Bali
8:00 PMJam di dinding menunjukkan tepat pukul 8 malam. Haider dan Ara masing-masing sibuk menyiapkan diri mereka untuk ke grand event company daddy Haider pada malam itu.
Bedak dioles sedikit ke wajahnya bagi tidak mahu menampakkan wajahnya terlalu pucat. Blusher berjenama Dior dicapai lalu dioles di pipi kiri dan kanan. Mascara pula dicapai untuk dipakai sedikit di bulu mata. Akhir sekali, barulah tangan kanan mencapai salah satu lipstik berjenama YSL yang berwarna natural. Lipgloss dioles di bibir bagi penutup merias dirinya. Merasa diri ditatap dari cermin, Ara terus pusing ke belakang untuk melihat figura jejaka yang berada di belakangnya. Haider.
Haider tersenyum melihat wajah isterinya bak bidadari yang baru saja jatuh dari langit. Makeup simple yang dirias di wajah isterinya ditatap lama.
"Abang.. kenapa pandang Ara macamtu? Ara tak cantik ke?..."
Kepala ditundukkan untuk menyembunyikan wajahnya.
Tak cantik ke? Eh tapi macam cantik tadi bila tengok kat cermin..
Haider tertawa kecil lalu mengangkat dagu isterinya mendongak ke atas untuk menghadapnya.
"Bila masa abang cakap tak cantik? Hm?"
Ara tersenyum suka.
"Dah siap kan? Jom-"
Belum sempat Haider ingin menghabiskan kata-katanya, Gadis dihadapannya itu terlebih dahulu memotong ayatnya.
"Abang tunggu dekat kereta, bagi Ara masa 10 minit nanti Ara terus pergi dekat kereta, boleh??"
Haider berfikir sejenak. Setelah berfikir, Haider lantas menganggukkan kepalanya sekali. Kepala gadis itu dielus lembut sebelum kaki mengorak langkah keluar dari bilik tidur mereka.
__________________________
10 minit berlalu...
Sudah 10 minit berlalu, tetapi kelibat isterinya langsung tidak muncul..
"Lama betul dia punya 10 minit ni.. skrg dahlah pukul 8:50" Omel Haider dengan bibir yang terkumat kamit
Selepas memakai kasut tumit tinggi berwarna putih miliknya, Ara terus berlari kecil ke arah kereta Audi hitam milik suaminya. Terlebih 5 minit pulak macam mana ni..
Dirinya terus masuk ke dalam perut kereta Audi hitam tadi.
Bunyi pintu kereta mengejutkan Haider. Lantas kepalanya laju memandang tepat ke arah seat penumpang di sebelah. Figura isterinya yang cantik bertudung bawal menghiasi kornea mata. Isterinya lengkap berpakaian dress Abaya berwarna champagne berserta dengan tudung bawal printed berwarna putih jenama DUCK yang dibeli olehnya malam semalam.
Ni bini aku ke wey? Ke bidadari jatuh dari syurga?
'Cantik' getus hati Haider
Tidak berkelip mata Haider sedari tadi. Dah kenapa ni?
"Wtf- is this an angel in front of me?"
Sayup-sayup kedengaran suara Haider. Tetapi masih boleh didengari jelas oleh Ara.
Daddyy Iyell mencarut!! Dia kata WTF!!
Tersipu malu Ara dibuatnya dengan kelakuan Haider. Tak bertempat nak memuji nya!
"Abang.." panggil Ara
Haider tersedar dari lamunannya. Perhatian terus ditumpukan buat isterinya.
"Cancel jela sayang event tu.. sayang cantik sangat lah.."
Haider mencebik. Taknak pergi lah gini! Bini dia cantik sangat! Nanti ada orang ambil!
"Mana boleh macamtu abang.. kita dah siap ni kan"
"Taknak! Sayang cantik sangat bila pakai tudung, nanti CEO company lain yang muda-muda tu semua nak try isteri abang"
Sekali lagi Haider mencebik.
Suami sape ni? Tolong ambil..
"Ya allah.. pandai-pandai jelah abang ni! Drive sekarang, ni dah pukul 9: 20 dah ni! Nanti lambat kang daddy marah" marah Ara kepada suaminya. Mengada sangat kan!
"Yelahh"
Gear ditarik. Satu tangan memegang stereng. Kereta diundurkan ke belakang untuk keluar dari perkarangan rumah mewah tersebut. Haider terus melajukan keretanya dengan kelajuan sederhana.
TO BE CONTINUED..
𝙄𝙣𝙨𝙮𝙖𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙤𝙨𝙩 𝙣𝙚𝙭𝙩 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙠𝙩 𝙩𝙞𝙠𝙩𝙤𝙠 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧. 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 𝙖𝙣𝙮𝙩𝙞𝙢𝙚 <3
𝙏𝙞𝙠𝙩𝙤𝙠:
@𝙡𝙪𝙫𝙫𝙗𝙗_20_
YOU ARE READING
𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆
Roman d'amour𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...