𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...
Kaki terus melangkah masuk ke dalam pintu gerbang tempat kerjanya. OthmanRiall Megah Holdings.
Baru saja beberapa langkah ingin menaiki lift, seseorang menegurnya dari belakang..
"Haider Dariall.. long time no see" wanita itu menyapa
Langkah Haider terhenti. Kepala terus dipusingkan kebelakang untuk melihat gerangan yang menegurnya tadi.
Raisya Maliana.
Satu nama yang telah lama dia lupakan. Bahkan dia sangat benci apabila orang sekeliling menyebut nama wanita itu suatu ketika dahulu.
Raisya Maliana, bekas tunang Haider. Haider memustuskan untuk membatalkan pertunangan mereka tatkala satu rahsia terbongkar. Raisya curang bersama lelaki lain. Bahkan Haider telah melihat dengan mata kepalanya sendiri, wanita itu tidur bersama lelaki lain. Dia berasa jijik mau bergaul dengan Raisya lagi selepas kejadian itu. Jadi, pilihan yang terbaik adalah dengan putus tunang.
"Kau nak apa datang sini?" Kepala kembali menghadap ke arah hadapan sambil bertanya dengan dingin.
"Don't you miss me? I really miss you-" tangan kiri Raisya naik memegang bahu Haider.
Haider tersentak lalu dengan pantas dia menepis kasar tangan wanita itu. Dia jijik. Tak suka.
"Don't you dare to touch me Raisya Maliana." Haider seolah memberi amaran kepada Raisya.
Wajah gadis itu langsung tidak bereaksi apa-apa. Wajah gadis itu hanya biasa. Dia tertawa sinis selepas itu.
'Wait for me Haider. You will be mine soon' bisik hati Raisya serta tersenyum licik
Mata Raisya langsung tertancap pada jari manis Haider. Cincin?
"You dah kahwin?" Tanya Raisya
Haider menoleh kebelakang untuk membalas tatapan gadis itu. Matanya tajam menikam iris mata Raisya.
"Any problem? Raisya? Oh sorry, i guess i should call you 'Perempuan kotor' ??" Haider berkata lalu terus memandang lift kembali.
Ting!
Pintu lift terbuka, kaki Haider terus melangkah masuk ke dalam lift. Satu tangan dibawa untuk menekan butang lift.
"Arghh! Your wife's life is in my hand now..." Kaki Raisya terus melangkah keluar dari gerbang tersebut. Dia sakit hati. Dan hatinya perlu diubati dengan meminum sebotol arak. Atau lebih?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
11:00 PM
Ara menoleh ke arah jam di dinding. Tepat pukul 11 malam. Tetapi kelibat Haider masih saja belum muncul. Suaminya berjanji akan pulang pada waktu petang, tetapi sudah sampai malam janjinya itu tidak ditepati.
"Kata nak balik pukul 6 petang. Tahu-tahu dah sampai pukul 11 malam belum muncul lagi.. baik takpayah balik rumah. Tidur je dekat office tu-" terkumat kamit mulut gadis itu mengomel sendirian. Ini kira mengumpat suami ke ni?
Sedang Ara mengomel tidak berhenti, satu tangan kekar naik memeluknya dari belakang.
"Sorry baby..." Haider meminta maaf kepada isterinya kerana rasa sebersalah tidak menepati janjinya yang mahu pulang pada pukul 6 petang.
Ara kian membisu. Dia tidak memberi respon.
Apabila tiada respon dari si isteri, Haider terus memusingkan badan isterinya untuk menghadap nya. Wajah gadis itu tampak marah.
Ara terus mengalihkan kepalanya ke tempat lain berserta dengan kedua tangan naik memeluk diri. Dia merajuk.
Agak-agak abe Haider pandai pujuk orang tak?
Haider yang melihat wajah asam cuka isterinya hanya mampu tertawa kecil. Alahaii comel sungguh...
"Hmm sayang merajuk ke ni? Nak abang pujuk?" Usik Haider serta memegang kedua bahu isterinya.
"Takpayah. Saya nak merajuk sampai tahun depan. Biar husbaby tidur luar sorang-sorang" Bebel Ara. Dia langsung tidak memandang wajah suaminya.
"Alaa mana syok macamtu.. tak baik tau biarkan suami tidur luar, sorang-sorang pulak tuh" kata Haider mencebik
"Biarlah! Husbaby tu haa! Kata nak balik pukul 6, tahu-tahu sampai pukul 11 baru balik" Kepala diarahkan ke hadapan. Mata mencerlung memandang Haider dengan muka masam.
Comel.
"Sayang.. tadi kat office abang banyak kerja.. ramai client datang tadi, so abang tak sempat nak call sayang.." pujuk Haider
"Jangan lah macamni.. bosan lah abang kalau macamni hari-hari, tak dapat dengar suara sayang.." Haider mencebik
Ara tertawa kecil di dalam hati. Tak jadi nak marah lah kalau macamni. Haihh...
"Yelah.. saya dah tak merajuk.." Ara berlembut hati.
Satu tangan naik mengusap rahang tajam milik Haider. Susah payah Haider menelah air liurnya.
Ada yang esok tak boleh jalan ni kang..
"Sayang..." suara Haider meleret memanggil isterinya.
"Hm??" Hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut Ara. Dia sedang menahan tawa.
"Sayang dah habis period?.." bisik Haider sebaik saja tangan Ara sudah turun dari terus mengusap rahangnya.
Ara yang mendengar bisikan itu terus menghamburkan tawanya. Dia sudah agak mesti soalan itu yang akan keluar dari mulut suaminya.
"Dah.. kenapa?" Ara bertanya seolah-olah tidak mengerti niat tersirat suaminya.
"Jom?" Haider mengangkat sebelah keningnya seperti mengajak.
Ara tertawa kecil dahulu sebelum mengangguk perlahan. Tubuhnya terus dicempung naik ke atas.