Bab 13

1K 46 1
                                        

TOK TOK TOK

Apabila mendengar pintu nya diketuk sebanyak tiga kali, barulah Ara terbangun dari tidurnya..

Sape pulak kacau aku tengah tidur ni?!

Ara terus mendengus kesal dan berjalan mendekati pintu biliknya untuk membuka pinti tersebut.

CEKLEKK

Apabila pintu dikuak dari dalam, Haider tahu yang itu ialah gadis yang sangat dia rindui. Nur Arabella Austin... mendengar namanya saja boleh membuat Haider tersenyum apatah lagi berbicara dengannya...

"Haii Ara!! SURPRISE!!" sergah Haider dengan bersemangat ingin mengejutkan Ara yang masih lagi mamai itu

Ara yang mendengar suara maskulin lelaki itu pantas saja mengangkat wajah nya ke hadapan.

Haider Dariall!

Ye, lelaki yang sedang berada di hadapan nya itu ialah Haider Dariall! Yang sangat dia nantikan... dan impikan...

"Kalaupun aku hensem sangat harini takpayah lah nganga mulut macamtu sekali.." Haider tertawa kecil sambil menggaru tengkuk nya yang langsung tidak gatal

Selepas 2 saat, barulah Ara kembali tersedar.

"H-haider?! Awak buat apa dekat sini??" Tanya Ara dengan tergagap-gagap

Haider tertawa kecil sebelum berkata " lupa ehh?? Ke buat-buat lupa??" Tanya Haider sambil menjungkitkan kening sebelahnya

Hah? Lupa apa ni? Apo kehe mamat ni?!

"Lupa apa ni?? Mana ada saya kata apa-apa kat awak" Ara cuba untuk pertahankan dirinya

"Ohhh takde cakap apa-apa.." kata Haider lalu berjalan mendekati Ara

Pintu bilik masih terbuka. Hanya tapak kaki Haider yang masih kedengaran mendekatinya.

Apabila tiba di hujung ruang bilik, badan Ara secara tidak sengaja bertemu bersama dinding yang menyebabkan dirinya dikunci oleh Haider.

Haider tersenyum sinis sebelum mengunci pergerakan gadis itu dengan menggunakan kedua tangannya.

"A-awak nak buat apa ni Haider???" Tanya Ara dengan nafas yang tercungap-cungap dek kerana hatinya yang sedang berdegup kencang

"Takde buat apa-apa.. aku cuma nak.." Haider sengaja tidak menghabiskan ayatnya kerana mahu melihat reaksi wajah gadis itu

"A-awak nak apa?? Cepat habiskan ayat! Sebelum saya sepak masa depan awak!!" Kata Ara yang berbaur ancaman

Comel!

Itu saja yang mampu Haider ucapkan di dalam hatinya..

"Aku cuma nak... kau basuh muka! Banyak sangat air luir basi nih! HAHAHHAHA" Haider menghamburkan gelak tawanya sehingga bilik yang sunyi tadi menjadi bising dek kerana gelak tawa macho milik Haider

Ara membuat muka asam cuka untuk seketika sebelum berkata "elehh saya ada air liur basi pun awak still nak try saya kan? Kan??" Tanya Ara dengan riak wajah berlagak

"Banyak lah kau!! Dah pergi mandi sana! Siap-siap, aku nak ajak kau keluar dinner" kata Haider dan terus berlalu pergi meninggalkan Ara yang masih di dalam dunia terpinga-pinga nya itu!

Sempat lagi mata Ara menangkap senyuman kecil yang terukir di hujung bibir Haider berserta dengan gelak tawa macho milik nya!

MAMA HAIDER AJAK ARA DINNER!!

Hensem lah jodoh kita!! Noo" that is my jodoh not your readers werlkk !

Haider menuruni anak tangga dengan riak wajah tenang berserta senyum manis yang tak lekang dari wajahnya dari tadi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Haider menuruni anak tangga dengan riak wajah tenang berserta senyum manis yang tak lekang dari wajahnya dari tadi.

Lelaki itu... sudah mula angau!

Puan Mariah yang perasan dengan riak wajah Haider seraya dengan senyuman manis di wajah Haider pun mula bertanya..

"Haaa Haider takkan baru jumpa Ara sekejap dah mula angau!!" Kata Puan Mariah berserta dengan gelak tawa nya

Haider tergelak kecil sebelum berkata "mana ada aunty Mariah ni.. ada-ada je" jawab Haider sambil tertawa kecil

Apabila melihat Haider yang baru menapak di ruang tamu itu, terus saja mata Dato' Othman dan Dato' Ghazali memandangnya dengan dahi yang berkerut.

"Haa ada apa senyum-senyum tu? Baru jumpa Ara berapa minit yang lalu dah macamni gayanya" gurau Dato' Othman kepada anak sulungnya itu

Haider terus menoleh ke arah wajah ayahnya apabila koklea disapa oleh suara si ayah.

"Takde apa lah daddy.. by the way, malamni kalau uncle izinkan, saya nak bawak Ara pergi dinner. Izinkan saya?" Tanya Haider sopan

Dato' Ghazali tampak berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepalanya tanda dia mengizinkan Haider untuk membawa anak sulungnya itu keluar pada malam ini.

"Terima kasih uncle!! Sebelum pukul 12 malam nanti kitaorang dah terpacak depan rumah!" Kata Haider lalu tertawa kecil

Lalu, ruang tamu itu hanya dipenuhi dengan gelak tawa mereka bertiga.

TO BE CONTINUED..

𝙃𝙖𝙡𝙪𝙪𝙪 𝙢𝙮 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙚 💋 𝙗𝙩𝙬 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙨𝙖𝙟𝙖 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠" 𝙨𝙗𝙗 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙠𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙬𝙖𝙨-𝙬𝙖𝙨 𝙃𝘼𝙃𝘼𝙃𝙃𝘼

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang