Bab 22

1.1K 40 0
                                    

Sedang asyik Ara berbual bersama Paklong nya.. iphone milik Haider berdering meminta diangkat..

Oh! Ara yang pegang fon suami dia, sebab pakcik Iyell gi tandas sekejap 😉

.....
........

Lantas kepala Ara menoleh ke screen iphone yang masih terbuka dari tadi. Layar screen mempamerkan nama seorang gadis..

Raisya.

'Siapa Raisya?! Ko sabar jap Iyell! Biashee dia ni save nombor perempuan lain!' Bisik hati Ara.

Setelah itu, dengan sebal dia menyeret ketepi icon berwarna merah iaitu 'decline'!

Haider berjalan mendekati isterinya yang sedang duduk berseorangan di tepi swimming pool. Punggung dilabuhkan disebelah Ara. Wajah isterinya nampak seperti dingin dan marah. Lah.. kenapa pulak ni?

"Sayang-"

Baru saja Haider ingin menyambung ayatnya, kornea mata disapa dengan screen iphone yang masih terbuka dan jelas terpapar nama 'Raisya' yang sedari tadi tidak berhenti menelefon Haider.

'Aduuu mati lah kau Haider! Macam mana aku boleh lupa ni nak delete nombor minah sakai tu?' Getus hati Haider.

Dia sedang bingung ingin menjelaskan kepada Ara sekarang ni! Bukan senang nak pujuk minah italy ni!

"I can explain-"

Dan sekali lagi, Haider tidak dapat menghabiskan ayatnya tatkala iphone tadi diletakkan secara kasar pada tangan kanan Haider!

Wajah sebal dan jelingan dihadiahkan buat suaminya. Dia sakit hati sekarang ni!

"No need to explain. Just pick up your Raisya's call."

Lantas dirinya mengatur langkah ke arah ruang tamu yang dipenuhi sedara mara keluarganya. Senyuman palsu serta gelak tawa dihiasi di wajahnya yang masih menahan sebal!

Haider hanya mampu melihat figura isterinya dari jauh. Nak gapai tak boleh sebab orang tu masih belum sejuk hati dengan dia..

 Nak gapai tak boleh sebab orang tu masih belum sejuk hati dengan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah jejak 3 hari Ara tidak bercakap dengan suaminya. Hari ini merupakan hari last Haider bercuti dari kerja. Dan esok, suaminya telah kembali bekerja seperti biasa...

Sudah beberapa kali juga Haider cuba untuk membincangkan hal tersebut kepada Ara.. tetap saja gadis itu mengelak darinya. Tetapi untuk malam ni memang Ara takkan boleh mengelak lagi!

Dari sudut ruang tamu, Haider perhatikan gerak geri Ara yang sedang menonton tv bersama dengan adik sedaranya. Humaira, Aqeel, dan Isaac merupakan adik sedaranya. Sepanjang bercuti di Villa itu, tiga ketul budak ni lah yang teman dia. Nak harapkan suaminya? Dia masih belum berlembut hati lagi..

Why Ara whyyy??

Haider memberanikan diri untuk duduk bersebelahan dengan isterinya. Sabar cuba luu mana tahu boleh settle. Kan?

Setelah selamat melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu, satu tangan mengangkat Humaira yang masih berusia 4 tahun itu untuk duduk di ribanya.

Humaira terus tergelak kecil apabila tersedar yang dia tengah duduk atas riba Uncle Dariall!

Suka engko ye Humaira!

"Ehh Uncle Dariall! Bila Uncle duduk kat sini? Tak perasan pun" Isaac bersuara. Popcorn dimasukkan ke dalam mulut.

"Baru je 1 minit yang lepas."

Mendengar jawapan dari Uncle Dariall, terus saja Isaac menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham.

Humaira yang sedang kusyuk menonton rancangan tv itu hanya gelak sedari tadi.

Terlintas fikiran Haider untuk memujuk isterinya dengan cara menggunakan Humaira.

Ting! Someone got an idea!

"Psstt Humaira.." Haider memanggil gadis kecil itu secara berbisik perlahan.

Humaira terus menyediakan telinganya untuk mendengar ayat seterusnya..

"Tolong uncle boleh?"

"Tolong apa?"

"Tolong pujukkan Aunty Ara boleh??"

"Ha? Untuk apa?"

"Alaa ini hal orang dewasa.. boleh lah Humaira.. pleaseee"

Haider bersusah payah memujuk Humaira untuk menolongnya.

Gadis kecil berumur 4 tahun itu lantas menganggukkan kepalanya.

"Aunty.. boleh tak Aunty bercakap dengan Uncle sekejap? Uncle kata dia ada hal dewasa dengan Aunty.."

Gadis kecil itu kembali memasukkan popcorn di dalam mulutnya sehingga penuh.

Ara yang mendengar itu terkejut. Sumpah lah bro?

"Seriously? But why Aunty kena talk to him Humaira?"

Ara masih setia memandang wajah suaminya yang melarikan pandangan ke arah lain.

Humaira mengangkat bahunya ke atas seperti tidak tahu. Dia memang tak tahu apa-apa pun!

Ara menghembus nafas perlahan sebelum berkata kepada dua budak lelaki disampingnya itu.

"Aunty nak cakap dengan Uncle sekejap. Korang pergi masuk tidur sekarang. Dah lewat dah ni, esok dah nak balik kan?"

Ara mengelus lembut rambut kedua budak lelaki itu. Isaac dan Aqeel.

Lantas kepala Isaac dan Aqeel dianggukkan secara serentak. Mereka bertiga terus berlalu pergi setelah bersalaman dengan Aunty Ara dan Uncle Dariall mereka...

Setelah figura ketiga budak kecil itu menghilang, Ara kembali focus ke arah suaminya. Haider masih setia memandang wajahnya.

"Abang nak cakap pasal apa?" Tanya Ara dalam keadaan tidak marah tetapi tidak juga berbaik.

Haider menghembuskan nafasnya terlebih dahulu sebelum berkata..

"Abang cuma nak explained everything.. abang tahu sayang masih marahkan abang tentang kejadian 3 hari lalu. Abang cuma nak cakap yang.. Raisya tu sebenarnya bekas tunang abang. But, i don't have any relationship with her anymore. My heart only wants you. Not her. Yang pasal call tu, actually abang lupa nak delete number dia dalam contact abang. I'm sorry again sayang.."

Setelah meluahkan kata-katanya tadi.. Haider berasa lega kerana dia telah berjaya memberitahu hal sebenar.

TO BE CONTINUED..

𝙎𝙩𝙤𝙥 𝙨𝙞𝙣𝙞 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙥 𝙝𝙚𝙝𝙚 😗 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙨𝙣𝙞𝙣 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙡𝙜𝙞 💋

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now