Bab 11

1K 45 2
                                    

Kini, sudah masuk 3 bulan Haider tidak bertemu dengan Ara semenjak gadis itu pulang ke negara asalnya italy.

Semenjak gadis itu pergi, Haider langsung tidak menerima khabar berita dari gadis itu. Mesej tidak di balas, call sama sekali tidak dijawab. Terkadang Haider berfikir, apa yang gadis itu sedang buat sekarang? Adakah dia baik-baik sahaja disana??

Fikiran Haider terlalu kusut memikirkan tentang gadis itu. Sehinggakan Dato' Othman yang melihat anaknya seperti itu, sudah tidak tahu ingin berbuat apa lagi.

Dato' Othman berjalan mendekati Haider yang sedang elok duduk di salah satu kerusi yang berada di balkoni ruang tamu. Dato' Othman lalu menarik kerusi yang kosong dan lantas duduk di sebelah anak sulung nya itu.

"Haider.. apa yang kamu fikirkan tu? Sampai kusut daddy tengok.." tanya Dato' Othman sambil menepuk perlahan bahu kiri Haider

Haider lantas menoleh ke arah wajah bapanya.

"Takde ada apalah daddy.. Haider cuma kusut fikir pasal kerja dekat office" bohong Haider

"Orang lain kamu boleh tipu, tapi bukan dengan daddy.. daddy tahu, Haider tengah fikir pasal Ara bukan?" Dato' Othman tidak sanggup melihat anaknya yang kusut seperti itu

Lalu dengan pantas Haider kembali menoleh ke arah wajah bapanya yang berada di sebelahnya. Betul apa yang daddy nya katakan. Dia memang sedang kusut memikirkan gadis itu..

"Hmm.. Haider memang tengah fikirkan pasal Ara pun. Sejak haritu dia balik italy, dia langsung takde mesej ataupun call Haider tanya khabar.. banyak kali Haider cuba call and mesej dia. Tapi tetap tak dibalas" rintih Haider lalu meraup wajah nya

Dato' Othman sedih melihat anak sulung nya seperti itu. Namun, Dato' Othman percaya akan Ara. Dia percaya yang Ara tidak seperti wanita lain..

"Kalau macamtu, Haider pergilah italy.. cari dia. Insyaallah dengan izin allah, Haider akan jumpa dia dekat sana. Daddy percaya, Ara takkan sama macam perempuan lain.. so that, Haider pun kena percayakan dia jugak" Dato' Othman bersusah payah ingin memujuk Haider dengan kata-kata semangat yang diberikan kepada anak sulungnya

"Kalau Haider pergi italy esok, siapa yang nak jaga daddy dekat sini?" Tanya Haider

"Jangan risau pasal daddy.. pandai-pandai lah nanti daddy jaga diri. Yang paling penting, hati Haider tuh. Pergi cari Ara dulu and settle kan apa yang patut.. kalau Haider betul-betul nak masuk meminang dia, daddy izinkan." Balas Dato' Othman dengan nada suara yang lembut

Dato' Othman menyeluk poket seluarnya untuk mencari sesuatu.

"Ni cincin merisik.. ambil lah.. pergi masuk minang Ara esok. Daddy akan ikut Haider ke italy esok kalau Haider betul-betul pasang niat nak kahwin dengan Ara"

Haider pantas menoleh ke arah kotak cincin yang berada di tangan daddy nya. Haider tidak tahu mahu berkata apalagi..

Dia keliru!

Haider berfikir sejenak sambil mata memandang tepat ke arah kotak cincin tadi. Dan dengan izin allah, dia lantas membuat keputusan..

"Haider dah fikir masak-masak.. Haider akan masuk meminang Ara esok. Thankyou daddy sebab selalu ada dengan Haider. Haider minta maaf sebab selama ni Haider gagal jadi anak yang terbaik untuk daddy.." lirih Haider lalu membawa sang ayah ke dalam pelukan

Dato' Othman membalas pelukan sang anak.. dia terharu..

"Takpelah Haider.. daddy dah lama lupakan kisah-kisah kita yang dulu. Yang penting sekarang, hubungan kita sebagai anak dengan bapa dah berbaik.. itupun dah mampu buat daddy bersyukur." Dato' Othman mulai meleraikan pelukan itu

Dato' Othman lantas bangun dari duduk nya.

"Daddy masuk tidur dulu.. jangan tidur lambat pulak. Esok nak pergi italy kan? Pasal tiket flight Haider jangan risau. Nanti daddy suruh Natasha settle kan." Kata Dato' Othman dan terus berlalu pergi meninggalkan anak sulungnya itu

Haider menganggukkan kepalanya banyak kali tanda faham. Setelah kornea mata tidak lagi melihat kelibat ayahnya, Haider terus menutup sliding door balkoni itu dan berlalu pergi ke bilik tidurnya.

 Setelah kornea mata tidak lagi melihat kelibat ayahnya, Haider terus menutup sliding door balkoni itu dan berlalu pergi ke bilik tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seusai itu, Haider terus membaringkan dirinya ke atas katil empuk bersaiz queen itu dengan posisi mengiring ke tepi. Duvet ditarik, untuk menyelimuti dirinya.

Angin malam diluar membuatkan tubuh Haider bertambah sejuk.

5 minit kemudian..

Haider mengambil waktu selama 5 minit untuk memejam kan matanya. Tetapi tetap tidak boleh.

Fikirannya masih kusut memikirkan tentang gadis itu.

"Wait for me dear Arabella.." ayat yang sama dikeluarkan dari mulut Haider sebelum lelaki itu memejamkan matanya erat

Lelaki itu sudah dibuai mimpi.

TO BE CONTINUED..

𝙃𝙖𝙖 𝙖𝙥𝙖 𝙙𝙖𝙝 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙧𝙖𝙗𝙚𝙡𝙡𝙖 𝙣𝙞 ?? 😢

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now