Bab 18

1.1K 58 0
                                    

Pintu almari dibuka, satu tangan mencapai sepasang baju tidur berwarna hitam satin. Baju tidur dipakai dengan kemas sebelum kaki mengatur langkah keluar dari bilik persalinan.

Sedang Ara sibuk mengeringkan rambutnya yang basah di meja solek, matanya tertumpu kepada Haider. Suaminya. Haider baru saja selesai solat isyak.

Selesai mengeringkan rambut, Ara terus mengatur langkahnya ke arah sejadah yang masih diduduki oleh suaminya.

Ara melabuhkan punggungnya di hadapan suaminya yang baru sahaja habis membaca doa. Kaki yang bersila dikemaskan terlebih dahulu.

"Awak dah siap solat?" Tanya Ara dengan wajah yang tersenyum manis ke arah suaminya

Haider lantas mendongak untuk melihat wajah gadis yang berada dihadapannya itu. Kepala dianggukkan sekali.

"Baby nak solat ke? Kalau nak solat aku nak bangun ni" tanya Haider lalu mencabut kopiah yang berada di atas kepala

Macam bapak-bapak nokk .

"Taklah... saya cuti harini" jawab Ara

"Yelah. Bangun cepat, aku nak lipat sejadah" Haider berkata lembut

"Ishh awak ni suka sangat bahasakan diri aku kau dengan isteri. Taknak kawan awak!" Pantas saja Ara bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Haider

"Aku nak pujuk dia pakai cara apa ek? Alaa dia period pulak.." Haider bergumam perlahan selepas kornea mata tidak lagi melihat kelibat si isteri.

" Haider bergumam perlahan selepas kornea mata tidak lagi melihat kelibat si isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki mengatur langkah ke arah dapur. Perutnya yang kian memulas meminta untuk diisi.

Ara menjenga sebentar di dapur, dia hanya ingin memastikan dapur itu kosong. Setelah melihat tidak ada seorang manusia pun disitu, mencicit Ara lari ke arah meja makan.

Satu tangan mencapai pinggan kaca yang berada di samping periuk nasi.

"Ada nasi ke tak eh?? Eh tapi nanti kalau aku gemuk macam mana?? Aduhh ni yang tak suka ni! dislike dislike" omel Ara sendiri dengan mulut yang terkumat kamit sedari tadi

Haider yang melihat perangai isterinya dari jauh hanya mampu menggelengkan kepala berkali-kali. Kaki diatur ke dapur.

Setelah tiba di belakang tubuh badan Ara, kedua tangan naik memeluk tubuh gadis itu dari belakang. Kepala sengaja diletakkan di ceruk leher gadis itu untuk menghirup aroma minyak wangi yang dipakai.

"Astaghfirullahalazim.." laju saja tangan Ara yang sedang memegang pinggan kaca tadi diletakkan semula di atas meja. Kedua tangan naik mengusap dada yang berombak dek terkejut.

Jembalang mana pulak nih peluk aku tengah-tengah malam?!

Badan dipusingkan untuk melihat gerangan di belakangnya. Suami dia rupanya. Ingatkan jin hensem mana tadi. Haha

"Awak ni! Jangan lah buat saya terkejut! Gigit awak kang!" Kata Ara dengan nada seolah berbisik.

"Ha? Apa dia? Gigit? Meh sini" usik Haider sambil menahan tawa.

"Dahlah jom naik bilik. Karang terbangun pulak orang dalam rumah ni disebabkan kita!" Ara langsung menarik perlahan tangan suaminya untuk mengikutinya

Haider langsung melepaskan genggaman itu dan terus mencempung tubuh kecil Ara.

Lagi dan lagi. Gadis itu kembali terkejut dek kerana perbuatan suaminya yang langsung tidak dijangka olehnya. Ara meronta meminta untuk dilepaskan. Tetapi lelaki itu tetap tidak menghiraukan nya.

"Eyyy lepaskan saya.. saya boleh jalan sendiri la!" Ara menampar perlahan dada bidang Haider

"Apa dia?? Nak kiss?? Sabar lah baby.." selamba badak Haider berkata begitu seraya terus meletakkan tubuh kecil itu di atas katil empuk mereka. Duvet ditarik untuk menyelimuti tubuh isterinya.

"Tidur. Abang nak buat kerja sikit dekat bilik office papa. Goodnight sayang"

Dahi isterinya yang putih berserta licin itu dikucup sebentar. Dia tahu gadis itu masih belum tidur.

Abe Haider makin berani . rawrrr

Kaki diatur keluar dari bilik. Apabila koklea telinga terdengar pintu sudah ditutup kembali, cepat-cepat Ara membuka matanya kembali. Dia hanya pura-pura tidur dari tadi.

Bibir mengukir senyuman tatkala teringat Haider membahasakan dirinya 'abang' buat kali pertama. Matanya dipejam rapat. Gadis itu sudah selamat bermimpi pada malam itu.

Malam pertama yang romantis.

TO BE CONTINUED..

𝙎𝙖𝙗𝙖𝙧𝙧𝙧 𝙨𝙖𝙗𝙖𝙧𝙧 𝙣𝙞 𝙗𝙖𝙧𝙪 𝙨𝙞𝙠𝙞𝙩 😙 𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙖𝙗𝙚 𝙃𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝙡𝙖𝙣𝙟𝙚 𝙡𝙖𝙜𝙞 🙆🏻‍♀️

𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙫𝙤𝙩𝙚 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙖 💋

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now