Bab 28

1.3K 60 1
                                    

Jam di telefon pintarnya dikerling sebentar. Pukul 5:55 pagi. Lantas kepala terus menoleh kesebelah tempat isterinya tidur. Satu tangan menggosok mata untuk menyegarkan dirinya kembali.

"Sayang..."

Berasa tidurnya dikacau, Ara menggeliat kecil seperti anak kecil. Badan terasa lemah berserta panas.

"Hmm.."

Sempat Haider membetulkan juntaian rambut isterinya yang menutupi mata itu. Rambut Ara diselitkan di belakang telinga dahulu sebelum Haider menyambung ayatnya.

"It's time for solat subuh sayang.. faster, dah pukul 6 pagi ni"

"Ara tak sedap badan lah.. tak larat nak bangun"

Mendengar keluhan berat daripada isterinya membuatkan Haider terus mendaratkan tangannya di dahi licin milik Ara. Suhu badan Ara dirasa...

"You're having a fever sayang.. pergi klinik jom?"

Ara menggelengkan kepalanya laju. Dia tidak mahu ke klinik. Badan dia terasa lemah serta tidak larat untuk bangun dari baringnya.

Haider menghembuskan nafasnya perlahan

"Ara taknak pergi klinik.."

Suara dileretkan manja agar hati suaminya terpujuk. Kedua tangan naik melingkar pada pinggang Haider. Kepala disembamkan di dada bidang milik suaminya.

Haider hairan. Aik? Manja semacam aje?

"Okay then, continue your sleep. Abang pergi mandi kejap lepastu solat subuh.. boleh?"

Ara menggelengkan kepalanya laju membuatkan Haider semakin pelik. Biasa kalau demam takdela manja sampai macamni sekali...

"Alaa taknak lah abang.."

"Lepas abang habis solat subuh, abang terus teman sayang dekat sini. Boleh?"

Lambat-lambat kepala Ara mengangguk. Dengkuran kecil menyapa di telinga Haider. Itu menandakan isterinya sudah tertidur. Perlahan-lahan kepala Ara yang terletak di lengannya dipindahkan di bantal empuk. Kaki terus melangkah ke bilik air untuk mandi.

________________________

Haider terpaksa mengambil cuti selama dua hari untuk menjaga Ara. Dirinya termakan pujukan Ara pagi tadi.

Baru sahaja Haider memboloskan dirinya ke atas katil, Ara lantas bangun dari baringnya dan terus berlari kecil ke arah bilik air. Haider mengerutkan dahinya...

Sesampainya di bilik air, Ara segera memuntahkan isi perutnya ke dalam singki. Haider pantas menepuk perlahan belakang badan isterinya. Tersalah makan ke?

Selesai memuntahkan segala isi perutnya tadi, Ara terus mencuci mulutnya dan berpusing kebelakang. Kedua tangan naik memeluk leher suaminya. Wajah disembamkan di dada bidang Haider yang tidak berlapikkan baju itu.

Ara sendiri tidak faham dengan dirinya hari ini. Badan terasa lemah, suhu badan menjadi panas, serta kepalanya yang pusing membuatkan dirinya mual.

"Sayang penat sangat ni.. kita tidur ye? Jom"

Haider mendukung tubuh kecil Ara seperti koala. Lantas dia meletakkan tubuh kecil itu perlahan-lahan di atas katil. Dirinya turut berbaring di sebelah Ara. Duvet ditarik untuk menyelimuti diri mereka berdua.

Haider menarik Ara masuk ke dalam dakapannya. Lengannya menjadi tempat untuk Ara meletakkan kepala.

Tak lama selepas itu, Ara melepaskan dengkuran kecilnya. Haider tersenyum. Isterinya sudah dibuai mimpi.

Haider menundukkan kepalanya kebawah bagi menjajarkan paras muka isterinya sama dengan wajahnya. Wajah Ara yang sedang lena ditatap sambil tersenyum manis.

Comel.
Cantik.

"You've being so childish today baby..."

Haider berkata perlahan supaya tidak mengganggu isterinya daripada terjaga.

Haider mendekatkan wajahnya ke arah Ara. Dahi Ara dikucup sekilas. Bibir Haider turun ke pucuk hidung isterinya. Pucuk hidung Ara juga dikucupnya. Terakhir sekali, bibir Haider turun ke bibir mongel Ara. Lama bibir mereka bersatu. Ara langsung tidak terganggu dengan perbuatan Haider.

Ciuman dilepaskan. Haider tersenyum bahagia. Tak lama.. dirinya turut dibuai mimpi. Mereka melanjutkan tidur mereka sehingga siang.

TO BE CONTINUED..

𝙃𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝘿𝙖𝙧𝙞𝙖𝙡𝙡 𝙟𝙪𝙣𝙞𝙤𝙧? 👻

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now