Hari ni aku masih ditinggal sendirian kat rumah. Lepas beberapa minggu lalu pergi rumah mak mertua, aku dah tak keluar mana-mana lagi lepas tu. Duduk je dalam rumah ni.
Aku buka aplikasi WhatsApp.
' Assalamualaikum.'
Lima minit kemudian baru notification masuk.
' Waalaikumussalam.'
'Kenapa?'' Nak keluar, jalan-jalan kat taman depan tu boleh?'
' Tak payahla, kau bukan ingat jalan-jalan area sini. Duduk rumah je lah. Layan drama.'
' Sekejap je, taman depan rumah. Bukan melilau ke tengah bandar. Boleh eh? Izinkan pliss...'
' Kalau dah tak ada kerja sangat pergilah sambung menulis. Buku kau yang tak terbit ada dalam tiga empat buah lagi, semua ongoing. Pergi la sambung, at least tak buang masa, duit pun bakal masuk.'
Aku tutup telefon. Termenung sekejap.
Ambil laptop yang dah lama terperap dalam beg. Aku jumpa folder bertajuk 'My Book'. Betul kata Nadim ada tiga document bertulis yang tergantung dengan tajuk berbeza.
Aku ambil masa untuk baca ketiga-tiga novel. Ambil masa yang agak panjang juga nak habiskan bacaan. Aku bancuh kopi ais bersama beberapa potong kek buah dan mula menghayati penulisan yang agung ini.
Ketiga-tiga karya yang belum dicetak ini bergenre berbeza daripada apa yang aku pernah terbit.
Yang telah berjaya dibukukan kebanyakkannya cerita romantik semata. Kecuali yang satu novel yang aku tengok drama tempoh hari. Yang itu saja lain sikit.
Aku terfikir, apa aku cuba mencari kelainan dalam penulisan baru ni?Baiklah, jom sambung tulis!
Dah on laptop, otak aku pulak yang off.
Tak ada satu habuk idea pun dalam kepala. Bersarang labah-labah tebal dah pun otak aku ni lama tak pakai. Inilah jadinya bila tinggal buku lepas SPM. Habis je exam, buku-buku ilmiah letak tepi.
Aku kagum sangatlah pada penulisan ni, sangat berpuisi dan artistik. Manakan mampu aku tulis benda sehebat ini. Betul kah aku yang karang semua ni sendiri? Tak percaya, macam orang lain punya kelebihan.
Demi mencari ilham, aku buka Google dan membuat carian tertentu. Dari drama dan movielah idea baru bakal terbit. Akhirnya aku hanyut dalam YouTube berjam lamanya.
*****
" Shah, kau buat apa?" Soal Nadim sambil matanya tertacap pada skrin komputer riba.
Aku lipat komputer riba dan tayang barisan gigi putih. Kantoi main Candy Crush.
" Berapa level dah tu?" Disindir bersahaja dari pihak sana.
" Baru je buka game."
" Oohh, baru buka dah level 50 eh? Hebat..." Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
" Buku kau pulak dah berapa chapter update? 100 chapter?"
Aku tenung anak mata dia lama-lama. Dia menelan liur dan segera melarikan pandangan. Ha, tau pun takut.
" Maaflah kalau aku tak sehebat diri aku yang kau kenal dulu. Hilang je ingatan, terus downgrade. Daripada penulis ternama ke sekadar pembaca tak bertauliah."
" Eh, jangan cakap macam tu... Aku gurau je lah. Biasalah kalau penulis kena writer's block. Bukan kau tak ada bakat. Janganlah terasa, Shah. Kalau kau nyanyok masuk fasa bayi baru lahir pun aku tetap terima kau seadanya."
" Kalau kau sayang aku, bagi duit cepat. Snek kat rumah dah habis." Aku tayang muka selamba sambil hulur tapak tangan.
Menyesal pujuk, dia bukan merajuk pun! Nadim bermonolog sendiri. Tapi, dari air muka tu pun Shah dapat tau isi hati Nadim. Hehe kesah apa aku boleh tulis ke tak. Itu aku yang dulu, bukan sekarang. Sengaja dia bermain baling bola dengan Nadim, akhirnya si lelaki termakan dengan permainan sendiri.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...