Baru saja aku nak hinggap atas katil, nada dering kuat bergema.
Aku melihat nama pemanggil sebelum menerima panggilan. Maira rupanya.
" Assalamualaikum... Shah."
" Waalaikumussalam..." Jawapanku diakhiri dengan menguap seluas alam.
" Wahh, besar menguap. Baru bangun tidur ke baru nak sambung tidur?" Rasa terhantuk dengan sindiran tu.
" Baru je selesai solat Subuh, apa salahnya tidur balik?" Aku meletak kepala ke bantal yang empuk. Uihh, bestnya tidur dengan sejuk-sejuk embun pagi, bantal pula main peranan lembut benar.
" Tak eloklah tidur seusai solat Subuh. Baca Al Mathurat ke zikir kan lebih baik."
" Ermmm..." Mataku terpejam rapat, teguran Maira cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
" Kenapa kau call?"
" Power bank aku hilang lah. Haritu dekat hospital aku ada bagi pinjam kan?"
Aku berfikir sejenak.
" Oh, ada ada. Masa tu bateri aku habis, kan? Dah sebulan terperap dengan aku."
" Haah, nasib dengan kau. Ingat aku hilangkan. Itu yang dah ke berapa aku beli, asyik hilang je. Tak hilang, rosak cepat."
Aku dapat rasakan dia menggeleng di sebalik telefon.
" Bila kau nak?"
" Dalam pukul 8 pagi, boleh? Aku nak bertolak ke Terengganu pukul 10."
" Lah, kenapa tak cakap awal? Boleh aku cas dulu. Dah habis aku pakai."
Mata tercelik luas, hilang dah mengantuk rasa bersalah punya pasal.
" Tak apalah, aku boleh je cas kat kampung tu. Saja nak bawa spare, takut soket penuh."
Orang ganu rupanya Maira ni.
" Aku otw sana."
" Baik, hati-hati drive."
*****
Nadim angkat sebelah kening dengan kehadiran tak diduga Maira. Belum sempat dia bertanya aku tarik Maira masuk.
" Eh, siapa pulak ni datang rumah orang pagi-pagi?"
" Hello, Dim. Pinjam cik hawa awak sekejap yer." Maira mengangkat tabik.
Nadim menggeleng seraya keluar dari rumah. Dia kerja.
Aku lepas tangan Maira bila sampai di meja makan.
" Duduk la sekejap, aku buat air."
" Aku nak cepatlah, Sofea."
Aku mengerling Maira sekilas dengan sebutan nama tu.
" Ups, sorry Shah. Susah nak biasakan panggilan nama baru kau."
" It's okay. Milo?"
" Boleh!"
Aku meletakkan dua mug ke atas meja.
" Thanks. Lepas habis air ni aku gerak ya?"
" Cepatnya... Temanlah aku borak kejap. Sambil tu boleh tambahkan percent battery power bank kau. Aku tengah cas kat atas."
" Tak boleh lama, Shah. Tunang aku nak ambik karang. Bukan drive seorang."
" Kau dah tunang?"
Maira mengangguk sambil menghirup Milo perlahan-lahan.
" Mintak la dia tunggu sekejap."
" Eh, tak elok la buat orang tunggu. Tak kiralah rapat macam mana pun."
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...