𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...
Sementara Ara masih lagi membetulkan rambut depannya menggunakan cermin kecil yang dibawa dari rumah, Haider mengambil masa itu dengan cepat.
Haider terus menyeluk poket seluarnya untuk mencari sesuatu. Ara langsung tidak perasan apa yang jejaka di hadapannya itu lakukan kerana dia masih lagi sibuk membetulkan rambutnya yang serabai. Sebuah kotak cincin digapai oleh Haider dari dalam poket seluar.
Haider menyediakan tangannya dibawah berserta dengan kotak cincin tersebut.
"Ara.." panggil Haider dengan nada yang lembut serta anak matanya yang tidak berhenti memandang wajah cantik gadis itu
Ara menoleh ke arah jejaka itu dengan pantas dan terus menyimpan cermin kecilnya tadi di dalam beg tangan.
"Ada apa?" Tanya Ara dengan kening terangkat sebelah
Haider menghela nafas perlahan. Kotak cincin tadi diletakkan di atas meja. Dengan lafaz bismillah Haider memulakan hajatnya..
"Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali... are you willing to be part of my soulmate?"
"...Will you marry me?" Sambung Haider tetapi kalini anak matanya memandang tepat ke arah anak mata hazel Ara dengan sangat dalam dan penuh makna..
Ara terpaku.
Haider masih menanti jawapan yang akan meniti di bibir Ara...
Ara berfikir sejenak. Lalu, dengan seikhlas hati... dia menjawab..
"Yes, I will.." Ara tersenyum bahagia setelah memberi jawapan kepada jejaka di hadapannya itu
Haider terkesima dan langsung saja jejaka itu turut tersenyum bahagia..
"Finally! Thank god!" Haider bersorak keriangan menandakan dia bersyukur kerana hajatnya untuk melamar gadis itu telah berjaya
Senyuman manis di bibir Ara masih lagi tidak pudar. Haider yang melihat itu pantas saja membuka kotak cincin tersebut dan mencapai cincin berlian yang berada di dalam nya.
Lantas Ara menyuakan jari jemari nya yang mulus itu ke arah Haider. Jejaka itu dengan perlahan-lahan menyarungkan cincin berlian tadi di jari gadis yang berada dihadapannya itu. Jangan risau, kulit mereka tidak bersentuhan kerana Haider melakukan dengan sangat perlahan supaya kulit mereka tidak bersentuhan.
"Alhamdulilah.." bisik hati Haider lega
Ara membelek cincin berlian yang sangat cantik itu pada jarinya. Dia tersenyum sambil berkata "Cantiknyaaa pandai awak pilih!"
Haider terus tersenyum kecil melihat reaksi gadis itu yang menurutnya sangat bahagia.
_____________________
Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Haider lantas tersedar dari tidurnya yang lena dek kerana bunyi jam yang di set telah berbunyi.
Lantas jejaka itu bangun sambil tersengih-sengih kerana mengingat kejadian semalam. Ahli keluarga Ara dan juga keluarga nya telah bersetuju untuk menyatukan mereka. Dan itu sudah cukup buat Haider..
"Arabella Arabella.. macam mana lah aku boleh tersuka dekat kau? Siap ajak kahwin lagi.." Haider tersengih seperti kerang busuk. Setelah itu dengan cepat dia mengatur langkahnya ke bilik mandi
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Suasana di dapur menjadi riuh rendah dek kerana Ara dan juga adik-adiknya harini yang akan memasak juadah makan tengah hari..
"Ishh takpayah letak cili lah kakak! Ary tak boleh makan pedas!" Bantah Ary serta menghalang tangan kiri Ara yang ingin meletakkan pes cili ke dalam mangkuk
"Alaa sikit jee! Bagilah kakak letak sikit! Betul tak Arin?" Ara langsung tidak mau mengalah! Dia suka pedas. Lagi pedas lagi sedap!
Arin langsung tidak menghiraukan perlakuan kakak dan adiknya Ary itu. Dia sudah jemu ingin melihat mereka berdua bergaduh!
"Ini apa kecoh-kecoh ni?? Daripada ruang tamu boleh dengar suara kamu berdua nih! Asik gaduh aje memanjang!" Marah Puan Mariah yang secara tiba-tiba muncul di belakang mereka yang masih sibuk berebut-berebut
Perlakuan mereka terhenti tatkala mendengar suara Puan Mariah di koklea telinga. Ara terus mendongakkan wajahnya ke atas untuk memandang mama nya yang sedang marah..
Gerun yang dirasakan oleh Ara dan Ary!
"Alaa mama.. Ara just nak letak pes cili ni sikit jee dalam makanan tu biar rasa pedas sikit tapi ni haa budak hingusan ni kata taknak pedas lepastu dia paksa Ara suruh takyah letak pes cili tu!" Bebel Ara dari tadi
Puan Mariah hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia sudah naik lali dengan perangai anak bongsu dan anak sulungnya itu.
Eloklah sorang keras kepala sorang lagi taknak mengalah!
"Ara.. mengalah please? Ikut cakap adik.. dia taknak pedas kan? So, takpayah letak pes cili tu.. boleh?" Puan Mariah berkata dengan nada lembut dan memandang ke arah mereka silih berganti
Ara menghela nafas perlahan..
Aku lah dengan si budak Ary ni! Kalau dapat campak dia dalam sungai italy...fuhhh!
"Okay fine! Ara mengalah! Pes cili takpayah letak dalam makanan tu, puas?" Ara mendengus kasar serta mencampak pes cili itu ke dalam tong sampah berdekatan.
Wajah Ary dengan serta merta berubah menjadi gembira! Yey kalini aku menang! Kak Ara kalah! Werlkkk
"Yeayy! Sayang kakak banyak-banyak!!" Kata Ary dan terus membawa Ara ke dalam pelukannya
Aku tengah panas hati boleh pulak si budak Ary ni peluk-peluk! Panggil kahar kang!