Aku berehat dalam bilik seharian, badan rasa tak sedap semacam sejak kejadian malam semalam. Aku berbaring macam beruang berhibernasi sepanjang musim sejuk. Yang anehnya, umi tak bising pula aku tak keluar dari selimut. Nak tambah aneh bin ajaib, umi yang tolong bawakan aku makan minum.
"Sofea, ni minum teh herba umi dapat dari kawan umi."
Aku menyambut huluran secawan teh panas dengan asap berkepul-kepul itu penuh berhati-hati.
"Terima kasih."
Aku hirup perlahan-lahan sambil aku perasan umi mengambil tempat duduk di kerusi belajar. Dia pandang aku lama. Gugup pula aku di-judge lama-lama.
"Dah pergi check ke tu?"
"Ha?"
"Check pregnancy lah. Mana tau ada isi."
Oh, sebab muntah semalam eh? Aku garu dagu yang tak gatal.
"Be-belum lagi, umi."
"Kenapa tak check? Kamu dengan Nadim kahwin dah lama, takkanlah belum ada hasil?"
Kebaikan umi pada aku hari ni sudah terjawab. Baik ada makna rupanya, dia menduga aku mengandung.
"Shah, kau nak makan apa? Aku nak keluar ni. Eh, umi?"
Aku terselamat dari kecanggungan, alhamdulillah tepat pada masanya Nadim masuk.
"Ni Nadim, kamu tak bawa isteri kamu pergi check up ke? Mana tahu dia mengandung?" Umi menampar bahu Nadim. Dia rimas dengan sikap kejahilan Nadim dalam bab-bab macam ni.
"Shah mengandung?"
"Taklah!" Laju aku menjawab.
"Tak tahu lagi. Lebih baik kamu pergi beli pregnancy test, nak keluar kan alang-alang tu singgah farmasi."
Nadim bagi isyarat mata pada aku, aku angkat bahu.
"Ish, apa dua-dua dah besar panjang tak pandai lagi."
"Okay, okay nak pergilah ni, umi."
Nadim keluar dari bilik membawa umi dalam pimpinannya.
Persoalannya sekarang, betu ke tekaan umi?
.....
Dipendekkan cerita, aku tak mengandung.
"Kenapa susah sangat nak lekat? Nak kata faktor umur, baru 20-an. Anak mak cik baya kamu dah lima orang anak. Tak subur kot amalkan gaya hidup moden sangat." Kata seorang mak cik.
Siapa jemput dia ni?
"Mak Cik ni duduk hujung taman. Dia yang bagi teh herba kau minum tadi tu. Anak dia meniaga produk tradisional kampung." Nadim bisik.
"Kalau amalkan cara kampung mesti senang. Anak mak cik-" Dia sambung bebel.
"Kenapa dia datang sini?"
"Umi jumpa dia kat pasar pagi tadi, umi ada cerita kau tak sihat mual-mual, muntah. Terus dia bagi ajaran sesat mengikut pengalaman dia. Katanya kau mengandung."
"Tak, yang dia datang sekarang ni nak gelakkan aku ke macam mana? Dari tadi mula masuk sampai sekarang ayat yang keluar dari mulut dia semua yang tak elok."
"Muka dah lawa, tapi badan kering sangat. Untung sangatlah suami masih nakkan kamu walaupun macam ni. Tapi, nanti kalau suami madukan kamu jangan teriak pula ya? Orang laki ni mana boleh tahan, dia mesti nak zuriat juga..." Makin galak mulut tu lepas Nadim pergi ke dapur tinggal aku seorang.
Bibir dia tak kalah dengan bibir ikan humphead wrasse. Umpama saiz bibir tu terbentuk sebagai kantung penyimpan dosa mengata orang. Wujud juga manusia perangai macam ni.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...