Bab 32

633 30 0
                                        

Coat yang berada di tangannya dilempar ke atas sofa. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Kelibat isterinya tidak dicari. Haider terus merebahkan dirinya ke atas sofa empuk tersebut. Tangan kiri diletakkan di atas dahi. Mata cuba dipejamkan buat seketika.

Arabella Pov

Tidurnya terganggu disebabkan tekaknya yang sakit berserta dahaga. Perlahan-lahan Ara bangun dari baringnya. Duvet yang menutupi tubuhnya ditarik sekilas.

Perlahan-lahan kaki diturunkan ke bawah lantai. Kelibat Haider masih belum terlihat. Ara menghembus nafasnya berat sebelum kakinya terus mengorak laju keluar dari bilik tidur.

Langkahnya terhenti apabila kornea mata tidak sengaja memandang ke arah suaminya yang terlelap di atas sofa. Perlahan-lahan Ara berjalan mendekati Haider yang sedang terlelap itu.

Punggung dilabuhkan di atas karpet bulu berwarna putih itu.

"Abang.. bangun lah.. pergi tidur dekat atas.. Ara dah sediakan baju tidur abang dekat atas.. bangun lah"

Tidur Haider terganggu. Matanya terus dicelikkan beberapa kali. Pandangannya disajikan dengan wajah si isteri yang kelihatan sembab. Jelas terlihat, mata si isteri sembab seperti baru sahaja menangis.

"Kau nak apa?"

Haider berkata sambil menggosok-gosok matanya.

"Ara ajak abang tidur dekat atas.. sakit badan lah nanti kalau abang tidur sini"

Haider menganggukkan kepala nya perlahan. Melihat Haider yang seperti mahu bangun dari duduknya itu membuatkan Ara terus bangun dari duduknya.

Langkahnya terhenti. Ara merasakan tangannya seperti dipegang. Lantas kepalanya menoleh ke belakang.

"Duduk sini"

Ara menggelengkan kepalanya sekali tanda tidak mahu. Dia takut.

"What did i say a few seconds ago?"

"D-duduk sebelah awak.."

"Okay then?"

Ara yang faham maksud suaminya itu terus melabuhkan punggungnya disebelah Haider.

"Ada apa abang suruh Ara duduk sini?"

Haider tidak menjawab. Tangannya sibuk mencari gambar-gambar yang Puan Haida berikan kepadanya 3 bulan lepas.

Laju sahaja tangan Haider meletakkan gambar-gambar tersebut di atas meja kecil itu. Mata Ara terus tertancap pada gambar-gambar tersebut. Ara terdiam sejenak. Dadanya berombak. Ara menahan tangisan nya.

Ara melihat dengan mata kepalanya sendiri. Gambar-gambar itu menunjukkan dirinya bersama Mikael yang sedang berada di atas katil berduaan. Mikael... driver peribadinya...

"Explain."

"T-tak.. ini salah faham!"

"I asked you to explain all of this."

Ara mengangguk perlahan berserta dengan air mata yang deras membasahi tulang pipinya.

Flashback

5 bulan lepas...

"Sayang.. abang kena pergi maldives malamni jugak.. lusa abang balik, okay?"

"Alaaa abang.. jangan lah macamni.. dah malam dah ni, esok-esok jelah abang bertolak pergi maldives tu"

"Tak boleh sayang.. abang kena pergi jugak maldives tu malamni.. boleh ye?"

Ara menghembuskan nafasnya berat. Lantas kepala dianggukkan perlahan. Bibir dicebikkan bagi meraih simpati.

"Takpayah nak muncung-muncung sangat bibir tu. Cium kang baru tahu"

"Biarlah"

Haider tergelak kecil. Tangan dihulurkan di hadapan si isteri meminta untuk disalam. Ara terus menyambut huluran suaminya itu. Sekilas itu, Ara mencium tangan kasar itu.

"Abang pergi dulu.. jaga diri.. lusa nanti abang balik. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam.. love you"

"Love you too"

Seusai itu, kaki Haider terus memasuki ke dalam kereta BMW miliknya. Ara tersenyum kelat apabila kereta Haider mula keluar dari perkarangan rumah.

 Ara tersenyum kelat apabila kereta Haider mula keluar dari perkarangan rumah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

KNOCK KNOCK

Pintu rumah yang diketuk dari luar mengejutkan Ara. Lantas kepalanya memandang ke arah pintu tersebut. Ara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kaki terus mengorak laju ke arah pintu rumah. Pintu rumah dibuka.

"Miss me??"

Serta merta pandangan Ara menjadi kabur berserta gelap. Ara pingsan di dalam dakapan lelaki itu.

Lelaki yang berpakaian hoodie hitam berserta pelitup muka yang menutupi wajahnya itu terus menekup perlahan mulut Ara. Tubuh kecil itu didukung lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

_______________________

Ara meronta-ronta meminta dilepaskan. Lelaki misteri tadi cuba memperkosa dirinya. Berkali-kali Ara cuba menolak tubuh tegap itu menjauh darinya, tetapi apakan daya. Lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya.

"Lepaskan aku!"

"Shhhh shut your mouth sayang.. sabar.. lepas aku dapat apa yang aku nak dari kau, aku berambus lah!"

Ara menangis tersedu-sedu. Rambutnya berserabai. Bajunya yang terkoyak di bahagian bahu membuatkan dirinya sedikit terdedah. Ara tidak tahu tudungnya hilang entah kemana. Yang dia tahu, dia perlu selamatkan dirinya.

"Tolong lah lepaskan aku.. hiks.. aku merayu dekat kau!"

"Shhh shhh don't cry sayang.. sabar lah.."

Tangan kiri naik mengusap wajah gadis itu. Dengan laju Ara menepis kasar tangan lelaki misteri itu.

Apabila terasa deruman nafas jejaka itu semakin dekat di lehernya, Ara memejamkan matanya erat. Dirinya hanya mampu menangis dan menangis. Dan pada saat itu, Ara berfikir.. dia tidak mempunyai pilihan lain selain berserah.

DUSH

"Babe! Wake up! Kita pergi hospital!"

Perkataan terakhir yang menyapa di koklea telinganya sebelum Ara kembali tidak sedarkan diri.

Flashback off

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang