Bab 27

1K 36 0
                                    

Kakinya melangkah masuk ke dalam lift. baru sahaja Ara hendak menekan butang tutup lift tersebut, seorang jejaka bertubuh tegap dengan memakai sut kerja berada di hadapan lift tersebut sambil menahan lift itu daripada tertutup.

Wajah lelaki itu tidak dapat dilihat oleh kerana pelitup muka berwarna hitam yang menutupi wajahnya. Jejaka itu bersuara...

"Wait-"

Dengan pantas jejaka itu memboloskan dirinya ke dalam lift tersebut. Ara mendengus perlahan..

Hanya mereka berdua sahaja di dalam lift ini? Takkan takde orang lain kut nak join sekali?

Ara memandang jejaka yang berada disebelahnya itu dengan riak biasa.

"Tingkat berapa?"

Lelaki itu terus memandangnya dengan dahi yang berkerut. Macam kenal suara tu...

"Encik? Saya tanya ni, tingkat berapa ye yang encik nak pergi?"

Ara bertanya sekali lagi. Dia mendengus perlahan. Dia ni pekak ke?

Lelaki itu sudah ingat! Gadis yang bersamanya sekarang adalah....

Arabella Austin !

Siapa saja tidak mengenali gadis itu? Gadis itu sungguh terkenal semasa di universiti italy. Lelaki itu kembali memandang Ara dengan riak tenang.

"Are you... Arabella Austin?"

Akal Ara tidak habis fikir. Siapakah jejaka ini?

Ara mendongakkan kepalanya ke atas untuk memandang wajah lelaki tersebut.

"Ye saya Arabella Austin. Encik ni siapa ye? Kita pernah jumpa ke?"

Mendengar saja soalan daripada gadis itu, jejaka itu terus tertawa sinis. Satu tangan naik membuka pelitup muka yang menghiasi di wajah kacak nya.

"Oh come on Bella.. it's me... Ikhwan Hayyaz?"

Mendengar saja nama itu buatkan Ara mahu tersedak. Dahlah dia tengah minum air kotak susu duchlady perisa strawberry.

Ikhwan Hayyaz. Nama itu.. dia sungguh benci dengan nama itu.

Ting!

Mendengar saja bunyi lift itu, Ara terus melangkahkan kakinya keluar dari lift tersebut. Tidak mahu berlama-lama dengan jejaka itu.

Ikhwan turut melangkah keluar dari lift tersebut. Dia memang nak pergi tingkat ni sebenarnya..

"Hey wait there Bella.."

Langkah Ara terus terbantut tatkala jejaka itu bersuara. Mampus aku! Nak lari mana ni?

Tanpa banyak berfikir, Ara memberanikan dirinya menghadap lelaki itu dengan riak wajah yang kekal tenang. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya yang takut kepada lelaki itu.

"What do you want from me?"

Ikhwan menolak dinding pipinya menggunakan lidahnya serta tersenyum sinis. Matanya tak lari dari terus memandang gadis itu dari atas hingga bawah. Penampilan gadis itu masih sama. Cuma yang berbeza adalah... tudung yang dihias di kepala wanita itu. Gadis itu masih tetap cantik dari dulu hingga sekarang. Tidak ada satupun yang berubah.

"You still look stunning like before"

Ara memaki hamun jejaka itu di dalam hatinya. Kalau ikutkan dirinya, memang sudah lama lelaki itu memakan penampar sulungnya. Tetapi apakan daya, dia berada di tempat kerjanya sekarang.

"Ayat tu dah lama basi Hayyaz. Don't you dare to talk to me with your sweet words!"

"Woo chill girl.. take some deep breath. I know you still like me"

Ara membuat muka seakan ingin muntah. Dia benci dengan lelaki itu.

Ikhwan Hayyaz. Jejaka yang sangat terkenal semasa di universiti italy. Ramai orang disitu melabelkan dirinya sebagai "the legendary playboy". Ya, bekas kekasihnya tidak terkira. Dan, Ara menjadi salah satu bekas kekasihnya semasa di italy. Pelik bukan? Seketul Arabella berjaya memasuki perangkap jejaka itu dengan mudah. Hubungan mereka tidak bertahan lama, cuma 3 bulan. Satu tragedy mengejutkan seorang Arabella. Dimana, dirinya sendiri melihat dengan mata kepalanya sendiri yang lelaki itu sedang bercumbu bersama gadis lain di atas katil. Cukup dengan tragedy itu mampu membuat hati Ara berkecai. Ara menghilangkan diri selepas itu dengan menerbangkan dirinya ke Malaysia gara-gara urusan kerja yang diberi oleh ayahnya.

"Seriously Hayyaz? Kau fikir aku still suka kau lepas apa yang dah jadi? In your dream Hayyaz!"

Nada suara Ara naik seoktaf. Dia benci melihat muka jejaka itu. Sungguh jijik.

Ikhwan tertawa sinis. Lantas matanya jatuh pada cincin berlian yang tersarung elok di jemari Arabella. She's married?

"Are you married?"

"Yes. And i love my husband so much."

Sengaja perkataan "my husband" itu dikuatkan. Ikhwan tertawa sinis. Lagi dan lagi.

"Do you think i'm not gonna disturb you again if you're married? Same goes to you.. In your dream Bella"

Dada Ara berombak. Mengapa hari ini juga dirinya akan bertemu dengan jejaka ini?

"Shut your mouth! Kita dah tak ada apa-apa hubungan Hayyaz! Please stop everything that stuck in your mind!"

"Well.. it's easy Bella. Marry me, and leave your husband. Easy right?"

Ewahh sesenang abc je dia cakap macamtu?!

Ingat perkara kahwin ni main-main ke?!

"Keep dreaming Hayyaz! Aku takkan sesekali balik dekat kau!"

Jejaka itu dijeling, sebelum kakinya terus melangkah ke arah cafeteria yang berada dekat dengan bilik office nya. Dia sungguh muak dengan perangai lelaki itu.

Ikhwan beriak tenang. Sesekali kelibat Arabella yang tidak jauh darinya dipandang sekilas sambil tersenyum mereng.

"Just wait and see.."

Ikhwan bersiul kemenangan. Alangkah indahnya hidup setelah dapat berjumpa kembali bekas kekasihnya disini.

TO BE CONTINUED..

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now