Bab 12

1K 50 1
                                        

Milan, Italy

5:00 PM

Tepat pada pukul 5 petang. Haider dan Dato' Othman selamat tiba di Italy.

"Haider.. daddy dah call Dato' Ghazali semalam. Dato' Ghazali kata nanti dia datang jemput kita dekat airport. Haider okay aje kan?" Tanya Dato' Othman sambil berjalan seiring di sebelah Haider

"Haider okay je daddy. Tak sabar nak jumpa Ara" Haider berkata sambil tersenyum gembira

10 minit kemudian...

10 minit Haider dan Dato' Othman menunggu ketibaan Dato' Ghazali sampai, tetapi bayang lelaki tua itu masih tidak muncul juga.

Sedang asyik Haider dan Dato' Othman berborak tentang hal kerja, tiba-tiba ada yang menegur mereka dari belakang.

"Dato' Othman and Haider??" Tegur lelaki itu dengan menepuk perlahan bahu Haider

Mereka pantas menoleh ke belakang tatkala koklea telinga disapa oleh suara seseorang.

"Ye saya Dato' Othman. Dan ini anak saya, Haider" balas Dato' Othman

"Saya Emir. Driver Dato' Ghazali. Saya kesini kerana ditugaskan oleh Dato' Ghazali untuk menjemput Dato' dan anak Dato' ke mansion Dato' Ghazali sekarang.." Emir menjelaskan secara formal kepada mereka berdua

"Ohh ye baiklah.." Jawab Dato' Othman lalu menganggukkan kepala nya berkali-berkali

"Silakan Dato' Othman dan encik Haider.." Emir lantas mengangkat luggage mereka berdua masuk ke dalam bonet kereta

Dato' Othman dan Haider pun terus masuk ke dalam perut kereta tatkala mendengar bonet kereta sudah pun ditutup.

Mereka terus meneruskan perjalanan ke mansion Dato' Ghazali...

Lebih kurang 15 minit mereka di dalam kereta, akhirnya sampai jua di hadapan perkarangan mansion Dato' Ghazali yang mewah itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Lebih kurang 15 minit mereka di dalam kereta, akhirnya sampai jua di hadapan perkarangan mansion Dato' Ghazali yang mewah itu.

Emir memarkirkan kereta BMW berwarna hitam itu tepat-tepat di hadapan mansion Dato' Ghazali. Dia dengan pantas membuka pintu kereta dan terus keluar untuk membuka kan pintu buat Dato' Othman.

"Silakan Dato' Othman dan encik Haider.." Emir mengajak sopan

Dato' Othman dan juga Haider terus keluar menerusi pintu kereta yang telah dibuka sebentar tadi oleh Emir.

Baru sahaja Haider berura-ura ingin mengangkat luggage nya di bonet kereta, Emir sudah terlebih dahulu menghalang perbuatan nya.

"Encik Haider dan Dato' Othman boleh terus masuk ke dalam.. luggage ni nanti biar saya je yang bawakkan" kata Emir dengan nada suara yang sopan

"Hm okay. Terima kasih banyak-banyak" kata Haider lalu terus mendapatkan sang ayah yang sedari tadi melihat ke arah mereka berdua

Haider terus membawa ayahnya ke hadapan pintu mansion tersebut. Dia lalu menekan bell sebanyak 3 kali.

Setelah satu minit menunggu, barulah pintu mansion itu dibuka oleh seseorang..

KLEKKK

Haider terus menoleh ke hadapan tatkala mendengar bunyi pintu yang dikuak dari dalam.

"Dato' Othman and Haider! Long time no see!" Kata Dato' Ghazali penuh gembira dan terus membawa mereka berdua ke dalam pelukan

Mereka lantas membalas pelukan itu dengan mesra.

"Jemput masuk ke dalam Othman, Haider.." ajak Dato' Ghazali mesra

Haider dan Dato' Othman terus masuk ke dalam tatkala mereka dilawa untuk masuk.

"........... Emir nanti angkatkan beg mereka berdua bawak masuk rumah." Sambung Dato' Ghazali yang sedikit menjerit kerana jarak Emir dan dia sedikit jauh.

" Sambung Dato' Ghazali yang sedikit menjerit kerana jarak Emir dan dia sedikit jauh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Makcik Esah! Datang sini sekejap!" Panggil Dato' Ghazali

Makcik Esah yang berada di dapur terus berlari anak ke arah ruang tamu apabila mendengar namanya dipanggil.

"Ya tuan, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tanya Makcik Esah berhati-hati

"Tolong bawakkan beg mereka berdua ke bilik tetamu tingkat 3" arah Dato' Ghazali kepada maid di rumah nya

"Baiklah tuan.." Makcik Esah dengan pantas  menganggukkan kepalanya berkali-kali dan terus membawa dua luggage itu ke bilik tetamu yang berada di tingkat tiga

Haider yang berasa tidak sabar ingin berjumpa dengan Ara pun mulai membuka suara..

"Mana Ara uncle?" Tanya Haider lalu mencapai secawan kopi dan terus menghirupnya

"Ara ada dekat bilik dia.. tengah tidur. Maklumlah, dia baru lepas balik shopping dengan kawan perempuan dia.." Jawab Dato' Ghazali seraya tertawa kecil

"Boleh Haider jumpa dia sekejap?" Tanya Haider lagi tetapi kalini seakan-akan meminta izin

"Boleh sangat Haider.. pergilah. Bilik Ara dekat tingkat 3, sebelah kanan ye. Pintu bilik dia warna putih" jelas Dato' Ghazali lalu dia menyambung perbualan nya bersama Othman

"Ohh okay uncle.. terima kasih.. saya minta diri dulu" kata Haider lalu terus membuka langkah ke arah lift.

TO BE CONTINUED..

𝙁𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙘𝙝𝙖𝙥, 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠 𝙨𝙞𝙠𝙞𝙩 🤭

𝙀𝙣𝙟𝙤𝙮𝙮𝙮 💋

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang