Dari kejauhan, aku melihat lelaki itu bertarung dengan ikan keli di dalam kuali. Setiap kali letupan minyak terhasil, dia terloncat-loncat mengelak. Aku pula hanya memerhati, tidak berniat berganjak untuk membantu sedikit pun kerana aku dapat tahu satu perkara yang dia rahsiakan dari pengetahuanku.
"Shah... Tolong aku!!" Tudung kuali dijadikan perisainya.
"Dah tentu aku nak tolong-"
Dia nampak gembira pada jawapan dariku.
"-tapi lepas kau jawab pertanyaan aku." Aku memberinya pula senyuman manis sebagai penutup bicara.
Dia kaget.
"So-soalan apa tu Shah?"
"Kau tahu, pasal mesej yang aku nampak pagi tadi."
"Mesej apa?" dari sengihan tu pun aku tau, pura-pura tak tahu.
"Nadim, kenapa tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut, kau bawa aku pergi bercuti? Tempat kerja Maya pula tu."
"Kebetulan dia kerja situ."
"Aku nampak chat kau dengan kawan kau. Dia yang beritahu kau Maya kerja situ kan?"
Nadim terdiam seketika. Kemudian dia mengeluh.
"Baiklah, Shah. Kau menang. Sebenarnya, aku terdengar kau punya perbualan dengan Umairah. Aku dengar kau ada masalah dengan Maya. Aku ada kawan yang rapat dengan Maya, so aku korek cerita dari dia, mintak dia kasi tempat kerja Maya. Aku pernah dengar kau ada masalah dengan roommate kau, tapi aku tak tahu siapa sebab masa universiti kita tak rapat sangat. Bila dah kahwin, aku cuba tanya kau, tapi kau mengelak dan berdiam diri. At least sekarang, bila kau dah ada keberanian nak pertahankan diri kau, aku nak bantu kau semampu yang boleh. Itu je yang aku terdaya. Shah, aku bangga dengan apa yang kau dah buat. Aku harap kau tak marah, aku curi dengar."
"Marah?" Aku ambil spatula dari tangannya. Tangan itu aku genggam dengan erat. "Aku tak marah, sebaliknya aku berterima kasih pada kau. Thank you, Nadim." Tanganku yang masih kosong dibawa ke pipinya, diusap dengan mesra.
Letupan minyak masak menghentikan adegan kami.
"Ish, time ni lah dia nak pop pop pun!"
Nadim merungut perlahan.Aku menjelingnya dari ekor mata sambil tersenyum.
"Urmm, Shah?"
Aku menoleh.
"Semalam umi tanya aku pasal ibu kau."
Meremang bulu roma aku mendengar pasal ibu.
"Ke-kenapa dia tanya pasal ibu?"
"Umi tanya, aku tak bawa kau jumpa ibu ke? Sejak kita kahwin, sekali pun kau tak perkenalkan pada kami?"
Aku cuma diam. Tiada jawapan untuk itu. Bagaimanapun aku menafikannya, aku tidak dapat menyangkal rasa kosong dalam hati ini. Kenapa aku merindui seseorang yang membuat aku derita berpanjangan?
"Aku ada bagi alasan buat umi tak tanya lebih-lebih lagi nanti, tapi alasan tu bukan boleh pakai lama. Nanti lama-lama mesti umi tanya balik pasal hal ni sebab tu je satu-satunya keluarga kau selain Mak Jah. Kami tak kenal saudara-mara kau yang lain." Nadim membawa lauk yang sudah siap ke meja makan.
"Mesti kau rindu Mak Jah kan? Sejak kau keluar hospital, kau tak jenguk dia lagi. Esok aku bawa kau jumpa dia. Lepas subuh kita bertolak, okay?"
Aku tak boleh menolak lagi, sejak dari awal aku beri pelbagai alasan. Sekarang, aku tak punya pilihan lain, aku perlu bersemuka dengan wanita menyeramkan itu.
Aku mengangguk lemah.
.....
Aku memerhati sebuah rumah kayu usang di hadapanku. Ini satu-satunya rumah yang didirikan terpencil di hujung kampung jauh dari penduduk lain. Rumah kecil ini dikelilingi dengan semak-samun menjalar tinggi dan lebat. Kelihatannya, tuan rumah tidak menjaga dengan baik. Terdapat sebuah reban ayam kecil di sebelahnya.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...