Bab 14

1K 52 3
                                    

Ara menuruni anak tangga dengan perlahan-perlahan kerana takut dirinya akan jatuh disebabkan kain dress miliknya yang sedikit meleret ke bawah.

TAP TAP TAP

Mendengar saja tapak kaki seseorang menuruni anak tangga satu persatu, pantas saja kepala Haider beralih ke anak tangga tersebut.

Terkesima!

Haider terkesima apabila kornea matanya disapa dengan pemandangan yang sangat indah.. dejavu!

Ara yang memakai satin dress berwarna hitam, Heels tinggi berwarna putih, rambut coklat keperangan miliknya yang diikat dengan gaya messy bun berserta dengan beg tangan kecil berjenama DIOR itu membuatkan gadis itu tampak lebih cantik...

Sempurna!

"Awak..saya dah siap ni, jom lah gerak.. lagipun sekarang dah pukul 8" Ara masih berusaha menyadarkan Haider yang terpaku di tempatnya

Haider masih tidak sedar.

"Haider Dariall! I'm talking to you!" Jerit Ara sedikit kuat di hadapan muka Haider itu

Selepas mendengar suara nyaring Ara di hadapan mukanya, dia terus tersedar dari dunianya yang sebentar tadi..

"O-ohh ye.. j-jom lah gerak" kata Haider lalu bergegas menyalam Dato' Ghazali dan Dato' Othman secara bergilir-gilir

Lalu, dengan cepat dia masuk ke dalam perut kereta Emir. Dia sudah pun meminta izin terlebih dahulu kepada Emir untuk meminjam sebentar kereta nya.

Ara yang masih berada di dalam rumah masih terpinga-pinga dengan kelakuan Haider.

Dato' Ghazali dan Dato' Othman memandang Ara secara silih berganti. Ara hanya mampu tersengih sambil mengangkat kedua bahunya.

"Ara gerak dulu pa.. Dato' Othman. Nanti malam Ara balik dengan Haider ye! Ara pergi dulu!" Kata Ara lalu berjalan keluar rumah

Sempat lagi dia melambai ke arah bapanya dan Dato' Othman sebelum selamat keluar dari rumah agam tersebut.

Ara dengan cepat berjalan dan terus melangkah masuk ke dalam perut kereta..

Ara dengan cepat berjalan dan terus melangkah masuk ke dalam  perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini, mereka sudah pun selamat tiba di hadapan pintu utama restoran.

Restoran mewah itu ditilik oleh Ara. Lawa! Hiasan dalamnya merupakan tema ala-ala romantis!

Haider yang melihat wajah teruja Ara pun menggelengkan kepalanya sekali sebelum berkata "dah-dah lah tu teruja nya.. nanti-nanti boleh sambung. Sekarang ni, jom masuk dalam"

Ara menganggukkan kepalanya berkali-kali dan terus mengikuti langkah Haider dengan perlahan-lahan.

"tavolo per due per favore? (table for two please?)" kata Haider dengan menggunakan bahasa italy

Salah seorang waiter di restoran itu terus tersenyum manis kepada kami.

"da questa parte signore! (this way sir!)" jawab gadis itu yang menurutku dia adalah salah seorang waiter di restoran itu

Bila masa mamat ni pandai bahasa italy nih?!

Gadis italy itu lantas menunjukkan jalan kepada kami. Ara & Haider terus mengikuti wanita itu dari belakang hinggalah sampai di satu meja bulat yang berada di situ.

Meja bulat itu dihias dengan dua batang lilin, serta banyak bunga rose berwarna putih yang menghiasi di bahagian tepi meja.

Cantik!

Dan sekali lagi Ara teruja dengan hiasan-hiasan di meja bulat itu!

Haider terus menarik hujung baju Ara untuk menyuruh gadis itu duduk di kerusi. Seusai itu, Haider pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi putih yang berada di meja mereka.

"Waiter! Order please!" Jerit Haider tetapi tidak terlalu kuat

Salah seorang waiter di restoran mewah itu pun terus mengajukan langkah nya ke arah meja kami.

"Si signore? cosa ti piace ordinare? (Yes sir? What do you like to order?)" tanya lelaki yang bekerja sebagai staff disitu

Haider terus mengajuk buku menu restoran tersebut. Melihat itu, Ara terus membuat perkara yang sama.

"dammi lasagne alla bolognese uno, and fresh orange uno (give me lasagna bolognese one, and fresh orange one)" kata Haider

Giliran Ara untuk memesan makanan dan minuman.

"dammi pizza margherita uno, and strawberry milkshake uno (give me pizza magherita one, and strawberry milkshake one)" sambung Ara

"va bene signorina e signore, torner'o! (Okay miss and sir, i'll be back!)" pantas saja waiter itu mengambil kembali buku menu tersebut dan terus berlalu pergi meninggalkan meja kami

Sementara menunggu makanan dan minuman yang kami pesan, tiada langsung perbualan di antara Ara dan Haider.

Jeda.

Sehinggalah Ara berasa janggal akan kesunyian itu, dia memulakan perbicaraan..

"By the way, macam mana awak boleh fasih dalam bahasa italy??" Tanya Ara sambil mata masih memandang wajah Haider yang tampak tenang dari tadi

Haider lantas menoleh ke wajah Ara.

"Self study in the room." Jawab Haider singkat

Ara menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham.

Baru sahaja Ara ingin membuka mulut untuk bertanya, kornea matanya disapa dengan makanan dan minuman yang berada di atas meja.

Nampak sedap! Tak sabar nak makan!

Itu saja yang berada di kepala otak Ara sekarang. Makan! Makan!

"Tunggu apalagi? Makan lah.." pelawa Haider lalu terus menyumbat secebis lasagna ke dalam mulutnya

Ara menganggukkan kepalanya sekali dan terus menyumbat satu slice pizza ke dalam mulutnya.

Sambil dia mengunyah makanan itu, dan sambil itu juga dia tersenyum keriangan seperti kanak-kanak mendapat makanan!

Haider yang melihat Ara seperti itu hanya mampu tersenyum bahagia.

"Dapat makanan pun happy.." kata Haider selamba

TO BE CONTINUED..

𝙉𝙚𝙭𝙩 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 𝙖𝙗𝙚 𝙃𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙨𝙞 💋

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now