𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...
Tidak terkira, sudah 2 bulan lebih juga Ara dan Haider berkawan. Sedar tak sedar, esok adalah hari terakhir Ara berada di malaysia. Disebabkan projek besar yang mempunyai kaitan dengan company OthmanRiall Megah Holdings itu, Ara telah berjaya sepenuhnya untuk menghabiskan projek besar itu bersama-sama dengan Haider. Tugas nya di malaysia sudah pun berakhir.
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10 malam. Ara yang sedang memasukkan baju-baju nya ke dalam luggage berwarna maroon itu lantas menghentikan tangannya dek kerana koklea telinga nya yang disapa oleh bunyi telefon berdering.
Pantas saja Ara mencapai iphone tersebut. Ara terus menggesekkan ikon berwarna hijau untuk mengangkat panggilan tersebut.
Dalam talian
"Assalamualaikum anak mama.. anak mama tengah buat apa tuh?"
"Waalaikumusalam mama! Ni haa Ara tengah packing baju untuk balik italy esok! Rindunyaa kat mama, papa dengan adik-adik! Tak sabar nak balik sana esok"
"Mama, papa dengan adik-adik pun rindukan Ara! Hati-hati tau naik flight esok.. jangan tidur lewat pulak! Esok dahlah flight Ara pukul 9 pagi"
"Iye mama.. lepas Ara siap packing, Ara terus tidur!"
"By the way, Haider tak jumpa Ara ke sebelum Ara balik italy esok?"
"Dia busy lah tu.. tapi takpela, Ara tak kisah pun"
"Ish mana boleh macamtu sayang.. dia dah banyak kan tolong Ara dalam projek besar tu? You should thank to him before you go"
"Insyaallah.. esok kalau Ara ada masa, Ara pergi jumpa dia kalau sempat."
"Okaylah kalau mcmtu. Mama nak tutup telefon nih, esok dah sampai italy terus call papa ye sayang.. Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
Luar talian
Selepas mematikan panggilan dari mama, Ara terus meletakkan kembali iphone nya di atas meja kecil dan terus menyambung kerja nya yang belum selesai itu.
Sedang asik Ara memasukkan segala baju-bajunya ke dalam luggage tersebut, secara tiba-tiba Haider muncul di fikiran nya.
"Dia... taknak jumpa aku ke sebelum aku balik italy?.." Ara berkata perlahan kepada dirinya
Seusai itu, Ara terus menarik luggage miliknya ke tepi katil, dan terus membaringkan diri ke atas katil empuk itu.
"Spero di incontrarti prima di tornare a casa mia, caro Haider.. (I hope to meet you before returning to my place, dear Haider)"
Usai itu, mata Ara terus terpejam yang bermaksud Ara sudah mulai terbuai oleh kantuknya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
KLIA (Kuala Lumpur International Airport)
8:00 AM
Suasana di KLIA tersangatlah riuh rendah kerana orang yang lalu lalang keluar masuk dari pintu utama airport.
Jam di tangan dikerling sekilas. Masih ada lagi tersisa 1 jam sebelum Ara bertolak ke italy. Sedari tadi, Ara hanya menunggu dan terduduk di salah satu kerusi yang disediakan disitu.
Mikael yang berada di sebelah Ara itu sedari tadi asyik merenung ke arah wajahnya..
Hinggalah Ara mulai terasa tidak selesa dengan renungan itu, Ara memandang ke arah wajahnya sambil berkata "K-kenapa awak pandang saya macamtu Mikael?"
"Takde apa-apa cik Bella. Saje nak tengok cik Bella puas-puas. Lepasni dah tak dapat lagi" Usai itu, Mikael tertawa sinis sambil memandangku dari atas sampai bawah
Ara yang mulai rasa tidak selesa itu pun lantas berganjak dari tempat duduk ku dan membuat alasan untuk pergi ke tandas sebentar.
Laju saja Mikael menganggukkan kepalanya berkali-kali.
5 minit kemudian...
Lima minit Mikael menunggu Ara disitu tetapi tetap saja gadis itu tidak memunculkan dirinya.
Mikael yang berasa was-was lantas bangun dari duduknya dan berlalu pergi untuk mencari gadis itu.
Sedang Mikael sibuk mencari kelibat gadis itu, Mikael dikejutkan dengan satu suara..
"Kau cari siapa Mikael?" Tanya lelaki itu
Laju saja kepala Mikael terarah kepada lelaki yang berada di belakangnya.
Haider Dariall.
Hanya nama itu yang terlintas di mindanya sedari tadi. Dia sangat kenal dengan lelaki itu.
"Aku tanya kau ni! Kau pekak ke?" Tanya Haider sekali lagi tetapi kalini dengan lebih keras dan dingin
Haider tidak suka Ara berada dekat dengan lelaki itu. Meskipun Mikael hanya seorang bodyguard peribadi Ara, dia tetap tidak menyukai lelaki itu. Bagi Haider, Mikael tersangatlah misteri. Haider merasakan Mikael mempunyai niat jahat kepada Ara.
Mikael mulai tersadar dari lamunannya.
"A-aku tengah cari cik Bella. Dia kata tadi dia pergi tandas. Dah 5 minit dia pergi tapi masih belum muncul dari tadi" jawab Mikael dengan berhati-hati
"Apa nama penuh-" belum sempat Haider menghabiskan ayatnya, koklea telinganya disapa dengan suara lembut milik Ara
Lantas dia menoleh ke arah gadis itu.
"Korang borak apa ni? Lama sangat ke saya pergi tandas tadi?" Tanya Ara bersama dengan riak wajah tidak bersalah
Mikael memandang sejenak wajah Ara lalu menjawab "eh takdelah cik Bella.. kami borak kosong aje tadi. Nothing serious"
Ara terus menganggukkan kepalanya sekali dan setelah itu, matanya dialihkan ke arah wajah Haider.
Lelaki itu tampak lebih kacak jika dilihat dari dekat..
"H-haider.. boleh saya bercakap sekejap dengan awak?? Just the two of us" Ara menghadiahkan senyuman manisnya kepada Haider
"God she's so damn pretty..." bisik hati Haider dan lantas menganggukkan kepalanya sekali
"Mikael, awak dah boleh balik. Lagipun lagi berapa minit aje saya dah nak bertolak. Lebih baik awak balik dulu" Kata Ara sambil memandang tepat ke wajah Mikael dengan riak wajah tenang
"Baiklah cik Bella. Have a safe flight. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Saya mintak diri dulu" Mikael lantas bangun dan terus berlalu pergi
"Till we meet again dear Arabella.." Mikael berkata perlahan berserta dengan senyuman sinis yang terbit di wajah nya..