Wajah seorang kanak-kanak perempuan kelihatan sungguh gembira di sebalik bingkai gambar yang retak. Siapa anak gadis ini?
Senyumannya lebih terang bersinar dari retakan kaca yang menyimpan potretnya itu.
"Anak kecil ini... Aku sangat sayang kepadanya. Tapi, dia sudah mati."
Satu suara kemudian membalas,
"Dia tidak mati, dia cuma membesar."
"Aku juga sangat membenci dia."
Suara itu membalas lagi,
" Tapi si kecil itu adalah permulaan kepada dirinya yang sekarang..."
" Aku sangat merinduinya... Di mana harus aku mencarinya?"
" Dia sentiasa ada... Hidup jauh di dalam dasar dirinya yang sekarang. Dia hanya akan muncul bila dia diperlukan."
" Dia sudah berubah."
" Dia tidak berubah, dia cuma menjadi lebih baik."
" Siapa engkau yang sedang bersuara? Kenapa kau tahu banyak perkara mengenai gadis kecil ini?"
" Anak gadis kecil ini, kau dan aku adalah orang yang sama. Aku adalah dirimu. Sebahagian dirimu yang hilang..."
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...