Bab 2 - Kehidupan Baru

11 3 0
                                    

Hai, saya Aishah Sofea Binti Muhammad, traveller dari masa lampau! Pada mulanya aku rasa tertekan tiba-tiba je celik mata dah ada kat masa depan. Bukan setahun dua, tapi lapan tahun pulak tu. Seolah-olah aku berada dalam dunia yang asing dari planet Bumi dengan teknologi yang kian canggih, serba maju dan moden. Banyak benda yang aku terlepas daripada experience. Celik-celik mata je dah tamat belajar, dah kerja dan dah kahwin lagi tu.

Seperti kata orang, blessing in disguise.
Walaupun aku pening lalat dan jakun dengan pelbagai perubahan mendadak dan keanehan yang memberi kesukaran, ada sedikit sebanyak kelebihan pada perkara yang terjadi ni. Seperti salah satu contohnya, aku kelihatan berbeza dari Aishah Sofea yang dulu. Dulu aku tak pandai berias, bukan tak reti tapi memang taknak lah katakan. Jadi, aku biarkan saja kulit aku berminyak dan berjerawat sampai beberapa orang rakan perempuan aku menggelar aku pemalas dan jijik. Setiap kali tournament, kulit aku akan dihias parut baru. Itu juga membuatkan mereka tak senang dengan aku. Tapi aku tak kisah, biarlah berjerawat dan berparut asalkan aku bahagia.

Jauh beza dengan yang sekarang, aku yang sekarang ni sungguh pandai jaga diri. Aku berhenti depan cermin. Cantiknya gadis yang terbentuk pada pantulan. Kalau Aishah Sofea yang berusia 18 tahun melihat aku yang sekarang, mesti dia terlopong. Perempuan mana yang tak nak cantik? Aku juga sukakan kecantikan dan perhiasan, cuma... Ada beberapa sebab aku menghindarinya suatu ketika dulu.

Tangan membelai pula rambut yang dilepas ke bahu, panjang dan menawan. Lembut dan beralun. Kalau tak, sebelum ni rambut aku pendek macam lelaki, senang dijaga.

Jari-jemari mengoles di kulit muka yang lembut dan lincin. Dear adult Aishah, thank you very much for this gift!

Telapak tangan mendarat di pangkal lengan. Sedikit keluhan dilepaskan. Kurusnya lahai aku sekarang, lemak pun takut nak singgah kat badan. Otot-otot pulak malu-malu nak naik. Haih, dah lawa muka badan pulak yang ada flaws.

By the way, rumah ni terlalu besar dan mewah untuk aku diami. Sebuah teres dua tingkat dengan interior designer yang unik. Tak pernah suatu ketika dulu aku terfikir yang aku akan hidup dalam rumah golongan M40 macam ni. Macam tak percaya!

Anyway, Nadim tak ada di rumah. Dia outstation sejurus selepas aku check out hospital. Mula dia tak nak pergi sebab isteri dia ni tak berapa sihat, tapi aku 'halau' dia.

Takdelah kekok sangat lepas insiden hospital dan aku belasah dia kat rumah tu. Oh, kat hospital aku tak sengaja tackle dia masa nak lari masuk bilik. Kesian Nadim datang dengan harapan nak berbaik dengan isteri, pulang dengan kesengsaraan.

Kawan dia nama Hakim ada datang jemput dia haritu. Mamat tu pandang aku semacam je. Tengok aku macam aku ada hutang dengan dia. Eii, kalau tak puas hati cakap, apa barang main ushar-ushar! Nasib member suami aku.

Klik! klik!

Ah, rasanya Nadim dah balik. Aku menunggu depan pintu sampai sekujur tubuh menjelma.

"Assalamualaikum. Eh, Fea."

"Waalaikumussalam." Aku berdiri tegak macam patung batu moai tiga meter jauh dari pintu.

Hanya dengan Nadim aku kekok. Padahal dengan Pak Guard boleh pulak borak macam kenal lama. Mungkin sebab sebahagian diri aku pernah mencintai lelaki ini. Atau mungkin juga sebab aku pernah belasah dia.

"Dah makan?" Nadim mengangkat luggage masuk.

"Breakfast je, makan tengah hari belum lagi." Aku menghulur tangan. Supp! Nadim sambut tangan aku. Terkejut punya pasal, macam bullet train aku tarik tangan.

"lah, ingat nak salam"

"Tak, nak tolong angkat beg lah."

"Ohh, cakap lah lain kali. Hahahaha."

She as HerWhere stories live. Discover now