Aku sesak nafas... Tangan dan kaki kaku lemah tak berdaya seperti air yang mengelilingiku ini melumpuhkan segala kudrat yang ada. Dalam kelemahan ini, aku menggunakan segala tenaga yang tersisa untuk menggerakkan tangan. Aku menggapai ke arah permukaan air, cuba mencari pertolongan. Aku cuba bersuara, tetapi cuma buih-buihan yang terhasil.
Aku tidak berdaya.
Semakin gelap... Penglihatanku semakin memudar... Kekuatanku bagai ditelan lautan air yang luas ini... Kesedaranku akhirnya memudar.
Hanya sepasang telinga yang menangkap bunyi bergema suara-suara manusia bergegak gempita di atas sana.
"F...."
" Ai.... F...."
Suara yang begitu dikenali. Tapi siapa?
" Aishah Sofea!!"
Seruan namaku diseru berulang kali. Panggilan itu menyedarkan aku. Mata yang sudah terkatup rapat dibuka separuh.
Kegelapan yang menghiasi kanta mata mula dihiasi dengan kehadiran cahaya dari atas. Perlahan-lahan cahaya itu membentuk rupa manusia. Dia berenang mendekat dan semakin dekat. Tubuhku ditarik ke permukaan air sehingga akhirnya aku dibawa ke darat semula.
Suara yang kudengar dari tadi kedengaran semula. Cuma kali ini lebih jelas dan kuat.
Aku bernafas lemah, kemudian kelopak mata dibuka layu. Sedang aku berbaring, aku menoleh ke sebelah. Sepasang kaca mata bulat seperti Harry Potter terdampar dengan disaluti kotoran tanah. Aku berpaling pula ke depan dan terlihat seorang lelaki berbaju putih tercungap-cungap mencari nafas dan berdiri tidak jauh dariku. Dia. Lelaki itulah yang menyelamatkan ku tadi.
Dan namanya...
.....
2023
Aku menatap skrin komputer riba lama. Barisan ayat yang bergabung membentuk sebuah perenggan itu diimbas dengan laju. Terlalu bosan dan sederhana. Apa lagi yang boleh ditambah dalam adegan ini? Aku tidak mempunyai idea yang sumbang saran. Ayat dan penulisan ini terlalu biasa.
Aku terdiam sejenak, dalam masa yang sama memeori pasal kaca mata Harry Potter memenuhi kotak fikiran. Otak ligat berputar memikirkan dua perkara ini. Penulisan aku dan kaca mata itu.
Siapa punya cermin mata tu? Arjuna kah?
"Ding!"
Pesanan dari Google Photos masuk mengenai timeline dengan tag empat tahun lepas. Aku membuka ruang history Google Photos.
" Pfft!"
Aku tersembur ketawa lepas gambar itu dibuka.
Nadim masih muda dengan gaya 'nerd'. Dia bergambar bersebelahan dengan... Sofea.
Aku crop gambar Nadim seorang dan hantar ke WhatsApp Nadim.
Lebih kurang lima belas minit, baru ada balasan masuk.
' Ee... Siapa ni? Ex kau ke?'
' Aha, handsome kan?'
' Teruk taste kau, Shah...'
' Mungkin sebab aku suka lelaki yang lebih muda.'
' Oklah. Mana kau jumpa ni, celah mana kau korek sampai jumpa gambar lama ni?'
' Google Photos je.'
' Wahh, aku punya dah hilang mana entah. Tak silap ni gambar pertama kita ambil berdua. Kau mana?'
' Tu bukan aku.'
Dia taip lama, lepas tu senyap. Mesti padam balik tu.
' Nama masih sama, mestilah orangnya sama.'
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...