Bab 9 - Suami dan kekasih hati

4 3 0
                                    

" TAKK!!" Suaranya bergema di segenap ruang bilik. Teriakkannya bergetar membawa emosi yang berbungkam di dada.

" Fea..." Lembut suara itu memujuk.

" Saya tak nak dengar apa-apa dari awak!"

" Fea, please... Kenapa awak macam ni?"

" Well, isn't it obvious? Awak masih nak dengar dari mulut saya ke? Awak masih nak berpura-pura tak faham ke?"

Lelaki itu diam. Dia menatap wajah wanita yang dicintainya itu dengan penuh keresahan.

" I don't love you, Nadim Sukma! Saya tak pernah cintakan awak... My heart belongs to Arjuna! I LOVE ARJUNA!"

PRANG!!

Wanita itu menoleh ke pintu. Dua gadis yang menyorok di sebalik pintu membalas pandangannya dengan riak wajah takut dan terkejut.

Wanita itu mula menggigil. Pengakuannya didengari pihak yang tidak sepatutnya.

" Juita, Mawar..."

*****

Aku celik mata. Kipas siling berputar laju memberi seba serbi kesejukan pada tubuh. Tapi aku hanya terbaring kaku di atas katil. Kejadian semalam berlaku seperti hanya dalam mimpi. Perasaan berkecamuk aku hilang macam tu je. Macam tak ada apa-apa yang terjadi semalam. Juita tidak meluah kisah silam padaku, aku tidak bertengkar dengan Wany, aku tidak jatuh ke dalam kolam, dan yang paling penting... Aku tidak merasa apa-apa mengenai Arjuna.

Cepat otak aku reboot buang benda tak penting.

Selepas mandi, Nadim terus ajak aku balik rumah. Walaupun sepatutnya berbaki lagi dua hari seperti yang dijanjikan dengan umi. Aku tak nampak semua sepupu Nadim. Hanya Juita datang meminta maaf kepadaku sebelum balik. Itupun hanya kerana dia rasa bersalah, bukan ikhlas dari sudut hati. Pada riak wajahnya, aku tahu dia masih menutup pintu hatinya untuk menerima aku sebagai kakak ipar. Umi ada juga menghalang kami balik awal. Sebab umi tidak tahu langsung mengenai kejadian tu. Pandai juga yang lain tutup mulut.

Aku keluar bilik dengan niat nak bersarapan. Nadim sudah terpacak di dapur menyediakan sarapan pagi.

" Hai, morning." Dia menyapaku terlebih dahulu. Senyuman manis turut terbentuk di bibirnya.

" Morning."

" How's your sleep."

" Baik, baik."

Aku datang melihat makanan yang disediakan Nadim.

" Roti bakar?"

" Boleh juga."

" Peanut and strawberry jam?"

" Yeah, yeah."

Nadim letak pinggan dengan roti bakar siap disapu mentega kacang dan jam strawberi. Tak banyak cakap, roti terus masuk mulut.

Kemudian Nadim nak tuangkan teh dalam cawan aku.

" Eh, takpe aku tuang sendiri." Aku kemam roti dan menghulur dua-dua belah tangan.

" Tak apa, dah alang-alang aku pegang teko." Dia tuang teh dan letak cawan di sisi pinggan aku.

Aku memegang cawan sambil tapak tangan berlapik sleeve panjang. Masih panas dengan wap berkepul-kepul.

Aku tenung Nadim yang berkemeja biru cair. Lengan baju disingsing sehingga siku. Dia memasukkan roti putih dalam toaster.

Dia sedar renungan aku.

" Kenapa?" Kening terangkat.

" Kenapa kau kahwin dengan aku?"

" Ramdomnya... Kenapa tiba-tiba kau tanya?"

She as HerWhere stories live. Discover now