Majlis akad nikah Ara & Haider berlangsung dengan lancar...
Hanya dengan sekali lafaz, Ara telah pun menjadi isteri sah kepada Haider..
Awww ciwiitttt nyeee!! Nak gak-
Ehh cannot! Author muda lagi...Sebaik saja habis sesi membaca doa kesyukuran, Haider berjalan mendekati ke arah pelamin.
Haider memandang sekilas wajah Ara sebelum berbisik pelan "Get ready for our first night baby.."
Gulp!
Ara menelan air liur nya susah payah. First night? Get ready?
"Qayla!! Mama!! Tolong Ara please" Ara meraung di dalam hatinya sebaik saja mendengar bisikan suaminya tadi
Seusai itu, Haider terus menyambut huluran cincin berlian daripada tangan ibu mertuanya. Cincin berlian disarung dengan kemas ke arah jari manis milik Ara...
"Alhamdulillah.." ucap Haider perlahan
Haider tersenyum manis apabila melihat riak muka Ara yang sedang tersenyum manis ke arah tetamu-tetamu yang berada di dalam dewan tersebut.
"Pengantin lelaki dan pengantin perempuan, sila ambil tempat sekarang.. kita akan mulakan sesi bergambar" seorang lelaki berusia tidak kurang tua itu berkata kepada kami. Serentak itu tangannya lincah memegang camera untuk mengambil gambar kami.
Berbagai posing yang kami lakukan. Setelah selesai sesi bergambar, Ara pantas menarik tangan Haider untuk mengikutinya bertemu dengan sedara-mara belah keluarga papanya.
"Cepatlaaa awak! Saya nak ajak awak jumpa dengan maklang!" Kata Ara sambil menarik-menarik hujung kot yang dipakai oleh Haider
Haider terpinga-pinga ditempatnya.
Lantas dia memberhentikan kelakuan sang isteri yang sedari tadi asyik menarik-menarik kot bajunya.
Nasib baik bini...kalau tak....
"Baby... sabar sekejap boleh tak? Aku nak melayan tetamu belah daddy. Boleh?" Haider bertanya dengan riak wajah sabar lalu memandang wajah isterinya yang terdiam
Ara melepaskan genggamannya dari kot baju Haider. Lalu, dia memandang kembali wajah Haider.
"B-boleh.. sorry ganggu awak.. pergilah" kata Ara dan terus berlalu pergi meninggalkan Haider di belakang
Rasa sebersalah menghantui diri Haider.
Aiyoyoyo baru nikah beberapa minit yang lalu sudah jadi macam ini?? Nak buat apa ni raju?
__________________________
"Ara... malam ni tidur dekat mana? Penthouse atau rumah daddy Haider?" Tanya Puan Mariah kepada anak sulungnya
Ara masih belum tersedar dari lamunan nya.
"Ara sayang.. Ara tengah fikir pasal apa?" Tanya Puan Mariah lagi tetapi kali ini dengan lebih lembut
Setelah mendengar sapaan lembut dari mamanya, lantas Ara tersedar dari lamunannya.
Dia menoleh ke samping atau lebih tepatnya ke arah wajah Puan Mariah.
"T-takde apa-apa lah mama.. Ara tengah fikir pasal kerja" bohong Ara lalu tersengih
Puan Mariah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Baru kahwin dah fikir pasal kerja!
"Ishh tak elok fikir pasal kerja tengah waktu-waktu macam ni! Kan Ara baru kahwin, fikirlah pasal benda lain. Contohnya macam, bila nak bagi mama dengan papa cucu?" Puan Mariah menghamburkan tawanya setelah mengatakan soal 'cucu' kepada Ara
Mendengar saja soal tentang 'cucu' muka Ara dah berubah macam asam cuka!
"Insyaallah cucu mama akan hadir ke dunia ni dengan secepat mungkin!! Kan sayang??" Haider memandang wajah isterinya dengan selamba
Ara menghadiahkan jelingan tajam kepada Haider sebelum mencubit peha lelaki itu.
"Aduuu sakitlaa sayang.." Haider mengerang kesakitan sambil memegang peha nya yang dicubit tadi
Mak aiii tu jari manusia ke jari ketam???
"Siapa suruh cakap macamtu! Kan dah kena penyepit ketam!" Kata Ara seolah-olah berpuas hati
Psssstt readers... Ara dah jadi isteri derhaka ke ni? Belum lagi en??
"Apa kamu ni Ara! Tak baik buat suami macamtu! Tak cium pintu syurga nanti baru tahu!" Ujar Puan Mariah kepada anak sulungnya
"Haa dengar tu mama cakap apa!" Usik Haider sambil menahan tawanya dek kerana melihat muka Ara yang sudah berubah seperti singa jadian!
"Siap awak nanti bila dah sampai rumah!" Ara berkata sebal
"Dah sampai rumah nak buat apa nanti? Nak exercise ke?? Aku onzz je" Haider berkata lalu menjungkitkan sebelah keningnya yang tebal itu
Ara memicingkan matanya ke arah si ke arah si suami.
"Dahlah! Baik awak teman saya makan sebelum malam ni satu exercise pun awak tak dapat!" Setelah berkata begitu, pantas saja Ara mengatur langkahnya ke arah meja panjang yang terletak segala jenis makanan
Nyam nyam!!
Haider lantas mengikuti langkah isterinya dari belakang. Ini kalau tak ikut ni, tak dapat lah nak exercise malam ni...
TO BE CONTINUED..
𝙏𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙗𝙤𝙧 𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡 𝙮𝙚 𝙖𝙗𝙚 𝙃𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝙣𝙞 𝙣𝙖𝙠 𝙚𝙭𝙚𝙧𝙘𝙞𝙨𝙚!! 😌

YOU ARE READING
𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆
Romance𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐈𝐍 - Arabella seorang gadis muda berkacukan Italy + Melayu. Nur Arabella Austin Binti Dato' Ghazali juga dikenali sebagai anak perempuan pertama Dato' Ghazali iaitu salah seorang billionaire di negara italy. Arabell...