh! Haa buat apa kat sini sorang-sorang?? Tak takut ke?" Usik Ara lalu memeluk tubuh tegap itu dari belakang.
Haider memusingkan badannya untuk menghadap isterinya.
Cantik.
Satu tangan naik membetulkan rambut depan Ara. Haider tersenyum manis.
Ara orite tak orite?
"Janganlah senyum macamtu.." Ara mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Dia tidak mahu menatap wajah jejaka itu.
"Why?" Kening dijungkitkan sebelah.
Mata hazel Ara memandang kembali iris mata Haider dengan sangat dalam..
"That smile is too sweet for me.." Ara menunduk sambil tersenyum
Ohh dah pandai dah sekarang.
Haider tergelak kecil mendengar ayat yang baru saja keluar dari mulut isterinya. Dahlah pendek comel pulak tuh.
"After this, no more awak saya. Okay baby?" Tangan kiri mendarat di dagu Ara. Dagu Ara dinaikkan ke atas untuk memandangnya.
"Habistu? Nak saya panggil awak apa?" Tanya Ara
"Abang will be better. And i will call you sayang.. also baby" Haider kembali memusingkan badannya ke arah hadapan sambil menikmati suasana malam yang sejuk itu.
Ara bergerak berdiri tepat di sebelah Haider sambil memandang setiap inci wajah suaminya.
Jawline taknak kalah ek husbaby nih!
"Kalau husbaby boleh??" Tanya Ara sambil membuat muka comel.
Haider memandangnya kembali.
"Boleh sayang.." senyuman manis dihadiahkan buat si isteri.