BAHAGIAN 4 : Bab 31 - My Saviour

0 0 0
                                    

Sofea's POV

Aku jatuh terduduk. Kedua belah tangan bertongkat menahan dari tubuhku untuk terus merebah ke tanah. Air mata jatuh berjuraian ke bumi setitis demi setitis ditarik graviti. Bukankah sudah berkali-kali aku diingatkan jangan terlalu berharap pada manusia? Jangan diberi sepenuh hati pada makhluk yang tidak sempurna sifatnya. Kerana inilah penghujungnya, dikhianati rasa cinta ini. Hatiku dibeli hanya untuk dipergunakan, dipersiakan.

Dia hadir bagai mimpi, merawat luka, menarikku ke dasar dari terus tenggelam dalam kegelapan dan ketakutan. Memberiku nafas baru dan membawaku mengenal erti sebuah harta yang didambakan manusia, cinta yang agung. Lalu kenapa aku hanya sekadar mainan baginya? Kenapa hadirkan janji hanya untuk didustakan? Keikhlasan cintaku dipersendakan, hatiku diroebek, jiwaku dibelai hanya untuk dihancurkan.

Padahal dia adalah orang yang sama yang menyelamatkan aku dari kelemasan lima tahun lalu. Ya benar. Dialah lelaki itu, lelaki yang hadir bagai salju, pergi bagai angin. Memori pertemuan itu berulang tayang kembali. Hari di mana aku mendapat nafas pertama semula setelah berada dalam tidur yang panjang.






.....


5 tahun yang lalu.

Aku mencelikkan mata. Hembusan angin yang membias menyapa lembut luka dikepala. Biarpun begitu, sakitnya masih terasa. Aku menyentuh luka yang terdedah, suaraku berdecit kedengaran di gegendang telinga. Ketika kelopak mata dicelikkan sepenuhnya, barulah aku sedar akan beradaanku. Satu ruang asing menyapa ruang pandangan. Ini adalah kamar milikku. Tidak! Ini milik 'dia'. Berapa lama masa berlalu sepanjang ketiadaanku? Setahun? Sedekad?

Sebaik aku bangun dari duduk, sakit mula menjalar ke seluruh tubuh membuatkan wajahku berkerut. Beberapa lebam yang membiru terbentuk di betis dan lengan membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang dia lakukan sehingga berakhir dalam keadaan begini? Setiap kali aku membuka mata, pasti adanya calar-balar pada tubuh ini. Apa dia tidak menyayangi dirinya dan kasihankan akan tubuh rapuh ini? Semahir mana pun dia, tubuh manusia ada batasnya.

"...pasti ini rumah dia?" Satu suara asing bergema.

"Pecahkan pintu tu!" Satu lagi suara garau bersambung.

Aku terkaku di tempatku.

BANGG!!

Bunyi hempukan kuat di pintu membuatkan aku terperanjat. Kedua belah tangan terangkat menutup telinga sambil aku tertunduk.

BANG!

BANG!!

Bunyi itu berganda. Aku mulai panik. Ibu! Di mana ibu? Tidak. Aku perlu keluar dari sini terlebih dahulu sebelum mereka berjaya pecah masuk. Aku berjaya keluar melalui jendela. Serentak dengan itu, lelaki-lelaki yang aku tidak pasti bilangan mereka berjaya memecah masuk ke rumah. Suara mereka membuat onar semakin jelas kedengaran.

Hanya beberapa langkah aku berlari, nasibku ditimpa malang.

"Sini, aku jumpa anak perempuan dia!" Seorang konco kumpulan itu berteriak lantang.

Aku memusingkan badan dan mula memecut laju. Walau tubuh ini disapa kesakitan yang menjalar, walau nafasku semakin tersekat, walaupun pada akhirnya aku tertangkap. Aku tidak boleh berhenti! Aku lemah, tersangat lemah, tidak seperti dia. Aku tidak mampu berdepan dengan mereka ini dan menumbangkan mereka seperti dia. Oleh itu, aku perlu terus berlari, setidaknya aku harus pastikan tubuh ini selamat! Itu saja yang aku termampu dalam kudratku.

Aku berjaya tiba di sebuah jambatan yang memayungi sebatang sungai sebelum kebebasanku akhirnya terbatas. Orang itu berjaya mengejar dan menyaingiku.

"Aahhh!!!" Teriakanku nyaring bergema apabila tubuhku direntap kasar dari belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She as HerWhere stories live. Discover now