Bab 25 - Penangkapan

1 0 0
                                    

Percikan darah serta serpihan kaca bertaburan merata. Beberapa pukulan berjaya singgah ke badan Nadim sehingga dia terluka. Dalam keadaan begitu, dia masih utuh memayungiku dari serangan ganas lelaki berpakaian hitam itu.


Lelaki itu mengasak Nadim dengan ganas sehingga dia tidak lagi mampu bertahan.Tubuh Nadim ditolak ke tepi memberikan ruang ke arahku terbuka luas.


Tanpa menunggu lagi, dia menerpa ke arahku dengan libasan demi libasan diayukan. Setiap libasan itu aku berjaya elak dengan pantas. Kini, dia menyasarkan kakiku untuk membuatku tersungkur. Aku kukuhkan kekuda kaki dan berikan tendangan padu ke betisnya. Tubuhnya yang kekar itu tidak mudah goyah, tapi dia masih menunjukkan kelemahan.


Di sebalik topeng muka itu, aku boleh baca ketidakpuasan hatian dia dengan jelas. Malang baginya untuk memikirkan bahawa aku target yang mudah.


Cota itu terus diayun laju ke bahagian kepalaku, memaksa aku mempertahankan dengan kedua belah lengan. Malangnya, aku terjatuh ke dalam perancangannya.

Bahagian abdomen yang terbuka dijadikan sasaran. Terlutut aku dibuatnya menahan pukulan tak berbelas kasihan itu. Tetapi, aku tidak mempersiakan peluang ini, aku menyelit kakinya dari bawah sehingga dia tersungkur.


"Aargh!!"


Suara lelaki itu bertempik dengan kuat, sungguh ketidakpuasannya dilepaskan dengan dentuman suara itu.


Aku menyeka titisan darah di hujung bibir sambil tersenyum sinis.


Mari, lelaki tidak dikenali! Akan ku tunjukkan buah pukulanku yang sudah menjatuhkan banyak lawan. Ayuh lihat di antara kudrat lelakimu itu atau strategiku yang lebih mendahului!


Dia mula berdiri tegak semula, meluru ke arahku bagai seekor kerbau diambang amukan. Kali ini tindakannya terburu-buru dek dipengaruhi kemarahan dan ego yang tercalar. Dia mula melibas tanpa arah, malah lebih agresif dan bahaya. Tiang batu yang menjadi mangsa sasarannya retak dilibas.


BUM! BUM!


Bunyi yang terhasil daripada lagakan cota dan dinding batu berdentum kuat. Andai saja yang menggantikan dinding itu adalah aku, sudah tentu retak tulang-belulangku dilibas.


ZASS!!


Sekali lagi dia menyasarkan abdomenku, tapi kali ini aku berjaya elak dengan pantas. Malang berpihak padanya pula setelah dia membuka banyak ruang kelemahan untuk aku menyerang. Dengan pantas aku menyasarkan tiga titik lemah ditubuhnya sehingga dia berundur.

Tindakannya terjeda kerana tidak dapat menahan kepala yang berpinar kuat.


Belum sempat aku menghadiahkan buah pukulan terakhir untuk menidurkan dia, satu pukulan singgah di belakang kepalanya.

Akhirnya tubuh kekar itu terkulai di tanah. Dari tanah dia berasal, ke tanah jugalah dia dikembalikan. Eh, jangan risau jantungnya masih ligat mengepam oksigen, hidup lagi tu. Pukulan 'home run' Nadim berjaya menidurkan kerbau yang menggila ini.


"Wah, wah!" Aku memberi thumbs-up kepada Nadim.


Senyuman nipis diberikannya. Matanya sedikit sepet sementara menahan luka yang ditanggungnya. "Kau okay, Shah?"


"Aku okay? Kau okay tak? Kau tu yang luka teruk tau." Duhai Nadim Sukma, dalam keadaanmu begini pun kau masih sibuk menanyakan perihal orang lain.

"Sedangkan kau luka macam ni pun nak tanya pasal orang lain lagi..."


"Janganlah membebel pada orang sakit... Kau kan isteri aku, mestilah aku kena tanya perihal kau. Pasal aku, kau jangan risau, anak jantan kena kuat." Dia cuba menayangkan otot biceps yang tidak berapa ada.

She as HerWhere stories live. Discover now