Bab 23 - Duhai Ayahanda

0 0 0
                                    

Matanya beralih ke jalan raya dan cermin pandang belakang bersilih ganti, kereta Proton Iswara putih mengekori dengan rapat. Pun begitu, dia tetap tenang bersahaja memandu. Aishah di sisi masih tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Lebih baik kalau isterinya tidak tahu langsung. Sekarang, dia perlu memandu ke tempat awam yang ramai orang untuk mengagalkan apa pun rancangan orang itu buat masa sekarang.

"Eh, kenapa masuk Uptown?" Soal Aishah.

"Saja. Jom tengok-tengok baju dulu, kau kan dah penat seharian kat pesta buku tadi." Handbrake ditarik setelah parking berjaya diambil.

Aishah berfikir sejenak. Kalau nak diikutkan dia malas mahu turun dari kereta setelah berjam lamanya berpusing di pesta buku tadi. Kakinya sudah lenguh, tenaganya sudah lesap kerana kehadiran dua manusia yang menganggu mentalnya.

"Ke tak cukup standard? Kau nak masuk IOI City Mall?"

"Eh, takdelah. Lebih dari okay dah sini pun."

Nadim tersenyum. Tali pinggang keledar ditanggalkan sambil-sambil matanya melilau mencari pemilik kereta Iswara tadi.

Ke mana sahaja Aishah pergi, dia hanya menurut. Dia perlu pastikan mereka tidak berjarak lebih dari dua meter. Aishah pula kelihatan kurang berminat paparan jualan. Dia membelek-belek beberapa pasang baju yang dia bahkan tidak berminat. Nadim pula bereaksi aneh sedari tadi, ke hulu ke hilir macam kucing hilang anak.

Sedang mereka sibuk dengan fikiran masing-masing, orang itu mengambil peluang keemasan ini tanpa berlengah lagi. Dia keluar dari persembunyiannya dan menerpa laju ke arah Aishah. Malang sekali, percubaannya gagal lagi kerana Nadim perasan dengan kehadirannya.

Ditarik Aishah di dalam dakapannya, rempuhan orang itu hanya bertembung bahu mereka sahaja. Setelah gagal, dia kembali menghilang ke dalam keramaian orang semula.

"Nadim?"

"Shah, kau okay?" Nadim masih mengunci Aishah di dalam pelukannya.

"Ookay, tapi... Orang tengok."

Melihatkan orang sekeliling mencuri tumpuan ke arah mereka, dia segera melepaskan Aishah.

"Oh, sorry."

"Isteri saya." Nadim berseloroh kepada orang-orang yang masih melihat mereka dengan pandangan penuh syak wasangka.

"Kenapa? Kau takut lelaki tadi cederakan aku ke?"

"Oh, kau tahu?"

"Dari pesta buku, kereta Iswara putih dan serangan hendap dia. Kalau kau tak tarik aku tadi, aku nak selit kaki dia tadi. Biar tersembam macam nangka busuk."

"Yaka... Maaflah terkacau plan kau."

"Tak apa. Kau kenapa tak beritahu aku pasal dia tailing kereta kita?"

Nadim garu belankang kepala yang tidak gatal.

"Aku risau kalau aku trigger memori lama kau."

"Memori lama aku?"

"Sofea ada trauma dan dia takut dengan lelaki. Jadi, aku cuba sedaya upaya untuk jauhkan dia dari harmful contact dengan mana-mana lelaki terutama macam kejadian tadi. At least itu apa yang aku tahu pasal Sofea. Kau macam mana? Kau takut dengan lelaki?"

"Hmmm... Nak kata takut tak pun. Cuma aku tak biasa bergaul dengan berlainan jantina sejak dari kecil. Kalau ada pun lelaki yang aku bercakap cumalah arwah ayah."

"Really? Sofea tak pernah cakap pasal ayah."

"Mungkin sebab itu bukan ayah dia pun. Itu ayah aku."

She as HerWhere stories live. Discover now