Bab 30

843 46 7
                                        

Tidak terkira, kandungan Ara sudah berusia 7 bulan. Perutnya yang semakin membuncit membuatkan Ara selalu penat. Bagaimana dengan suaminya?

Sejak kebelakangan ini, Haider sering pulang lewat ke rumah. Dirinya buntu. Mengapa suaminya selalu pulang lewat ke rumah? Bahkan hampir setiap hari Haider jarang berada di rumah. Ara berasa tidak sedap hati kebelakangan ini.

Beberapa kali Ara cuba untuk memejamkan matanya yang penat menangis seharian itu, tetapi tetap saja mata itu tidak terpejam. Jam di dinding dikerling sebentar sebelum matanya kembali memandang ke arah siling.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kelibat suaminya masih belum muncul. Sekali lagi Ara cuba memejamkan matanya erat.

KLEKK

Bunyi pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkan mata Ara terus terbuka. Sosok tubuh Haider menghiasi pandangan mata Ara. Suaminya sedang cuba membuka satu persatu butang baju kemeja.

Haider sudah tidak kemas seperti selalu. Tali leher yang tidak rapih, dua butang baju yang terbuka membuatkan otak Ara ligat berfikiran negatif. Namun, cepat-cepat Ara luputkan. Tidak, dia percaya, suaminya tidak seperti itu.

Haider sedar dirinya diperhati. Lantas dirinya bersuara...

"Kenapa belum tidur?"

Ara yang mendengar soalan itu terus memberanikan dirinya..

"B-belum.. Ara tunggu abang balik.."

"Hm"

Haider hanya memberi respon dengan berdehem sekali. Perlahan-lahan kaki Ara dibawa turun ke lantai. Perlahan dirinya mendekati Haider.

"A-abang.. esok Ara kena pergi klinik buat check up baby.. abang ikut sekali ya?"

Ara memberanikan diri untuk bertanya meskipun dirinya sedang gugup ketika itu.

Mendengar soalan itu membuatkan kepala Haider terus memandang wajah si isteri.

"Kau pergi jelah dengan Qayla. Esok aku ada meeting penting nak kena selesaikan"

Ara menghela nafas berat. Dia memejamkan matanya erat. Hatinya sakit. Perbicaraan Haider serta merta berubah sejak kebelakangan ini.

"Kalau macamtu takpela.. esok Ara pergi dengan Qayla aje.. pergi bersihkan diri dulu lepastu tidur. Ara tidur dulu, assalamualaikum"

Ara menghulurkan tangannya di hadapan Haider. Perlahan Haider menghulurkan juga tangannya. Pantas Ara menyambut tangan itu lalu mencium nya.

Kakinya terus diatur ke arah katil empuk mereka. Mata dipejam erat bagi menghilangkan rasa penat.

Dalam talian:

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dalam talian:

"Assalamualaikum Qayla.."

"Waalaikumusalam.. why babe??"

"Teman aku pergi buat check up baby boleh?"

"Suami kau mana Ara? Kenapa setiap kali ada check up baby kau tak pernah pergi dengan dia?"

"D-dia busy Qayla.."

"Busy? Setiap kali kau ada baby check up dia buat alasan busy? Oh come on Ara! Wake up! Apa kena dengan suami kau ni?!"

"A-aku tak tahu Qayla.. aku buntu.. A-aku tak tahu kenapa dia berubah sejak kebelakangan ni.."

"Haih.. kau dekat mana sekarang ni?"

"Dekat rumah"

"Okay kau pergi siap sekarang. Lagi 5 minit aku datang jemput kau. Aku teman kau buat baby check up"

"Thankyou Qayla.."

"You're welcome babe. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

Luar talian

Seusai talian dimatikan, Ara tersenyum kelat. Ara masih bersyukur kerana mempunyai kawan baik seperti Qayla.

TO BE CONTINUED..

𝘼𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙥 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙗𝙖𝙗 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 😭😭

𝐃𝐄𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐂𝐈𝐎𝐔𝐒 𝐖𝐈𝐅𝐄 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang